Thursday, July 02, 2009

NO

CABANG

TARIKH

MASA

TEMPAT

1

ULU LANGAT & SERDANG

02-07-09

9.00PM

STADIUM KAJANG

2

KLANG & KAPAR

03-07-09

9.00PM

DEWAN DATO GHAZALI, SEMENTA

3

SHAH ALAM

03-07-09

9.00PM

DEWAN BOLA TAMPAR SEKSYEN 19, SHAH ALAM.

4

P.J.U & P.J.S

05-07-09

9.00PM

DEWAN ORANG RAMAI TAMAN MEDAN

5

SUBANG & KELANA JAYA

05-07-09

9.00PM

DEWAN ORANG RAMAI DESA RIA

6

PUCHONG

11-07-09

9.00PM

DEWAN PUCHONG INDAH

7

KOTA RAJA

11-07-09

9.00PM

DEWAN MBSA BUKIT NAGA

8

KUALA LANGAT & SEPANG

12-07-09

9.00PM

DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG KUNDANG, TANJUNG SEPAT.

9

ULU SELANGOR

12-07-09

9.00PM

DEWAN KOMUNITI SERENDAH

10

KUALA SELANGOR & TANJUNG KARANG

18-07-09

9.00PM

STADIUM TERTUTUP MELAWATI, KUALA SELANGOR

11

SUNGAI BESAR & SABAK BERNAM

18-07-09

9.00PM

DEWAN SRI BERNAM, SG. BESAR

12

SELAYANG & GOMBAK

19-07-09

9.00PM

DEWAN ORANG RAMAI GOMBAK

13

AMPANG & PANDAN

19-07-09

9.00PM

DEWAN DATO AHMAD RAZALI, MPAJ

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Thursday, July 02, 2009 5:00:09 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)

Kenyataan Akhbar

Pakatan Rakyat

2 Julai 2009

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian

Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.

Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.

Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

YB Mohamed Azmin Ali

Ketua Whip

Ahli Parlimen PKR

YB Tan Seng Giaw

Ketua Whip Ahli Parlimen DAP

YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Thursday, July 02, 2009 4:53:10 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Saturday, June 20, 2009

Lawatan Kerja Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke DUN Bukit  Antarabangsa merasmikan Pusat Dialisis Rakyat di Dewan Abdul Tahir Karim, Kg Melayu Ampang pada 20hb Jun 2009, sabtu, jam 1 tengahari. Semua dijemput hadir.

Saturday, June 20, 2009 11:30:01 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Saturday, June 20, 2009 11:22:36 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Friday, May 29, 2009

Calon bebas, Aminah Abdullah layak digelar 'Minah Ronggeng' berdasarkan dakwaan yang dikeluarkanya terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan tawaran ganjaran jawatan dan wang seperti yang dicanangkan dalam kempenya sebelum ini.

saya memberi gelaran 'minah Ronggeng' kepada calon bebas itu kerana sikap Aminah yang tidak berfikir dahulu sebelum membuat tuduhan melulu dan tidak berasas kepada rakan-rakan beliau dalam PKR. Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita nak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita.

Ini juga ada persamaan isu tawar jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 kepada aminah dengan isu tawaran Timbalan Perdana Menteri kepada Menteri Luar, Datuk Anifah Aman dan saya menganggap kedua-dua individu terbabit suka mrncari publisiti murahan.

Azmin Ali

Friday, May 29, 2009 11:36:31 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Thursday, April 30, 2009

by

– KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA –
28 April 2009

(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.

Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.

Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.

Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.

En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.

Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.

Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, April 30, 2009 10:30:20 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)

by

Dari Malaysiakini
Oleh Athi Veeranggan

Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.

Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.

Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 31 Mei depan.

Pada 8 April lalu, Fairus meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menyatakan tidak cukup bukti untuk mendakwa Fairus terhadap tuduhan tersebut.

Minggu lalu, Fairus mengulangi keputusannya untuk meletak jawatan wakil rakyat DUN Penanti

Thursday, April 30, 2009 10:28:41 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Tuesday, April 28, 2009
Tuesday, April 28, 2009 11:09:17 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)

 Dalam sidang pimpinan bulanan di ibu pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti -menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.
Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.

Pertamanya agar Presiden (Dr Azizah) memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi. Kedua: Timbalan Presiden (Dr Syed Husin Ali) menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan dan dasar yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat melayu dan bumiputra perlu ditangani.

Ketiga: Naib Presiden (Sdr Azmin Ali) yang melepaskan tugas selaku pengarah pilihanraya akan mengetuai pasukan pertugas yang terdiri dikalangan semua Naib presiden (Dr Lee Boon Chye, Sdr Sivarasa Rasiah, Sdr Mustafa Kamil Ayub, Dr Jeffrey Kitingan) bersama Ketua AMK (Sdr. Shamsul Iskan dar dan Ketua Wanita(YB Zuraidah) untuk memperkasa kepimpinan parti diperingkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah mempastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.

Keempat: Setiausaha Agung (Dato Salehuddin) akan mengurus operasi ibu pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.

Lain-lain perubahan adalah:

Pengarah Pilihanraya: Sdr. Saifuddin Nasution
Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh
(keanggotaan baru)- Sdr Johari Abdul
Pengarah Strategik: Tian Chua
Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil Ayob.
Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong

Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Ketua Komunikasi : Johnson Chong
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan.

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim
Sdr Paul Gadang
YB Raveen
Sharifah Shaheedah

Pimpinan biro kanan selaku anggota biro politik (dijemput): Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, Sdr Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, Gobalakrishnan dan lain-lain.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, April 28, 2009 10:28:27 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Saturday, April 25, 2009

by

Oleh Amin Iskandar

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

  1. Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
  2. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
  3. Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
  4. Dimanakah Prowaris?

Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

——–

The Malaysian Insider | April 22, 2009

Najib drops Bumiputera quota for services sector

KUALA LUMPUR, April 22 - Datuk Seri Najib Razak today freed the country’s services sector by ending the 30 per cent Bumiputera equity rule in an attempt to improve Malaysia’s competitiveness in the
softening global economy.

The Prime Minister, who is also the finance minister, promised further liberalisation, saying that he would announce details of the liberalisation of the financial sector next week.

Reading from a prepared statement the Prime Minister said he expected a greater flow of foreign investments in the services sector which currently forms 11 per cent of total investment.

“Recognising the growth potential in the services sector, the government has decided to immediately liberalise 27 services sub-sectors, with no equity condition imposed. These sub-sectors are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services,” said Najib.

The government, he added, would also allow foreign legal firms to practice in the country but to only offer services in Islamic finance.

“As part of the measures to develop Malaysia as an international Islamic financial hub, the legal profession will be liberalised to allow up to five top international law firms with expertise in international Islamic finance to practice in Malaysia,” said Najib.

Other services liberalised are in the areas of health and social services, tourism services, transport services, business services and computer and related services.

Najib also announced an allocation of RM100 million to be managed by the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA) to strengthen the local services industry in facing the liberalisation.

“The liberalisation initiatives will not adversely affect the domestic services industry. The government will continue to support the industry in capacity building and in the opening up of export markets,” said Najib.

When asked on the sub-sectors selected to be liberalised, Najib said it was part of Malaysia’s commitment to Asean on liberalisation.

“It’s in line with what Asean countries are doing. Some (of our measures) are better,” he told reporters.

Najib however refused to give out details on the liberalisation of the financial sector.

“I want it to be full of surprises,” he said.

Saturday, April 25, 2009 11:44:33 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)