
Alhamdulillah, lewat petang ini, Anwar Ibrahim dianugerahkan
gelaran 'Datuk' apabila puteri sulungnya, Nurul Izzah selamat
melahirkan seorang puteri di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Ini
adalah cucu pertama untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Datin Seri
Dr. Wan Azizah Ismail.
Saya menerima panggilan telefon dari Dato' Seri Anwar sendiri pada
jam 7.01 petang dari Pulau Pinang. Beliau melahirkan rasa gembira dan
bersyukur di atas kelahiran cucu sulungnya.
Saya terus menghantar pesanan ringkas sms kepada Raja Shahrir untuk mengucapkan syukur dan tahniah. Alhamdulillah.