Masyarakat India Batu Caves menyambut Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan komitmen untuk mendukung perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Seramai 700 masyarakat India menyerahkan borang keahlian baru kepada Dato' Seri Anwar ketika lawatan kerja ke Batu Caves pada 11 Ogos 2007.
Menurut wakil masyarakat India Batu Caves, Saudara Nanto Gopalan mereka yakin bahawa kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan dasar Parti Keadilan Rakyat mampu membela nasib masyarakat India yang terpinggir selama lebih 50 tahun. Justeru itu, masyarakat India Batu Caves akan bekerja kuat untuk membantu kemenangan keADILan dalam pilihanraya umum yang ke-12.