|
Saya dan isteri, Shamshida serta anak-anak ingin mengucapkan Salam Eidul Fitr serta maaf zahir dan batin kepada semua kenalan diiringi dengan doa "Taqabballah minna wa minkum at taah, kullu aam wa antum bi khair."
Bulan Ramadhan yang sarat dengan program kerohanian dan latihan penyucian jiwa dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T., sewajarnya menjadikan kita semua umat Islam bersifat Rabbani ; merasa kecil di depan Allah S.W.T. tetapi gagah dan berani berjalan di muka bumi dengan akhlak mulia dan prinsip perjuangan yang luhur. Kita tidak bertuhankan pangkat dan kedudukan, kita tidak sujud kepada manusia tetapi kita adalah hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk melakukan islah dalam sistem kehidupan hari ini.
Sempena Syawal yang membawa maksud peningkatan, marilah kita bersama-sama membawa perubahan. Ubah sebelum parah. Ubah demi maruah. Negara Merdeka, Ekonomi Perkasa, Rakyat Sejahtera !
Salam dari Azmin Ali. |