Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
kini berada di Kedutaan Turki disini bagi langkah menjaga keselamatan beliau
yang menerima ancaman sehingga boleh menggugat nyawa beliau. Dato’ Sei
Anwar berada di kedutaan itu sejak pagi
semalam sehingga satu tempoh yang belum di ketahui.
Mesyuarat tergempar Parti Keadilan semalam telah memutuskan
beliau ditempatkan di sebuah tempat yang selamat demi menjaga keselamatan
beliau. Keputusan menempatkan Dato’ Seri Anwar di Kedutaan Turki adalah dibuat
selepas kedutaan tersebut menawarkan tempat berlindung untuk Anwar.
Isu liwat ini diihat sebagai satu ‘konspirasi’ jahat untuk
menjatuhkan seseorang pemimpin poitik seperti Anwar dan dakwaan terbaru itu
hanyala rekaan semata-mata yang menyekat kebangkitan karier politik Anwar
selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihanraya pada 8
Mac yang lalu.