Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menerima semua pekerja sukarela termasuk orang yang menuduh beliau melakukan liwat keatasnya dengan hati yang terbuka.
Ketika kesibukan kempen pilihanraya ke-12, Saful Bukhari muncul di pejabat Anwar dan menawarkan khidmat dalam apa juga kapasiti ketika kesibukan pilihanraya yang lepas dan Anwar sendiri menerimanya
dengan hati terbuka. Berdasarkan gambar Saiful bersama beberapa menteri
dan seorang orang kanan kepada Timbalan Perdana Menteri menjadi
bukti bahawa konspirasi ini dirancang oleh sesetengah pihak bagi
menjatuhkan karier politik Anwar dan juga imej Pakatan Rakyat khasnya
Parti Keadilan Rakyat.
Parti ini akan mula berhati-hati dalam membenarkan para sukarelawan berkerja untuk Parti Keadilan Rakyat.
Dalam
kes fitnah ini adalah merupakan mainan politik sesetengah pihak yang
bertujuan bukan sahaja menjatuhkan imej pemimpin tertinggi parti ini
malah menjatuhkan parti ini secara tidak langsung. Pertuduhan ini tidak
langsung melemahkan semangat kami dan kami akan terus komited dalam
memperjuangkan prinsip keadilan.
Kami juga telah membincangkan isu ini bersama PAS dan DAP dan mereka teguh bersama kami, Parti Keadilan Rakyat.