Monday, August 18, 2008

Pada 16hb Ogos 2008 bertempat di padang Institut Tengku Bainun, Permatang Pauh berlangsungnya majlis penamaan calon bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh yang diwakili oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat. Upacara yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dihadiri para penyokong daripada Pakatan Rakyat dari seluruh negeri termasuk dari Sabah dan Sarawak telah berhimpun sejak 6.00 pagi lagi.

Anggaran awal lebih dari 50,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari tersebut. Namun, apabila perarakan bermula, anggaran awal saya meleset malahan lebih ratusan ribu rakyat telah berarak menuju ke pusat penamaan calon. Ini dapat kita lihat bahawa perbezaan dari

sokongan Barisan Nasional terhadap calon mereka begitu kecil berbanding dengan Pakatan Rakyat. Ini dapat kita lihat dari gambar-gambar yang saya sertakan dengan kebanjiran penyokong – penyokong dari Pakatan Rakyat yang menbanjiri padang pusat penamaan calon dari tengah padang, jalan raya hingga ke tepi longkang tidak kira panas mahu pun hujan lebat.

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemenangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan seterusnya membawa agenda Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berugas secara professional dan memberi kerjasama yang baik terhadap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Saya ingin menyeru seluruh penyokong Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia termasuk Sbaha dan Sarawak supaya dapat menghadirkan diri membantu jentera parti Pakatan Rakyat di Permatang Pauh dari apa segi termasuk logistic, tenaga dan apa saja bagi memastikan kemengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-6.

Azmin Ali.

 

 

               

 

 

 

Monday, August 18, 2008 2:16:57 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)