Tuesday, August 19, 2008

Saya berkeyakinan bahawa keputusan pemilihan Ketua Pembangkang yang baru akan diumumkan dengan segera iaitu sejurus selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh. saya harap pada malam 26 ogos atau selewat-lewatnya pada pagi 27 ogos, Pakatan Rakyat (PR) akan mengumumkan Ketua Pembangkang baru dimana ia akan terus menggalas tugas mewakili rakyat dan seterusnya bertindak sebagai Ahli Parlimen mewakili Pakatan Rakyat.

Setiap ketua WHIP daripada tiga parti komponen PR akan bermesyuarat dan menyambung semula perbincangan bagi membincangkan isu perlantikan Ketua Pembangkang baru didalam mesyuarat PR akan datang. Saya ingin menjawap beberpa pertanyaan adakah DSAI akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang, saya pasti kita akan mencapai persetujuan dalam mesyuarat tersebut bagi menentukan siapa yang bakal menggalas tugas sebagai Ketua pembangkang dan saya rasa perkara ini merupakan isu besar bagi PR. Perkara berkenaan ketiadaan Ketua Pembangkang di Parlimen bukan isu penting kerana paling utama tiga parti ini boleh duduk berbincang dan berdebat mengenai apa-apa isu di Parlimen.

Perkara ini hanya jangka pendek sahaja iaitu kurang dari 10 hari dan kurang dari dua minggu. Pada 27 ogos nanti kita akan memilih Ketua Pembangkang yang Baru insyaallah.

Azmin Ali 

Tuesday, August 19, 2008 10:42:37 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)