Wednesday, August 20, 2008

Saya meminta agar undi pos dimansuhkan sepenuhnya dalam pilihanraya akan datang. Kita bukan berada di medan perang atau di hutan, mengapa pula anggota polis dan pegawai kerajaan perlu menggunakan kaedah undi pos sedangkan mereka boleh membuang ubdi ditempat masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri mohamad Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan akan teruskan kaedah undi pos pada persidangan dewan rakyat. Ini suatu yang meragukan. Kerajaan memberi alasan yang sama dengan penggunaan dakwat kekal dahulu iaitu akan memudaratkan ketenteraman awam. Diman logiknya. Alasan Barisan nasional nampaknya tidak boleh diguna pakai.

Sebelum pilihanraya umum yang lalu, penggunaan dakwat kekal telah dibatalkan pada saat-saat akhir atas alasan ancaman keselamatan. saya juga berharap agar kerajaan akan mengkaji kembali isu ini kerana mendapat bantahan dari pihak pembangkang. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengaku terdapat desakan kuat daripada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu pembatalan penggunaan dakwat kekal.

Dalam satu pertemuan tertutup bersama dengan saya, Pengerusi SPR sendiri membuat pengakuan kepada saya bahawa ada penglibatan pemimpin tertinggi UMNO yang mendesak supaya membatalkan penggunaan dakwat kekal selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Azmin Ali

Wednesday, August 20, 2008 2:32:55 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)