Alhamsulillah, suasana yang menarik di Permatang Pauh dan moral yang ditunjukan petugas-petugas Parti Keadilan Rakyat amat memberangsangkan dan jentera parti amat bersedia menghadapi cabaran UMNO-BN pada 26 Ogos 2008 yang tidak beberapa hari lagi. Kerjasama kuat 5,000 petugas parti dan gerakan terancang jentera parti menjadi pendorong utama kemenangan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menang kita di Permatang Pauh akan memberi ruang yang lebih meyakinkan untuk kita sampai ke Putrajaya dalam masa terdekat. Saya berharap, jentera parti Keadilan di Permatang Pauh akan bekerja keras bagi memberi keyakinan kepada penduduk di kawasan itu dengan dasar, program dan agenda Keadilan untuk memartabatkan rakyat, seterusnya mengundi DSAI pada piliharaya kecil tersebut.
saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas pilihanraya Permatang Pauh yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha memastikan kemenangan diperolehi calon Keadilan sebanyak tiga kali sebelum ini. Satu yang unik di Permatang Pauh ialah mereka mempunyai satu jentera yang cukup kuat dari awal penubuhan parti. Kepimpinan bahagian, angkatan muda dan wanita juga cukup tersusun dan terlatih, sebab itu mereka telah berjaya memberikan kemenangan yang cukup besar kepada Dato' Seri Wan Azizah. Saya juga turut memuji langkah Pakatan Rakyat bergabung tenaga dan sokongan padu dalam memastikan kemenangan Keadilan. Sambutan daripada Pas dan DAP cukup baik dankomitmen pakatan rakyat cukup meyakinkan. Kedua-duanya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Anwar Ibrahim termasuk membantu jentera Keadilan Permatang Pauh.
Azmin Ali