Thursday, August 28, 2008

Sudah beberapa hari saya tidak dapat mengemaskini laman ini kerana terlalu sibuk dengan tugasan jentera parti di Permatang pauh. Alhamdulillah seperti yang kita ketahui kemenangan Daruk Seri Anwar Ibrahim adalah manifestasi kehendak rakyat yang dahagakan perubahan jitu didalam negara. meraih majoriti yang jauh lebih besar dari sebelum ini, rakyat menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa penipuan BN tidak dapat menghalang arus reformasi.

kemenangan Ketua Umum Keadilan adlah hadiah harijadi yang terbaik untuk beliau. Kemenangan ini adalah untuk rakyat dan negara. Mesej jelas kepada Bn dan UMNO, rakyat mahukan perubahan, merubah politik kotor dan fitnah yang dipupuk BN. Dengan kemenangan ini, rakyat Permatang Pauh mengangkat martabat politik yang diperjuangkan oleh pakatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi dan mulia.

Kemenangan ini sekaligus memberi keyakinan kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengenai ketokohan dan kemampuan DSAI untuk memulihkan senario politik negara dan ekonomi negara dalam masa jangka terdekat dan panjang. Kemenangan ini juga adalah pengesahan yang kuat untuk agenda reformasi yang dibawa oleh pakatan dan menolak taktik kotor Barisan Nasional Dan UMNO yang menyerang Anwar Ibrahim secara peribadi dengan tohmahan yang keji.

saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih dan terharu kepada semua penyokong-penyokong, jentera pilihanraya yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung datang secara sukarela tidak mengira batas usia, juga khidmat tenaga, wang ringgit di pelbagai peringkat di permatang pauh. Inilah kelebihan Pakatan rakyat yang ingin melihat agenda memperkasakan agenda reformasi supaya berjalan lancar. Sekian.

Azmin Ali

Thursday, August 28, 2008 3:21:47 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)