Pada 30hb Ogos 2008 saya bersama penduduk sekitar Gombak telah mengadakan majlis perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan sambutan ambang merdeka. Majlis yang bermula dengan solat maghrib secara berjemaah dan seterusnya tazkirah dan kemudian diakhiri dengan solat Isyak berjemaah. Turut serta dalam majlis ini adalah Y.B. Shaari Sungib. ADUN Hulu Klang.
Mengenai perbentangan belanjawan 2009, saya merasa kecewa dan kesal kerana sekali lagi kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato’ Seri Abdullah Bin Badawi gagal dan tidak mampu menangani masalah ekonomi yang membebani rakyat.
PM seharusnya memberi rangsangan terhadap pertumbuhan ekonomi dengan cara menarik pelabur asing dan tingkatkan kuasa ekonomi rakyat. Belanjawan ini hanyalah seperti gula-gula kepada rakyat semua. Selain itu, saya turut kecewa kerana belanjawan ini tidak dibentangkan secara menyeluruh dan sudah pasti rakyat tidak mendapat apa-apa
keuntungan melainkan populariti kerajaan Abdullah Bin Badawi.
Kami di Pakatan Rakyat akan meranka belanjawan kami sendiri dan akan di bentangkan di Parlimen nanti. Kami juga tetap komited dalam memperkasakan ekonomi negara dan membantu rakyat mengahadapi masalah ekonomi yang membebani mereka.
Azmin Ali.