Thursday, May 29, 2008

Kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno telah pun dihidu oleh Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali selepas Ezam meninggalkan KeADILan tahun lalu.

Azmin ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini tidak terperanjat dengan laporan mengenai kemasukan Ezam ke dalam Umno, sebaliknya berkata ia terserah kepada bekas Ketua AMK itu untuk berbuat demikian kerana Ezam bukan ahli KeADILan lagi.

Bagaimanapun secara sinis beliau menyatakan bahawa "bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai orang yang pernah menjadi Presiden Umno telah bertindak keluar dari Umno, kerana telah melihat bahawa Umno sudah rosak, peliknya ada orang pula yang masuk ke dalam Umno".

"KIta jangan melihat perjuangan itu mesti diukur dengan seseorang itu perlu masuk penjara dahulu untuk menyatakan beliau seorang pejuang, sebaliknya perjuangan itu dilihat bagaimana kita konsisten dengan apa yang kita katakan tidak kira sewaktu parti berada di atas mahupun di bawah," ujarnya sinis.

Beliau juga mengingatkan kepada ahli KeADILan bahawa sesiapa sahaja yang bertindak keluar parti dan menertai semula Umno, mereka adalah seorang pengkhianat kepada perjuangan.

Namun dalam kes Ezam beliau tidak mahu mengulas lanjut dan beliau hanya menyatakan bahawa terpulang kepada Ezam kerana bekas Ketua AMK itu bukan ahli KeADILan.

"Saya sebenarnya orang yang meraikan perbezaan pendapat kerana ia dibenarkan dalam ISlam asalkan ia dalam kerangka besar perjuangan kita, saya tidak bermusuh dengannya," katanya sinis.

"Dalam perkembangan terbaru ini saya orang yang paling gembira kerana isu ini bukannya baru iaitu bila laporan dilaporkan (Ezam mahu kembali kepada Umno) saya tak terkejut kerana bukan sahaja saya dah hidu gerak gerinya tetapi ada bukti yang cukup bahawa matlamat akhirnya beliau kembali kepada Umno," tegas Azmin.

Beliau sedikit pun tidak kesal kerana baginya beliau tidak mahu mengkhianati amanah yang diletak rakyat bukan sahaja Melayu tetapi semua kaum kepada KeADILan.

"Tun Mahathir membayar satu harga yang mahal untuk keluar Umno, beliau sebagai seorang bekas Presiden Umno selama 22 tahun dan beliau juga sebagai bekas Perdana Menteri, ini fakta.

"Tetapi keputusan Ezam masuk Umno ialah keputusan peribadinya, saya tidak mahu campur lansung, saya fikirkan hanya perkara yang lebih besar, perjuangan rakyat adalah lebih penting," ujar Azmin.

Ditanya mengenai kelantangan suara Ezam sewaktu menjawat Ketua AMK dengan mengkritik Umno dan hingga terpenjara kerana kelantangan itu Azmin hanya berkata "Jangan ukur semangat perjuangan seseorang itu berapa lama dalam penjara, tetapi ukuran pejuang itu ialah dia kena konsisten semasa parti berada dalam keadaan hebat hinggalah ke bawah dan kini KeADILan kembali hebat," ujarnya.

"Jangan sokong ketika parti berada di atas, tinggalkan ketika di bawah, ini saya ingatkan kepada saya dan ahli parti.Hari ini kita sungguh-siungguh kutuk Umno, tetapi esok kita sokong semula macam mana rakyat nak hormati kita," ujarnya sinis

Ehsan-Harakah Daily

Thursday, May 29, 2008 9:29:56 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Thursday, May 29, 2008 11:31:43 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Sdr YB Azmin,

Tak mengapalah. Bersabarlah kita.

Rakyat lebih ARIF dalam menentukan siapa yang memihak rakyat & parti mana yang menindas.

Semoga Anda Senantiasa Diberkati & Berjaya Dalam Perjuangan Utk Rakyat & Malaysia.

Kami Tetap Menyokong & Mendoakan kejayaan Anda
bryanchoong
Friday, May 30, 2008 1:22:41 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Org muda like you , exam , kj, mukhriz lah yg sebenarnya pemusnah bangsa... becoz of you guys lah, commoners like us yg berpecah belah berpuak puak ...
TechieSavie
Friday, May 30, 2008 8:51:03 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Terpulang lah kpd individu samada nak menyertai BN atau Pakatan.

Masing-masing punyai visi & misi tersendiri.

Tepuk dada tanya selera..

Hanya Allah yg tahu niat di kepala..
Lock
Friday, May 30, 2008 10:37:30 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Akhirnya Ezam sah memasuki umno semula….begitu lah apa yang saya baca dalam
tajuk utama kebanyakan blog hari ini…berita ini begitu mengecewakan saya sebagai rakyat yang selama ini begitu mengagumi Ezam yang begitu komited dalam perjuangan beliau samada dalam PKR atau Gerak.
Seperti yang semua maklum Ezam lah salah seorang pemimpin yang mencetuskan gerakan Reformasi dalam negara ini bersama-sama dengan DS Anaur Ibrahim…itu semua tak dapat dipadamkan dalam minda saya dan rakyat Malaysia…
Tetapi apabila beliau masuk kembali Umno saya tertanya-tanya apa gerangan motif beliau berbuat demikian…apakah selama ini perjuangan yang dilaungkan oleh beliau adalah retorik semata-mata kita pun tidak tahu.
Kita tahu setelah Tun M berundur dari gelangang umno tampa berlengah Ezam terus masuk Umno. Apakah selama ini Ezam telah merancang untuk memesuki umno telah lama…? Namun hasrat itu terpaksa di lupakan dahulu kerana Tun M masih berada dalam umno kerana selama ini Ezam selalu menhentam Tun M macam-macam.
Kita begitu hampa kerana begitu mudah pemimpin macam Ezam ini sebelum ini Ruslan Kasim, Lokman dan ramai lagi yang begitu mudah menpermainkan perasaan rakyat.
Setelah rakyat benar-benar menaruh kepercayaan kepada mereka ini balasan mereka kepada kita.
Apakah mereka-mereka ini perjuangkan dengan memasuki semula kedalam umno..? menperjuangkan nasib melayu…setelah 50 tahun tred rekod umno melayu di takuk itu juga. Hendak menperjuangkan Rasuh…jangan haraplah kerana umno lah punca segala rasuah dan sukar hendak di hapuskan lagi kerana sudah menjadi darah daging mereka melainkan dengan menjatuh umno baru rasuah dapat dibendung.
Tapi yang nyata pemimpin macam ini hanya ingin perjuangkan poket mereka saja.
Kalau kita lihat pemimpin yang ulung seperti Ku Razali pun apabila masuk umno daripada semangat 46 tidak di hargai ini kan pulak Ezam.
Mungkin juga ezam ingat beliau adalah Superman dengan kemasukan beliau dapat menyelamatkan Umno yang hamper karam…kita pun tak tahu…
Kita harap pekara yang sama tidak akan jadi kepada Saudara Badrul Hisyam (cikgu Bard)
Mungkim beliau pun memasang angan-angan untuk masuk umno namum terpaksa di lupakan dahulu lantaran Khairy dan pak lah masih ada dalam umno mungkin apabila Pak Lah letak jawatan beliau akan masuk umno…tetapi kita harap tidak.
Jelaslah kepada kita tindakan Ezam ini umpama menjilat ludah sendiri….
mat_terab
Friday, May 30, 2008 6:56:24 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
TENGKU QUE

Assalamualaikum...sy nak komen sikit pasal EZAM dan UMNO...

Kini kita sedang melihat fasa pertama untuk merosakkan parti UMNO oleh sesetengah kumpulan didalam UMNO sendiri...
Kemasukan EZAM ini adalah sedikit sebanyak langkah untuk merosakkan parti UMNO sendiri...Jika kita lihat komen yg EZAM tinggalkan ketika di temubual oleh pihak berita TV3 sendiri,telah terang2 menunjukkan yg dia menyatakan dia masuk UMNO untuk membuat reformasi di dalam parti itu sendiri...
dia juga dgn tanpa rasa segan dan malu mengutuk terang2 dan memfitnah ANWAR IBRAHIM,TUN MAHATHIR DAN PARTI KEADILAN itu sendiri...
yg peliknya itu isu kemasukkan EZAM kedalam UMNO telah diberi liputan meluas oleh semua media tetapi orang kuat UMNO selama 22 tahun membangunkan UMNO serta MALAYSIA hanya dihebahkan oleh sesetengah pihak je...apa dah jadi???kita dah lupa kat MAHATHIR ke???
1 lagi,siapa sebenarnya EZAM untuk mendapatkan tempat dalam UMNO???
sedangkan dia tidak mempunyai apa2 pun yg boleh dibanggakan oleh UMNO dan bg mereka yg veteren dlm UMNO kemasukkan dia adalah sesuatu yg merbahaya serta tidak boleh dipercayai lagi,ini kerana dia pernah melawan dan keluar dari UMNO sendiri.....
bg sy kemasukkan EZAM ke UMNO adalah sesuatu yg terkutuk serta hina kerana ada mereka yg kagum dgn perinsipnya tetapi sekarang dia tidak berperinsip lg dan kita boleh tgk dia mmg x berperinsip dari dia keluar UMNO pada 10 tahun dulu lg..........
bg sy ia adalh perbuatan yg x blh diterima langsung dan seakan-akan ada sesuatu yg berlaku di sebalik kemasukkan dia ke dalam UMNO itu sendiri..........
tengku que
Friday, May 30, 2008 9:56:35 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
abg azmin,

takpelah ramai lagi yang lebih bagus dari ezam didalam pkr!
Sunday, June 01, 2008 2:55:49 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
sila baca website malaysia kini

Ezam mengatakan dia kecewa krn dato seri anwar tidk mempertahankannya tindakannya berjumpa pemimpin umno dulu utk mmbebaskan dato seri dr penjara.tujuannya bkn utk masuk umno ketika itu.ttp membebaskn anwar..(inilah pemimpin yg mengikut emosi/prasaan dan mudah merajuk)ezam tdk layak digelar pejuang sekiranya sifatnya begini.
Ezam juga mengatakan ramai rakan2nya yg masuk umno krn mslah peribadi dan kewangan..
Sahla kini perjuangan mrk dlm umno bkn utk rakyat ttp utk peribadi..klu sy presiden umno dh lama sy xtrima org2 spt ni..mrk tdk sprti perjuangan org PAS..yg sanggup bersusah payah demi perjuangan menegakkan Islam.
mikel
Sunday, June 01, 2008 10:55:41 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB ....nk email ....boleh ??
mie
Monday, June 02, 2008 2:18:23 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Sebenarnya isu ini boleh membuka pekung di dada masing dalam PKR dahulu, kebanyakan cerita tersimpan di otak ezam, biarkan dia pergi, dia pun tiada pengaruh yang besar pun dalam parti kita, biarkanlah org dalam PKR nak ikut dia, mungkin kecewa kerana tidak terpilih atau disingkarkan, biarlah pangkat menjadi kejaran mereka, bagi aku satu saja mahu dari ezam, heretkan nama-nama pesalah yang ada di setiap kotak yang tersimpan di simpanan ezam . Tutuplah isu ini,takut2 jatuh dosa kepada kita secara tidak sengaja...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Tuesday, June 03, 2008 6:13:04 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
saya ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan institut ini
bole kah disertakan alamat dan program yang akan dijalankan
serta nombor atau orang yang berkenaan untuk dihubungi
masih mencari
Wednesday, June 04, 2008 8:50:18 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
HARGA MINYAK NAIK

YB,

sebagai rakyat biasa dan berpendapatan biasa sahaja... tolonglah dan bantulah kami....

kami merayu...
YB,
lakukanlah sesuatu untuk menangani masalah ini... kami cukup terbeban sekarang dgn kenaikan harga minyak, tarif elektrik dan for sure hg barangan lain turut akan naik esok....

YB,
pohon dibawak isu ini ke dalam dewan rakyat pada 26hb ini...

TQ

yg benar,
rakyat yg terbeban!
kawanbaik
Wednesday, June 04, 2008 11:27:50 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB Azmin, tolong ambil perhatian yg serious tentang article di bawah. Raikanlah para reformasi tulen bukan yg menumpang. Demi kebaikan PKR dan para penyokong. Tan Sri Khalid haruslah perhartin tentang reformis-reformis.
-----------------------------------------------------------------------------

KIRA-KIRA sebulan lalu saya dihubungi oleh Dinsman yang memberi tahu satu pertemuan golongan karyawan iaini penulis, sasterawan, penyair, kartunis, dramatis, penyanyi dan sebagainya yang pro reformasi bakal diadakan. Tarikhnya kalau tidak silap pada 30 Mei. Bagaimana pun dua minggu kemudian beliau memberi tahu tarikh itu ditunda kerana pada tarikh itu Anwar Ibrahim yang akan menjadi tetamu khas tidak ada dalam negeri.

Saya menyatakan kesediaan untuk hadir. Kenapa tidaknya, itulah majlis untuk para karyawan pro reformasi berhimpun. Selepas pembangkang menang dalam pilihan raya lalu belum ada perhimpunan sebesar itu dan seumpama itu.

Walaupun kami, khasnya saya bukan ahli politik pembangkang totok namun kami merasa kemenangan Pakatan Rakyat adalah hak kami juga. Kami ada saham kalau tidak banyak, setengah peratus adalah! Kerana apa yang kami perjuangkan ialah memastikan kerajaan BN supaya diajar oleh rakyat. Kami mahu rakyat melakukan anjakan paradigma dalam politik bangsa.

Saya tidak tahu apakah agenda pertemuan yang disebut Dinsman itu. Cuam saya fikir ia adalah satu pertemuan sesama sendiri. Bolehlah digunakan untuk bertukar fikiran dan bertanya khabar mengenai karya-karya terbaru masing-masing ataupun komen-komen mengenai telatah dan wajah pemimpin refomasi yang menang. Tentu watak, percakapan dan gaya mereka berbeza selepas menang dengan semasa sama-sama menggerakan reformasi dulu dan ini adalah dalam pemerhatian dan pengamatan karyawan reformasi.

Suasanya juga tentu lebih galak dan lincah kerana 'parti' sudah menang!

Meruang masa

Tarikh yang disebut Dinsman ialah pada 6 dan 7 Jun. Eloklah.... saya lantas meruangkan masa dengan tidak membuat apa-apa jadual pada tarikh berkenaan. Memang berhajat dan seronok untuk hadir.

Beberapa hari lalu saya dihubungi oleh seseorang yang bercakap atas nama karyawan. Beliau mahukan kepastian samada saya ingin hadir atau tidak ke majlis yang dinamakan Makan Malam Karyawan II. Kepada orang itu saya memberi tahu saya sudah sahkan kepada Disman menerusi SMS. Hairan juga saya kenapa dia mahu membuat pengesahan sekali lagi.

Apabila saya bertanya dia siapa dan apakah tidak kenal dengan Dinsman, dia tidak menjawab, sebaliknya memberitahu, beliau diminta untuk menanyakan saya hadir atau tidak. Itu saja.

Kelmarin Haji Bakal Ninggal (penerbit majalah Variasari dan bekas Timbalan Ketua Keadilan Bahagian Gombak) pula menghubungi saya, merunggut mengenai majlis itu. Katanya, beliau dapat tahu Kerajaan Selangor ada anjurkan majlis untuk karyawan reformasi. Menurutnya Dharmala NS menyatakan kekesalan kerana tidak dijemput. Haji Bakar bertanya apakah saya dijemput atau tidak?

Mulanya saya rasa tidak wajar untuk Haji Bakar atau Dharmala NS (seperti kata Haji Bakar) merungut mengenai jemputan itu. Kerana setahu saya majlis itu untuk karyawan reformasi sahaja. Maknanya mereka yang bersastera, bersajak , berdrama dan menulis menyokong reformasi saja yang layak menghadirnya. Jumlah mereka ini tidak ramai. Tidak sampai 50 orang.

Saya tidak memberi tahu apa-apa kepada Haji Bakar dan berjanji akan menjelaskan bila berjumpa kemudiannya.

Dan hari ini saya menerima sekeping kad jemputan berwarna putih yang berlogokan lambang Kerajan Selangor. Kad jemputan itu datang daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor yang mempersilakan saya hadir ke majlis Makan Malam Karyawan II, bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Slangor, Shah Alam.

Bila majlis Makan Malam Karyawan I? Saya sedikit kebingungan. (Oh seminggu sebelum pilihan raya di rumah Khalid Ibrahim di Bukit Damansara, barangkali itu malam karyawan pertama?).

Membelek aturcara

Saya membelek aturcara yang dikembarkan bersama kad berkenaan beberapa kali. Kehadirannya, MB Selangor dan Anwar Ibrahim. Ada ucapan, dua dari wakil Karyawan, pertama oleh Sdr Eddin Khoo dan kedua oleh Dato' Siddiq Fadhil.

Selepas itu diadakan jamuan makam dan diikuti dengan ucapan Tan Sri Khalid Ibrahim. Selepas itu ada lagi ucapan disebut sebagai wakil Kayrawan, oleh Prof SN Dr Muhammad Haji Salleh yang kemudiannya diikuti dengan ucapan tetamu khas Anwar Ibrahim. Berapa banyak wakil dah....!

Saya tertanya-tanya apakah jemputan itu ada kena mengena dengan majlis yang disebut dan 'dipadah' Dinsman? Saya mula meraguinya kerana di kad berkenaan tidak dicatat nama Dinsman. Sewajarnya Dinsman yang menjadi penggerak diminta memberi ucapan kalau majlis itu ada sangkut paut dengan majlis yang disebut Dinsman itu.

Saya kenal dengan orang benama Siddiq Fadhil yang bercakap telor sekerat belut sekerat keli itu. Tetapi tidak kenal dengan orang bernama Eddin Khoo itu. Siapa itu Eddin Khoo? Begitu juga saya kenal dengan SN Muhammad Haji Salleh. Bagaimana pun setahu saya kedua, tidak... ketiga mereka, rasanya tidak pernah terlibat dalam menghasilkan apa-apa karya kreatif yang pro reformasi. Siddiq Fadhil adalah bekas Presiden Abim.

Sepanjang berdemonstrasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman tahun-tahun 1998 dan 1999 dulu tidak pernah ternampak muka mereka baik di celah pokok ataupun di sebalik batu?

Apabila saya meneliti tidak ada nama Dinsman saya jadi makin keliru dan tertanya-tanya. Keadaan ini menjadikan saya tergerak untuk menghubungi Dinsman dan bertanya apa yang berlaku sebenarnya dengan majlis berkenaan.

Kata Dinsman majlis itu mulanya hendak diadakan bersama. Tetapi entah macam mana ia diasingkan. Jadi majlis yang disebut Dinsman itu berbeza dan terasing dengan majlis Makan Malam Karyawan II itu. Majlis makan malam itu lebih eksklusif dan berwajah bangsawan dan bukannya karyawan marhaen.

Kalau begitu saya kata kepada Dinsman saya tidak akan hadir majlis Makan Malam Karyawan itu. Saya rasa tidak pantas untuk hadir bukan saja makan dalam pinggang emas tetapi untuk mendengar ucapan mereka yang saya tidak pernah tengok terlibat dengan reformasi itu.

Mungkin butiran ucapannya nanti akan menjadi asing kepada saya dan membingunkan apabila ianya diselit dengan falsafah-falsafah yang tidak terjangkau oleh dek pemikiran marhaen! Dan bak makan-makan ini saya cukup sensitif, tidak suka saya kalau dipanggil untuk makan apa lagi kalau padah menerusi orang kedua atau ketiga!

Bagaimana pun saya bagi tahu kepada Dinsman saya akan hadir pada majlis 6 Julai di sebuah hotel di Shah Alam itu? Saya terus keliru dan kebingungan mengenai ini. Hinggalah selepas saya membaca catatan Dinsman didalam Hakarah baru saya tahu sikit-sikit apa yang berlaku. Reformasi kini kata Dinsman sudah menjadi reformani! Mani itu gak duitlah... duit... duit!

Biasalah kalau sungai sudah hampir kering ditimba oleh para peraih marhaen, maka akan turunlan para berjois untuk memunggut ikan-ikan yang sudah mula menunjukkan sirip. Sudin....Sudin......!

Barangkali antara sebab kenapa wira reformasi yang berpatah balik, Ezam Mohd Noor akhirnya mengambil keputusan melarikan diri daripada perjuangan kerana wujudnya layanan double standard ataupun atau pun kerana tidak sanggup menyaksikan orang lain berselut berpasir, orang lain dihidang makan dalam mangkuk emas! Sudin... Sudin! [wm. kl 2:10 04/05/08].

http://msomelayu.blogspot.com/2008/06/keluhan-jiwa.html

slyderrose
Friday, July 18, 2008 10:57:13 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB....

SAYA SEDIH BUKAN KEPALAG MEMIKIRKAN APA YANG BERLAKU DI KALANGAN POLITIKUS MELAYU YANG LANTANG BERSUARA DEMI KEPENTINGAN RAKYAT....BETUL KE UNTUK RAKYAT....!!!SEDANGKAN RAKYAT TERUTAMA MELAYU SEMAKIN TENGGELAM DAN HANYUT AKIBAT DARIPADA PROSES PERCAKARAN SESAMA MELAYU.MELAYU BERPECAH KEPADA BEBERAPA KUMPULAN.SEDANGKAN MAJORITI KITA BUKANLAH BESAR SANGAT.DI SINI MASING-MASING MAHU MENJADI CHAMPION.TETAPI YANG TERGADAI ADALAH HAK MELAYU.CONTOH YANG UTAMA IALAH BIASISWA YANG TERANG-TERANG TELAH DIBERI KEPADA BUKAN MELAYU.INI KERANA KERAJAAN INGIN MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA BUKAN PERKAUMAN DAN INI SEBAGAI ENCOUNTER KEPADA TUDUHAN BAHAWA KERAJAAN SEKARANG BERBENTUK PERKAUMAN.PKR PULA SEDANG MENCANANGKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA MEREKA AKAN MENGHAPUSKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU......APALA NAK JADI PADA MELAYU... JIKA HAK YANG ADA DAH DIBERI PADA ORANG LAIN.APA LAGI YANG TINGGAL....TINGGAL KUBUR MELAYU SAJA LAAAAAAA....APA SALAHNYA JIKA HAK ORANG MELAYU DIPERTAHANKAN TETAPI PADA MASA YANG SAMA LANGSUNG TAK MEMYEKAT HAK ORANG LAIN!!!!!SEKARANG NI LIHAT SAHAJA HARTA YANG DIMILIKI OLEH ORANG BUKAN MELAYU...JAUH LEBIH BANYAK....BERAPA KERAT SANGAT ORANG MELAYU YANG KAYA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ORANG LAIN...SEBARANG LANGKAH MENGHAPUSKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU AKAN MENYEBABKAN MALA PETAKA KEPADA BANGSA MELAYU....JADI MACAM PALESTINE...MENGEMIS DI BUMI SENDIRI.FIKIRLAH.....JANGAN HANYA BERTINDAK BERASASKAN KEHENDAK POLITIK...
Arman Rafi
Tuesday, July 22, 2008 2:15:59 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Si ezam dlm jawapannya melalui email yg saya hantar mengatakan bahawa ke 6 kotak yg masih dlm simpanannya adalah bukti penyelewengan DSAI dan dgn nada seperti biasa berjanji akan mengeluarkan kesemuanya sedikit masa lagi..heheeehee dan tak lupa juga dia berkata dia skrg ni berdiri di golongan yg benar memperjuangkan ugama dan bangsa(agaknya dia masih bermimpi kot)
ali
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview