Tuesday, May 27, 2008

Pada 25hb.Mei 2008, saya bersama-sama Ahli Jawatankuasa Keadilan Bahagian Ampang telah membuka kaunter aduan dan keahlian di pusat membeli-belah Spectrum, Ampang. Walaupun tempoh pembukaan agak singkat, saya cukup teruja melihat sambutan dari penduduk setempat dan masyarakat Tionghua begitu menggalakkan. Namun demikian apa yang penting aduan dari mereka dapat saya dengar secara langsung dan mengambil tindakan terhadap aduan tersebut.

Jam 4.00 petang saya bergerak ke Pangsapuri Taman Sri Dagang bagi merasmikan jawatankuasa daerah mengundi (JDM Sri Dagang). Sambutan amat memberangsangkan daripada penduduk setempat dan saya juga mengambil kesempatan dalam memberi penerangan tentang isu-isu terbaru seperti isu pemberian air percuma dan isu pemberian wang ehsan kepada anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke IPT. Selain itu saya juga menyarankan rakyat semua dapat memberi kerjasama dan memberi bantuan tanpa mengira idoelogi politik, agama dan bangsa.

Saya berharap rakyat semua dapat faham perjuangan yang diperjuangkan Keadilan dan juga Pakatan Rakyat dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat untuk semua.

Tuesday, May 27, 2008 3:32:28 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Tuesday, May 27, 2008 5:19:56 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Syabas YB.. YB nmpak sgt mesra dan sgt dekat di hati rakyat.. YB begitu bersungguh2 mendekati rakyat.. Sikap begini mesti dicontohi dan di teladani oleh pemimpin2 umno.. bersama-samalah kita hebatkan Malaysia tercinta...
pistol
Tuesday, May 27, 2008 7:21:01 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
salam..

Y.B nampak sibuk dengan aktiviti bersama masyarakat.
Alhamdulillah satu pendekatan yang bagus. Sedikit sebanyak mereka dapat penjelasan daripada isu-isu yang dibangkitkan dalam propaganda menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat.
Semoga perjuangan Y.B. diredhai Allah S.W.T.

Salam perjaungan

Iwan Togey
iwan togey
Tuesday, May 27, 2008 8:12:10 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
abg azmin,

semoga abang sabar dalam perjuagan nanti. tolong cepatkan perlaihan kerajaan kerana bn sombong dan tak mengaku salah pun......
Wednesday, May 28, 2008 9:02:31 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Ezam sertai UMNO.

Salam.

Apa sudah jadi kepada saudara Ezam yg dulu tokoh yang disajungi oleh reformis? Adakah penyertaan smula Ezam kedalam UMNO melemahkan Pakatan Rakyat dan Keadilan khasnya?
Ezam dengar khabarnya nak buka pekung Parti Keadilan dan Dato' Seri Anwar. Adakah ini mainan politik atau memang Ezam sendiri yang sudah insaf bak kata Pak Lah?

Minta Y.B. dapat memberi penerangan kepada rakyat, risau kehilangn sokongan daripada rakyat yang atas pagar ni.
Kukuhkan ukhwah sesama kita denagn PAS dan juga DAP.
Nampak seperti ada sedikit jurang antara parti komponen pakatan rakyatni.
Kami rakyat akan sentiasa menyokong parti yang membawa kejayaan kepada agama, bangsa dan negara kami.

Salam Reformasi: Iwan Togey
iwan togey
Wednesday, May 28, 2008 10:50:33 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
kenapa mesti ezam masuk umno, tak de parti lain ke?
Thursday, May 29, 2008 2:20:48 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Syabas YB
walaupun sibuk dengan sidang parlimen dan sidang dun, YB sanggup turun padang berjumpa dengan penduduk. YB, jangan hanya jumpa harap selesai sekali ... SELAMAT BERJAYA YB

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Monday, June 02, 2008 2:49:47 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
salam yb,


minta tengok kan Jalan Gombak! dah macam kene bom
shaheezam
Saturday, June 28, 2008 2:49:52 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB. Azmin,

Saya mohon untuk bertemu dengan YB. untuk membincangkan berkenaan aktiviti-aktiviti yang bakal bekerjasama untuk manfaat para belia DUN YB.

Tel : 017-3542179
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview