Wednesday, January 16, 2008
Faizal Shah menulis :
Abg Azmin...... tahniah di atas kekentalan semangat abg Azmin. Sebelum tu saya merupakan antara pelajar paling lama berguru dgn ayah abg azmin. Arwah ustaz pasti bangga melihat perjuangan anaknya. Ketika arwah ustaz kembali ke rahmatullah saya tak sempat kerana ketika itu saya menuntut di Michigan USA. Arwah ayah abang merupakan seorang yg cukup tegas dan disiplin. Nasihat dan ilmuyg dicurahkan masih terngia2 sehingga ke saat ini. Salam reformasi daripada saya.


Saya terharu di atas kunjungan Saudara Faizal ke blog saya. Lebih gembira sekali apabila saudara adalah anak murid kepada arwah ayahanda saya. Pemergian ayahanda saya pada bulan Julai 1999 amat dirasai oleh saya dan keluarga. Ayahanda saya, Pak Ali senantiasa teguh bersama saya tatkala berlakunya insiden 1998. Pak Ali dengan berani bangun menentang fitnah yang ditaja oleh pemimpin elit UMNO dan tauke judi dalam negara. Ayahanda saya terpaksa mengambil tindakan yang tegas untuk "disowned" adik saya yang diperalatkan oleh penguasa zalim, walaupun jauh dihatinya amat kecewa. Kesihatan beliau sering terganggu akibat tekanan dan senantiasa berulang alik ke IJN. Namun, beliau kerap mengunjungi saya dan isteri, Shida serta anak-anak di rumah dengan membawa roti canai dan tosey untuk sarapan pagi bersama.
Ayahanda Pak Ali amat dikenali sebagai seorang yang tegas, amanah dan berdisiplin tinggi. Beliau mempunyai ratusan anak-anak muridnya yang mengikuti pengajian Al Quran dan Fardhu Ain. Ketika mengajar, beliau memang garang. Rotan senantiasa ditangannya. Mungkin Faizal juga pernah kena rotan ! Namun, hatinya amat baik dan ikhlas dalam menjalankan kerja-kerja dakwah. Saya masih ingat kegigihan arwah ayahanda saya yang memandu sendiri kereta Mercedez merahnya yang uzur untuk mengambil anak-anak muridnya sekitar Taman Melawati dan Hulu Kelang dan sesudah pengajian beliau juga akan menghantar pulang anak-anak muridnya hingga ke pintu rumah.
Beliau cukup rapat dengan saya. Beliau menghembuskan nafas terakhir di IJN dalam dakapan saya. Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmatNya ke atas ruh ayahanda saya dan menempatkan ruhnya di syurga bersama para solihin dan syuhada'. Saya akan meneruskan perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Saya berjanji untuk membela nasib rakyat yang ditindas. Saya harap Faizal dapat bersama saya untuk membawa perubahan. Kalau ada kelapangan, pohon hubungi saya di 012.205.2020 atau email : azmin.ali@gmail.com.
Azmin Ali.
Wednesday, January 16, 2008 10:46:55 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Friday, January 18, 2008 9:50:39 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
assalamualaikum abg azmin,sy timblan ketua pemuda pdgserai.Tersentuh hati saya apabila mendengar cerita abg azmin mengenai arwah pak ali iaitu ayah abg azmin detik2 hayat pak ali semasa hidup,pada tahn 1998 saya berada di tingkatan 2 mendengar cerita dato sri di pecat,mm saya jurang faham ketika itu tetapi selang beberapa buan kemudian saya mula faham dengan apa yg terjadi...apabila tertubuhnya parti keadilan pada 1999 saya melekatkan stiker parti keadilan di motosikal saya walaupun di marahi oleh ckgu disiplin,alasan cikgu tersebut kerana saya menyokong reformasi...itu semua pengalaman bg saya..pg nant saya ingin bertolak ke kuala lmpur untuk kursus penerangan di midah hotel kuala lmpr...kami di pdg serai akn memberi komitmen kepada pejuangan tanpa rs jemu...
Tuesday, February 19, 2008 12:01:01 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
aslm wr.
moga saudara n family
saya kenal saudara suatu masa dulu tapi yakin saudara x kenal saya.
ada perkara yg penting bg saya tapi tidak bg tuan utk dibincangkan secara privasi.
hubungi saya jika kelapangan di alamt atas @ 012-362 9646
tq.
jazakallah.
DYLAN
Wednesday, February 27, 2008 10:16:19 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Assalamualikum dan selamat sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan juga selamat berjaya di atas penamaan untuk proses pilihanraya 2008 bagi Parlimen-Gombak. Semoga berjaya hendaknya...insyallah.

Saya terbaca blog En. Azmin serta artikel mengenai bapa saudara iaitu arwah Hj Ustaz Ali. Saya terdetik untuk membacanya kerana saya merupakan bekas anak murid kepadanya pada tahun 1985-86 ketika saya berumur 11 tahun.

Memang benar apa yang dikatakan...garang, berdisiplin dan tegas...dan rotan sentiasa di tangan. Namun disebalik ketegasan itulah yang mengajar saya untuk membaca jawi serta Al-Quran dengan baik. Ajaran Fardhu Ain juga menjadi ingatan pada diri saya.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara untuk mewakili pihak arwah Hj Ustaz Ali kerana atas ilmu yang tak terhingga nilainya yang telah dicurahkan. Semoga rohnya dirahmati Allah dan berada dikalangan orang-orang yang diberkatiNya.

Saya sedekahkan AL-Fatihah untuk arwah bapa saudara dan terima kasih tak terhingga.

Semoga karakter dan keperibadian arwah Ustaz Hj Ali diturunkan kepada saudara untuk menjadi seorang yang berjaya dan pemimpin yang tegas tapi adil.
ManBat
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview