Monday, June 30, 2008

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini berada di Kedutaan Turki disini bagi langkah menjaga keselamatan beliau yang menerima ancaman sehingga boleh menggugat nyawa beliau. Dato’ Sei Anwar  berada di kedutaan itu sejak pagi semalam sehingga satu tempoh yang belum di ketahui.

 

Mesyuarat tergempar Parti Keadilan semalam telah memutuskan beliau ditempatkan di sebuah tempat yang selamat demi menjaga keselamatan beliau. Keputusan menempatkan Dato’ Seri Anwar di Kedutaan Turki adalah dibuat selepas kedutaan tersebut menawarkan tempat berlindung untuk Anwar.

 

Isu liwat ini diihat sebagai satu ‘konspirasi’ jahat untuk menjatuhkan seseorang pemimpin poitik seperti Anwar dan dakwaan terbaru itu hanyala rekaan semata-mata yang menyekat kebangkitan karier politik Anwar selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihanraya pada 8 Mac yang lalu.

 

 

Monday, June 30, 2008 3:51:17 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Monday, June 30, 2008 6:13:03 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Sama-sama kita berdoa agar DSAI dilindungi oleh segala fitnah ini, semoga kebenaran terbukti jua. Aku yakin DSAI tidak melakukan prilaku sebegini ..... PERCAYALAH .... kalau ianya benar, aku akan keluar dari PKR dan AIC.

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Monday, June 30, 2008 8:20:23 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Ya ALLAH Ya Rabb,

Kiranya hamba MU, Anwar bin Ibrahim telah dikhianati dan difitnah melakukan liwat, maka kami mohon pertolongan MU ya ALLAH, selamatkanlah dia dan kami juga memohon kepada MU, Ya Rabb, laknatilah mereka yang menzalimi, mengkhianati dan menfitnah hamba MU, Anwar bin Ibrahim.

Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki MU yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah

Selawat dan salam ke atas Penghulu kami Muhamad SWT, keluarga dan sahabat baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.

Amin Ya Rabb.

http://www.kerajaanrakyat.com/
Monday, June 30, 2008 11:47:54 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Ingatlah ini semua ujian daripada Allah S.W.T. Kita sebagai hambanya perlu melaluinya dengan penuh tabah dan istiqamah. Jangan lari daripada landasan islam yang sebenar. Mungkin ini satu pengajaran untuk DSAI atas kesilapan yang tidak disengajakan dibuat oleh beliau.

Wahai DSAI, bersabarlah, kami rakyat mendoakan kesejahteraan kamu sekeluarga dan juga kesejahteraan pemimpin kami. Ambil iktibar daripa mereka yang terdahulu, Imam Syafie, Imam Hambali, Ibnu Taimiyyah, Hasan Al-Bana dan banyak lagi.

Mereka semua dipejarakan dan dituduh tetapi apa yang mereka pertahankan adalah kesucian islam dan prinsip keadilan manusia sejagat.

All The Best
fk
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview