Monday, September 15, 2008
Saya dan seluruh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), menafikan menganjurkan perhimpunan di Istana Negara esok sempena menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "perdana menteri keenam" seperti poster-poster yang disebarkan di beberapa tempat di ibu kota.

PKR dengan ini ingin memaklumkan bahawa ia tidak sama sekali terlibat dalam penganjuran mana-mana perhimpunan mahupun perarakan ke Istana Negara pada 16 September 2008 seperti yang diuar-uarkan.

Kami beranggapan penyebaran maklumat palsu yang melibatkan PKR ini dilihat sebagai suatu usaha terdesak pihak tertentu yang mahu menimbulkan kekacauan dan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan akan seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada warga penduduk Kuala Lumpur dan saya menyeru orang ramai tidak terpedaya dengan helah dan propaganda kerajaan Barisan Nasional dengan mengaitkan PKR dengan kekacauan dan ketenteraman awam.

Monday, September 15, 2008 6:07:44 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Monday, September 15, 2008 8:25:11 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Alhamdulillah,terima kasih atas informasi tersebut, maka sekarang terbuktilah bahawa ada pihak yang terdesak dan sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan diri. Semoga saudara sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan dan berada dalam lindungannya. aminn

www.kisahjutawan.blogspot.com
Tuesday, September 16, 2008 1:46:11 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Bila terdesak semua orang sanggup melakukan apa-apa saja termasuk menyebarkan berita palsu dengan niat menjatuhkan musuh politik.
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview