Wednesday, July 16, 2008
Saya ingin mengulas sedikit mengenai perdebatan semalam, betapa malang rakyat Malaysia mempunyai pemimpin dangkal seperti Menteri Penerangan yang jelas gagal mengemukakan hujah dan jawapan yang berasaskan fakta. Walaupun kita sedia maklum bahawa beliau bukan lawan DSAI, namun sepatutnya wadah debat ini di pergunakan oleh beliau sebagai medan mengemukakan hujah berasaskan fakta dan bukan retorik sejarah, hentam isu peribadi DSAI yang tidak kena mengena dengan tajuk debat. Sabery Cheek tidak langsung nama rakyat dan rasa prihatin kepada rakyat terbanyak. Sedih betul melihat pemimpim muda melayu yang begitu lemah menjadi Menteri Penerangan malaysia. Memang sewajarnya beliau wajib meletak jawatan dengan seberapa segera.

Ulasan-ulasan mengenai debat tersebut:

a) Soalan DSAI yang ditujukan kepada menteri Penerangan langsung tidak dijawab olehnya, sebaliknya beliau lebih menumpukan pada serangan peribadi terhadap DSAI.

b) Soalan yang dikemukakan oleh Dr Nordin Kardin bukan berbentuk soalan, soalan beliau lebih kepada hendak menjadi moderator dan menghentam DSAI dan tidak langsung bertanya soalan.

c) Soalan saudara Zulkifli Sulong kepada Menteri Penerangan langsung tidak dijawab (SOALAN  ZULKIFLI BERIKUT ; mana menghilangnya wang kerajaan yang kononya hasil dari penjimatan adalah untuk pengangkutan awam) persoalan wang dijimatkan kononya untuk memperbaiki sistem pengangkutan ynag sampai kini tidak habis dibelanjakan. Sabery chik tidak menjawab soalan itu  sebaliknya beliau merapu entah kemana.

d) DSAI telah menyatakan dengan jelas formula untuk mengurangkan harga minyak malah amat terbuka sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas menerima cadangan beliau dan pakatan rakyat. Kurangkan level IPP simpanan 3bilion dan ambil 2 bilion dari dividen khas Petronas. DSAI langsung tidak mengatakan bahawa beliau mahu menggunakan wang petronas yang lain.

Kesimpulan mudah dari debat tersebut, rakyat harus mengenakan tekanan kepada YB-YB Barisan Nasional samada mereka mengambil idea atau formula yang dibentangkan oleh DSAI untuk mengurang harga minyak atau berdiam diri dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di tempat beliau menang semasa pilihanraya yang lepas.

Tahniah kepada DSAI atas hujah dan etika debat yang cukup sopan dan menjiwai penderitaan terbanyak. Dengan jumlah penonton yang mencecah 10 juta yang mengikuti debat malam tadi diharap rakyat dan YB-YB dari BN patut mencontohi kepimpinan dan teladan beliau terutama sekali UMNO. Adalah Diharap dengan ini YB-YB dalam umno, ayuhlah masuk Ke Pakatan Rakyat agar perjuangan pembelaan rakyat dapat di bela dan masa depan negara lebih terjamin. sekian.

Wednesday, July 16, 2008 1:14:14 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Wednesday, July 16, 2008 1:57:20 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB, DSAI akan ditahan selama mana?? Kenapa ditahan kan DSAI akan ke IPK selepas ke BPR??
Damia
Wednesday, July 16, 2008 2:08:07 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Pertamanya, tahniah buat kedua2 panel debat. Saya sempat melihat secara LIVE perdebatan dari brisbane yang mana saya amat menunggu2. Saya amat berbangga kerana ada juga dikalangan ahli BN yg berani and bijak menerima dan menjawab sessi debat kelmarin. Walaupun kehebatan DSAI berdebat tidak dapat dinafikan, namun DAS juga tidak kurang hebat. Namun sbg pemerhati BEBAS disini, saya berpendapat, kedua2 panel tidak benar2 menjawab soalan2 yg dikemukakan. Kebanyakan jawapan yg diberi adalah berlainan drpd apa yg dikemukakan. Disini, sbgai pemerhati, jelas menunjukkan kehebatan berpidato / ceramah bukannya bermakna seseorang itu mesti hebat ketika berdebat. Soalan2 yg dikemukan oleh kedua2 panel n wakil panel adalah tepat dan menjurus kepada isu yang dibincangkan, namun bg pendapat saya, kedua2 panel asyik mengutarakan isu2 yang mana semua org sudah maklum.

Bagi saya, ini adalah permulaan kpd perubahan iklim politik yg lebih matang, bijak dan berdemokrasi. dgn ini rakyat sendiri dapat menilai kesungguhan dan kebijaksanaan pemimipin kita yg setakat ini hanya cuba menyeleweng drpd fakta asal dan adanya jelas menghina kebijaksanaan rakyat sendiri dgn memberi jawapan yg tak masuk dek akal.

Syabas DSAI dan DAS, pendapat saya jelas, tidak ada pemenang yg sebenar malam tadi. Namun kelebihan sedikit milik DSAI kerana jawapan DAS jelas tidak menunjukkan IKLIM dan suasana ketika ini dan tidak ada tindakan yang jelas untuk mengatasinya.

Dan jawapan kpd DAS yang paling TIDAK boleh diterima pakai ialah, kejayaan petronas adalah disebabkan oleh UMNO itu sendiri. Jadi dimanakah letaknya kedudukan PEKERJA2 PETRONAS YG SELAMA INI BERTUNGKUS LUMUS BEKERJA UTK MEMASTIKAN PETRONAS MENCAPAI CITA2 DAN WAWASAN MEREKA. inilah jawapan drpd seseorang POPULIST.

Sekian.
Anak jati wilayah
Wednesday, July 16, 2008 3:13:36 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)

The following questions need to be addressed in our quest for revealing the ultimate truth on topic debated last night:

1) Is it a wise and unavoidable move for the government to reduce the subsidy and increase the petrol price when there is a constant trending up of international petrol price ?

2) Is it a disastrous move to hike the petrol price and caused the inflationary pressure to be out of control (adding oil to the already high import inflation fire) when we had the option not to do it as Malaysia is still a net exporter?

3) Do our policy makers putting enough mental efforts to recognise and acknowledge how urgent the issues of the current inflationary - stagflation and eventually a depression crisis could damaging our economy in 2008, 2009 and 2010 instaed of addressing the non urgent issues like oil shortage in 2015 (or onwards ??? nobody know the exact date as it is based on static assumption)

4) Is the reallocation of 13 billion save from the petrol subsidy equate to the evoporation of wealth in bursa and crisis of confident experienced widespread across all sectors since the petro hike ?

5) Is sudsidy the only leakage of our rakyat fund for development or other sources of leakages that we refuse to recognise ?

6) Is fairness prevails in our society when subsidy for the masses can be withdrew back while the incentives to a handful of capitalists need to be maintained in the name of rule of law?


Ponder ! Ponder ! Ponder !
Anak Malaysia
Thursday, July 17, 2008 5:28:17 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
My Open Letter to Malaysians.

http://ezreenemira.blogspot.com/2008/07/justice-for-anwar-ibrahim.html
Thursday, July 17, 2008 9:07:10 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
The police detained DSAI in the police cells because they want to take his hair samples that may have fallen while he was asleep and say that they were found in the condo. Can someone warn DSAI of that NOW and also his lawyers about it? Do it now and now.

Abdul
Thursday, July 17, 2008 12:05:48 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Saya turut mengulas dalam blog saya.

Dipersilakan untuk berkunjung dan memberi pendapat.
Thursday, July 17, 2008 1:44:49 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya semua orang sedia maklum semenjak di bangku sekolah lagi iaitu di dalam debat mesti ada pencadang dan pembangkang.

Jelas kepada kita bahawa tajuk yang dipilih "HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN,ESOK TURUN HARGA MINYAK" menjadikan DSA (Datuk Seri Anwar) sebagai pencadang manakala DSA (Datuk Ahmad Shabery) sebagai pembangkang. Inilah yang katakan
debat.

Malangnya apa yang dapat diperhatikan, di dalam debat antara DSA dengan DAS segala cadangan dan persoalan yang ditimbulkan oleh pencadang iaitu DSA tidak dibangkang atau disanggah oleh DAS tetapi beliau lebih banyak menyindir dan menyerang peribadi DSA. Ini amat memalukan kerana beliau merupakan seorang Menteri Penerangan. DSA mengatakan bahawa beliau dapat menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen dengan formula yang dihuraikan. Adakah DAS tidak tahu bahawa dengan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen juga merupakan penurunan daripada harga asal? Waima turun 1 sen pun dikira turun juga. Saya rasa orang kampung pun akan faham.Maka ia bertepatanlah dengan tajuk debat. Kenapa masih mempersoalkan jumlah penurunan tersebut. Bukannya tajuk debat kata "HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN,ESOK TURUN HARGA MINYAK SEBANYAK RM2.00". Kesimpulannya disini, DAS tidak memahami tajuk debat. Mungkin selepas ini kena buat debat yang bertajuk "HARI INI KALAH DEBAT,ESOK LETAK JAWATAN" supaya lebih mudah untuk difahami.

Usahlah membangkitkan harga minyak sebelum dinaikkan.Kita berdebat mestilah kepada fakta semasa, sepertimana juga harga minyak mengikut pasaran semasa. Kita berdebat juga mestilah mengikut platform di mana kita berada sekarang
bukanlah mengungkit pada sejarah lama. Bukankah kehidupan ini memerlukan perubahan selagi kita masih bernafas.

Yang penting kita mesti berubah kearah kebaikan.
Thursday, July 17, 2008 3:04:03 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
tahniah...DEBAT yang hebat untuk rakyak biasa macam kami..
daela
Thursday, July 17, 2008 7:00:18 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Penuh dengan teruja akan debat tempoh hari, terlalu lama menunggu DSAI di kaca TV dalam apa-apa ruangan. Ternyata orang yang suka melalut akan berbuih mulutnya. Bagilah fakta bukan serangan peribadi. Malu kalau penonton tepuk bukan sebab fakta tapi disebabkan serangan peribadi. Shabery dan wakil Shabery pun sama-sama kurang cerdik ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada pendapat saya tentang debat ...
Friday, July 18, 2008 1:30:53 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Salam..
Saya seperti penonton lain amat teruja untuk mengikuti perdebatan tersebut. Namun begitu kecewa dengan hujah yg dikemukakan oleh DSC (dato' shabry cheek), semua hujah adalah sepertimana yg terlalu longgar tanpa fakta. Fakta tersebut (jika betul fakta) sebelum ini telah diwar-warkan- minyak naik kesan peningkatan harga global.

DSC lebih banyak menyerang peribadi DSAI. Jawapan / hujah yang melerek2 dan merapu... Tanya lain jawab lain... Lagi satu, DSC dgn sengaja memanggil DSAI dgn gelaran saudara... sebaliknya DSAI sentiasa memanggilnya dgn gelaran datuk... ! Menggambarkan sikap sombong & angkuh beliau...

Tahniah kpd DSAI. Bagi saya debat itu dimenangi dari segi fakta dan etika berdebat...

Sekian.
Friday, July 18, 2008 9:03:08 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB Azmin, salam sejahtera, first time here as i just discovered your blog recently and i wish to say that you are one of the more impressive PR MP now. You are very firm and steady in your speech and very factual in your arguments. Bravo! keep it up! You are the kind of breed of MP Malaysian needs! Just one comment, why is PKR has been so quiet to the crititism and bombardment from that double headed snake Ezam against DSAI and PKR? I think you guys ought to fire back at him and expose his scandals and the money or privileges he received from BE END just to shut him down and throw this guy into the longkang. Anyway keep up the good job and you and PR will definitely get more support from the rakyat in the next GE. Cheers!!!!!
Friday, July 18, 2008 10:58:17 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
saudara azmin,
begitu lah nasib Dr Nordin Kardin yg menjadi Naib Canselor di universiti tempatan yg idea kurang bijak,sbb itu lah Tan Sri Khalid Ibrahim memecat Naib Canselor UNISEL tempohari,mmg tepat Tan Sri Khalid memecat org yg kolot pemikiran.mereka takut dgn bayang2 mereka,sepatutnya mereka mempunyai idea yg bijak laksana.Menteri Penerangan pula berckp sehingga meleleh air liur,kotor seperti perangai mereka di dalam UMNO n BN.tak pandai berhujah,nak tunjuk dia tu hero la tu...Kita LAWAN TETAP LAWAN.BILAKAH DSAI nak bertanding?rakyat dah lama sgt menanti gelanggang pertarungan ini.
sekian terima kasih.
suhaimi
Friday, July 18, 2008 10:56:55 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Tuan,Saya perhatikan anda adalah seorang yg SEJATI.Harap anda dapat bersama-sama DSAI untuk memartabatkan kembali negara yg berdaulat ini.Semoga perjuangan yg belum selesai ini dpt sama-sama buktikan dimana kebenarannya.Rakyat nantikan kemunculan DSAI serta TEMAN SEJATINYA!!!!!!!
Kamarul
Friday, July 18, 2008 11:16:54 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Jujur saya katakan Hujah DSAI lebih bernas daripada seorang manusia yg bergelar MENTERI!!!!!!Lebih buih takpe kalau faham tp disebaliknya.Minta be a gentle minister!!BN HEROES@BN r LoooooSEEEERRRRR!!!!!!!!!!
Kamarul
Saturday, July 19, 2008 4:44:45 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Walaupun PM Malaysia tidak pernah mendapat tentangan melalui undi tidak percaya secara rasmi di parlimen atau dalam mesyuarat MT parti, adalah amat jelas bahawa beliau sentiasa mendapat tentangan dari dalam dan luar parti serta dari dalam dan luar kerajaan. Tentangan datang dalam berbagai wajah dan bentuk secara bertimpa-timpa. Desakan supaya beliau meletakkan jawatan daripada berbagai pihak adalah merupakan salah satu bentuk undi tidak percaya. Plihihanraya 8 Mac, 2008 menjadi tarikh keramat di mana setiap ahli UMNO menjadi pandai bersuara dan merasakan wajar menyatakan perasaan dan pendapat masing-masing tanpa berselindung mengenai presiden parti mereka yang juga PM Malaysia.

Sebahagian daripada mereka yang lebih bertimbangrasa melabelkan ini sebagai keterbukaan PM, kerana bersedia mendengar dan dikeritik. Mereka juga memuji-muji PM di atas kesediaan sebegini. Malangnya majorita rakyat Malaysia tidak melihatnya begitu. Mereka melihatnya sebagai kebangkitan yang mahukan supaya presiden parti, merangkap PM itu, supaya berundur. Malangnya, mesej ini seolah-olah “fell on deaf ears” sepatah kata orang putih.

Bukan itu sahaja, bekas PM yang menjadi PM selama 22 tahun, keluar parti dan menulis serta berucap atau berceramah secara terbuka menghentam PM penggantinya itu agar meletakkan jawatan. MP Jerlun yang juga anak kepada bekas PM membuat gesaan yang serupa. MP Gua Musang membawa pendekatan yang lebih demokratik dengan menyatakan hasrat untuk mencabar PM dalam mesyuarat agung selain menyatakan bahawa plan peralihan kuasa PM kepada TPM yang telah diumumkan itu sebagai sebagai bercanggah dengan perlembagaan parti. Justeru beliau menganggapkan peralihan kuasa itu sejajar dengan amalan raja yang menurunkan takhta kepada anakanda bagimda. PM masih berdegil tidak mahu berundur sebelum Jun, 2010; tarikh peralihan kuasa yang dipersetujui oleh beliau dengan TPM

Soalnya sekarang, bagaimana jika TPM dicalonkan untuk jawatan presiden parti dalam pemilihan Disember ini?. PM akan malu besar kerana ditewaskan oleh timbalannya sendiri. Ini tidak mustahil berlaku kerana rata-rata ahli UMNO mahukan ini berlaku. Mereka yang kuat menyokong PM secara terbuka sekarang hanya menteri-menteri kabinet beliau sahaja.

Selain itu PM perlu ingat bahawa jawatan PM adalah menjadi hak mutlak Yang Dipertuan Agung melantiknya. Peristiwa pelantikan MB Terengganu dan Perlis sepatutnya menjadi iktibar.

Harapan BN dalam pilihanraya 13 agak umpama telur di hujung tanduk. Ini kerana UMNO menghadapi kepupusan sokongan kaum Cina dan India yang lebih hebat sejajar dengan kekalutan yang berlaku dalam MCA dan MIC. Selain itu kegagalan memenuhi tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak menjadikan sokongan mereka berpindah kepada pembangkang. Kerakusan bertindak menghalau rakyat Filipina akan menyebabkan rakyat Sabah sendiri yang tidak berkad pengenalan berkemungkinan menjadi mangsa. Ini akan menaikkan kemarahan saudara mara yang kehilangan waris yang dihalau kerana kesilapan tidak mempunyai kad pengenalan. Undi untuk BN akan berkurangan di Sabah atas sebab-sebab sebegini.

Siapapun menjadi PM sebelum pilihanraya 13, pembangkang akan tetap mengambilalih pemerintahan Malaysia mengikut analisis sepert di atas. Seekiranya DSAI ditakdirkan terkurung di penjara, pembangkang tidak bermasalah bersetuju dengan pelantikan isteri DSAI, kerana beliau telah muncul sebagai seorang kental dan berjiwa juang yang dikagumi sekarang ini.

BN akan menerima nasib malang dalam pilihanraya 13 kerana tabiat sombong dan cakap besar menteri-menterinya menjadikan rakyat semakin mual setiap hari. Mereka bukan sahaja gagal mengatasi beban kenaikan harga barangsalah rakyat, malah manambahnya dengan pelbagaiintihan masalah baru. Bila rakyat beralih daripada penggunaan kereta kepada penggunaan motosikal menjadi kebangaan mereka, sedangkan rintihan rakyat miskin itu gagal diselami.

Sebahagian besar rakyat bukan ahli mana-mana perti politik. Mereka hanya menunggu pilihanraya 13 untuk menunjukkan kuasa. AWAS!

Monday, July 21, 2008 2:25:39 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
DSAI tuh terlalu tinggi untuk berdebat ngn DSC tuh... kurang baik mcm tuh boleh jadi menteri adeh laaaa

rosak la malaysia klu 10 org menteri mcm tuh ..sume tak paham soklan ..huhuhu...tak modal nak debat main rembat jek ..kesian DSAI kene jawab gak soklan bodoh dari DSC....

DSC kene betul2 paham apa tajuk perdebatan mlm tuh ..adehlaa malu betul kekeke....

HIDUP ourbeloved icon - DSAI
ila
Tuesday, July 22, 2008 12:44:45 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Yb azmin saya memberitahu bahawa kenaikan harga minyak yg membebankan amat terasa ketika ini..tetapi alangkah malangnya insuran kenderaan pun naik sekali....mengikut tahun sehingga 75%...untuk motosikal yg berusia 10 tahun keatas...beban sudah tidak tertanggung rebet pun tak dapat menanggung....saya harap YB azmin dapat mengenegahkan masalah rakyat ini...kebanyakan motor yg berusia sebegitu orang2 kampung jer yang pakai...kesian..contohnya saya...motor saya lebih dari usia 11thn ..insuran takaful saya sebelum ini rm89...kalau naik 75%...takde maknanya rebet tue...
shuk77
Wednesday, July 30, 2008 12:46:21 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
askum saudara azmin ali..

ana nak jaminan bahawa sekiranya pr memerintah malaysia menjelang 16 sep nti..bahawa usaha2 ke arah melaksanakan syariah islam sepertimana dlm quran n hadis..adakah akan dijalankan atau tidak??

saya mahu jaminan dr saudara..ni basic..kalau undang2 islam takde samalah mcm rumah xde padar..xde dinding..kebun takde pagar kambing lembu masuk nti..

usah impi akan keadilan sekiranya keadilan quran tidak di angkat..

apepun..saya tetap sokong PR..
matlang
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview