Friday, December 07, 2007

Saya menerima banyak pesanan ringkas SMS dan email yang mendakwa orang Melayu kecewa dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keADILan kerana dikatakan terlibat dan mendukung tuntutan HINDRAF. Fitnah semakin ribut. Asakan editor dan pak menteri yang memiliki sifat-sifat kebinatangan dalam menjalankan tugas memenuhi nafsu serakah Sang Pemerintah semakin buas dan ganas. Maka timbullah kegelisahan di kalangan pimpinan dan aktivis.

Saya ingin bertanya, mengapa gelisah ? Mengapa semangat kita begitu rapuh dan mudah dipatahkan dengan propaganda dan kepalsuan berita-berita dalam media milik UMNO dan BN ??? Atau apakah kita hari ini sudah mula yakin dan percaya dengan Utusan Malaysia dan TV 3 ? Janganlah kita jual maruah kita semurah itu !

Siapa pengkhianat orang Melayu sebenarnya ? Siapakah yang membunuh Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dengan mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris; kalau bukan UMNO ? Siapakah yang merompak khazanah negara dengan memunggah saham bumiputera dan APs serta kontrak untuk kaum kerabat dan kroni mereka; kalau bukan pemimpin-pemimpin elit UMNO ? Siapakah yang mendapat permit-permit teksi; kalau bukan pemimpin-pemimpin atasan UMNO ? Siapakah yang merobohkan setinggan-setinggan dan perkampungan Melayu seperti di Kampong Berembang; kalau bukan Ketua-Ketua UMNO di Negeri Selangor ? Siapakah yang mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan Melayu di khalayak ramai dengan memberikan penyapu; kalau bukan Menteri Besar Selangor yang juga pemimpin UMNO ? Siapakah yang mendapat komisen ratusan juta ringgit hasil pembelian senjata khususnya kapal selam dan Sukhoi; kalau bukan pemimpin bangsawan UMNO ? Siapakah yang terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia; kalau bukan UMNO ?

Justeru itu, saya mengajak teman-teman untuk membaca dan menghayati ketegasan DSAI mengenai HINDRAF yang dimuatkan dalam blognya, Suara Keadilan dan Malaysiakini. Anwar dan keADILan sokong hak orang-orang India untuk berhimpun dan menyuarakan bantahan mereka secara aman. Kita mendokong 'their legitimate rights'. Tetapi, pada masa yang sama, Anwar dengan tegas dan jelas mengatakan bahawa sanggahan HINDRAF terhadap Agama Islam dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mesti ditolak.

Dato' Seri Anwar dalam kenyataan rasminya bertarikh 22 November 2007 iaitu beberapa hari sebelum Perhimpunan HINDRAF pada 25 November, menegaskan, "... saya menyeru kepada HINDRAF agar mereka mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan bertanggungjawab di dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka, khususnya di dalam soal Perlembagaan, khususnya Perkara 153. HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama."

Masalah peminggiran kaum India di Malaysia tidak ada kaitan dengan Agama Islam dan orang Melayu. Tetapi, masalah peminggiran golongan tertindas ini yang juga merangkumi orang Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan adalah hasil daripada "dasar ketidakpedulian rakyat" yang menjadi amalan pemimpin-pemimpin elit UMNO dan BN. Masalah kemiskinan dan tercicir dalam pembangunan sosio ekonomi dan pendidikan di kalangan golongan tertindas harus ditanggani segera. Penyelesaiannya bukan dengan ugutan Zam atau Nazri Aziz. Penyelesaiannya bukan dengan menghunus keris tumpul Hishammuddin.

Penyelesaiannya ialah "Ubah Sebelum Parah. Ubah Demi Maruah."

Azmin Ali.

 

Friday, December 07, 2007 12:40:15 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Tuesday, December 11, 2007 3:47:07 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
salam perjuangan...

saya bersetuju dengan saudara tentang permasalahan HINDRAF.tetapi mengapa penerangan mengenai penglibatan DSAI dengan HINDRAF tidak diperjelaskan kepada rakyat khususnya yang berada di pedalaman serta kampung?semenjak perhimpunan BERSIH,gelombang kebangkitan rakyat amat menggerunkan pihak pemerintah,sehingga hampir setiap hari dibahaskan diparlimen serta media konkongan BN,berhempas pulas menipu rakyat.tetapi tiada tindakkan susulan dari parti untuk meneruskan gelombang ini.berkenaan dengan penyertaan golongan muda juga agak kurang berbanding pada tahun 1998 (mungkin soalan ini untuk AMK).kebanyakkan mereka kurang berminat dengan permasalahn negara yang akan diwarisi oleh mereka ini.mungkin juga kurangnya pendedahan dari AMK atau bergerak terlalu perlahan dalam menjana kebangkitan anak muda,.apa pendapat saudara dalam hal ini?
eddieputra
Wednesday, December 12, 2007 12:50:38 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Jangan termakan gula-gula Barisan Nasional....
Nadia MK
Saturday, December 15, 2007 2:04:26 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Saya rasa Anwar ni ada agendanya tersembunyi yg kita sendiri bodoh mengetahuinya. Cuba lihat dalam laman web dibawah ni :

http://bersih.blogspot.com/

Saya rasa ada kebenarannya jika kita lihat dari laman web yang lain seperti yang saya nyatakan ini.

http://www.youtube.com/watch?v=Ys_QyMQEWHU...feature=related

Kemudian pendedahan dari orang kuat beliau sendiri yang tak tahan dgn wang yg diperolehi dari Sumber yang dipercayai dari luar seperti yang didakwanya bersama-sama bukti.

a) pendedahan Sdr. Ruslan kassim
http://www.youtube.com/watch?v=pjFZXnI_r0U
http://www.youtube.com/watch?v=yLfNqQpA9bE
http://www.youtube.com/watch?v=wMbI5myJPzM
http://www.youtube.com/watch?v=4Grad0x0UCQ

Tindakan khianat Anwar dan Ezam
http://www.youtube.com/watch?v=Llz6so0ryPY...feature=related

c) beberapa komen lagi
http://www.youtube.com/watch?v=oHGlu0ax_oE
http://www.youtube.com/watch?v=PO4nmv-1x9w

d) Skandal Sex beliau yg terdapat di dalam You Tube
http://www.youtube.com/watch?v=4c-tKF16zVQ

Saya rasa beruntung dapat mengetahuinya melalui kebebasan bersuara di Internet ini sebab kita bukan tau apa muslihat disebaliknya malah kita sendiri akan berfikir masing-masing 2 x 5 yang pasti masing2 nak kan jawatan dalam ADUN atau PARLIMEN sebab tu merupakan sumber pendapatan ( gaji ) untuk menyara keluarga diaorang. Kalau diaorg tak menang bertanding so tak de gaji laa selama 5 tahun dan nak makan apa keluarga selain dari minta sedekah masa berceramah mcm PAS minta dari ahli pendengar ceramahnya. Dengan erti kata lain dengar ceramahpun kena bayar..hehehe..sorry ler..kita bebas bersuara kan...

Lihat..lihat lah dan renung-renungkan...dimana letak kebodohan kita sendiri..Yang atas menang dapat duit gajinya..kita kalau tertangkap atau disaman..ada ke diaorg nak bantu jamin dan bayar saman..dan kalau kena tangkap ISA atau dipenjara..cuba fikir apa keluarga kita nak makan selama 2 tahun atau lebih semasa kita dipenjara..Ada ke orang seperti Anwar dan hadi Awang atau Peguam ni akan bantu dengan Free..nak pasang Lawyer pun kena bayar..sbb diaorg lagi suka..hehehe..rezeki datang kalau kita sendiri kena tangkap..ada laa income lowyer diaorg masa tu...belum pernah lagi saya dengar guna perkhidmatan laywyer ni free..ada ke PAS dan keadilan datau DAP sediakan..hehehe..boleh saya tumpang nanti..

Renungkan lah wahai Sahabat ku..
Tujuan Anwar dan PAS ni hanya nak mengurangkan pengaruh majoriti aje..sbb dia sendiri tau UMNO dan BN tak mungkin dikalahkan. Kalau dia yakin dia boleh menang kenapa dia tak masuk didalam PKR sendiri tetapi dikudanya isterinya saja dan dia sekadar penasihat dari luar..dia ada hati tu nak masuk BN tu sebab tak nak sertai mana2 parti politik. Hanya kita yg dibawah ni yang fanafik saja yg kata BN mampu dikalahkan..tapi pemimpin diaorg selalu menggula2kan pengikutnya begitu...hehehe..Tipah tertipu lagi ...

Helah sekadar berhimpun Bersih..
Memang nampak ramai..kata laa 100,000 ( rasa tak sampai laa ) tapi cuba kita conggak..dengan majoriti pengundi yang layak mengundi...saya ambil kasar aje laa dalam 15 Juta pengundi...100,000 tu dihimpun dari seluruh semenanjung malaysia ( bahagi kan dengan 12 negeri ) anggaran penyokong dan pengikut tak sampai 10,000 penyokong setiap negeri...

Kita Ambil contoh kat Kuala Lumpur aje laa..rasanya jumlah penduduk yang layak mengundi dalam 2 juta kot dengan kehadiran pengikut PAS dan KeAdilan dari KL saja ( selepas dikira nisbah ) tak sampai 10,000 tadi. Dari sini kita tahu 10,000:2 Juta sahaja masih dikira minoriti lagi dan tak akan mampu mengoyahkan kekuatan BN..penyokong yg hadir tu ibarat 'Anjing menyalak Bukit' (Ni hanya Kiasan..ok) bukit tak runtuh ..anjing penat menyalak..dengan kehausan dan kepanasan sahaja..anak dirumah pun tau menyatakan kebodohan org yg berhimpun begitu.

Saya tidak menyokong mana-mana tapi saya menyokong pada yg mempunyai kekuatan untuk mempertahankan tanah air saya sendiri dan bangsa melayu dan sentiasa diambil kira dalam apa hal sekalipun. jangan fikir kesalahan satu pihak sahaja tanpa menyelidiki kesalahan org lain pun ada. yang pasti yang salah tetap salah..kalau berlaku perlanggaran undang-undang ianya tetap salah. Undang-Undang dicipta untuk melindungi negara kita dari berlaku kacau bilau. Saya tak kisah kalau ada org yg fanatik akan mengkritik apa yang saya nyatakan..tu hak dia nak bersuara dan menyatakan pendapat beliau..bagi saya ni juga hak saya menyatakan pendapat dan pendirian saya.

Marilah kita sama-sama kuatkan kekuatan Bangsa kita sendiri dari bertelagah dan mengikut kata2 org-org yang kecewa dalam dunia politiknya..sbb tak kan pegi mana pun dia..dan tak akan jadi pun perdana menterinya selagi nisbah penyokong tu masih terlalu kecil untuk setiap negeri.


jebat_derhaka

jebat
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview