Tuesday, January 15, 2008

Program ceramah Dato' Seri Anwar Ibrahim malam tadi di Kampong Rinching Hulu, Semenyih mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat tempatan yang terdiri dari pelbagai kaum. Ribuan orang Melayu, India dan Tionghua berpusu pusu ke tapak ceramah untuk mendengar penjelasan dari pimpinan keADILan berhubung isu-isu semasa dan juga dasar kepeduliaan rakyat yang dibawa oleh keADILan. Dato' Seri Anwar mengupas panjang isu ekonomi termasuk harga petrol dan barangan keperluan yang semakin tinggi, masalah pendidikan, jenayah dan sosial serta dasar keADILan untuk meningkatkan dan menjamin hubungan di antara kaum dan agama dalam negara kita semakin mantap. Turut berceramah Dato' Dr. Zainal Abidin Ahmad dan saya sendiri.

Tuan rumah, Cikgu Dolah menyerahkan tanahnya seluas 1 ekar untuk dijadikan markaz dan pusat khidmat masyarakat untuk Parlimen Hulu Langat. Beliau juga adalah bapa mertua kepada Ahli Parlimen ( UMNO ) Hulu Langat, YB Markiman yang rumahnya terletak bersebelahan dengan tapak ceramah Dato' Seri Anwar.

Azmin Ali.

Tuesday, January 15, 2008 12:59:00 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Saturday, February 23, 2008 7:02:00 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Sdra Azmin,

Ini berhubung dengan helah SPR lagi. Baru-baru ini, Dewan Rakyat boleh bersidang semata-mata untuk mengubah Perlembagaan memberi peluang untuk Rashid meneruskan sebagai Pengerusi SPR. Tak kan lah Dewan Rakyat tak boleh bersidang untuk membolehkan pendaftaran sebagai pengundi satu hal yang di mestikan, membolehkan pendaftaran on-line, mengguna dakwat hitam, dll . Saya buat pertama kalinya akan memangkah PKR kerana hal-hal ketidak telusan SPR. Dan saya bukan seorang dalam hal ini. Sila beritahu semua rakyat Malaysia tentang hal ini kerana kita cintakan negara kita dan kita mahu Dewan Rakyat berfungsi untuk kepentingan rakyat.
kayangsari
Monday, April 14, 2008 3:31:40 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
That a cool,
You must protect ezam come to make cancer in a new PKR. That boy, will be a son of mahathir in a PKR future. Where is he when PKR selangor fight in PRU-12?
You are the best, PKR will work for the champion, not a loser.
Garbageman
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview