Tuesday, January 29, 2008

Wartawan Utusan Malaysia menghubungi saya jam 1.50 petang ini untuk mendapat komen saya berhubung tajuk utama dalam Utusan Malaysia hari ini - " Kecekapan kerajaan atasi UK, Jerman, Jepun, Perancis. Kita ke-6 terbaik dunia." Begitulah watak editor Utusan Malaysia yang berfikiran jumud dan dangkal. Al maklumlah - suratkhabar yang dikuasai oleh UMNO.

Secara spontan, saya terus menjawab dengan nada yang tegas. "Perdana Menteri pembohong." Saya pun bertanya kepada wartawan berkenaan, "Apakah kamu berani untuk melaporkan kenyataan saya ?". Beliau terus tertawa. Mungkin wartawan berani tapi editor Utusan Malaysia memang menikus !

Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia kini berada di tangga ke 8 dunia dalam konteks daya saing negara. Apabila saya teliti laporan menyeluruh World Competitiveness Year Book 2007, nyata kenyataan Abdullah mengelirukan. Beliau cuba memutar belitkan data dan angka yang dipetik dari laporan tersebut apabila buat julung kalinya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional cuba mengaitkan prestasi di kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi melebihi 20 juta orang penduduk.

Laporan penuh menyenaraikan kedudukan sebenar kebolehsaingan Malaysia adalah di tangga 23 ; merosot jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Kedudukan kebolehsaingan Malaysia pada tahun 2006 adalah di tangga 22 manakala pada tahun 1997 adalah di tangga 17. Ini adalah percubaan terdesak Perdana Menteri Abdullah untuk menangkis serangan terhadap kepimpinan beliau yang lemah dan kedudukan ekonomi yang tidak segar. Nyata, Abdullah Badawi masih tidur dan berada dalam zon penafian.

Laporan World Competitiveness Year Book 2007 juga melaporkan bahawa Singapura dan Hong Kong masing-masing berada di tahap 2 dan 3.

Kita mesti berani bawa perubahan. Rakyat Malaysia perlukan kepimpinan yang lebih baik dan berwibawa. keADILan mengajak rakyat untuk bersama sama membawa dan menterjemahkan agenda perubahan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Harapan Baru Untuk Malaysia. A New Dawn For Malaysia.

Azmin Ali.

 

Tuesday, January 29, 2008 9:59:10 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Wednesday, February 13, 2008 2:46:36 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
assalamualaikum yb Azmin,saya ada beberapa pekara ingin di luahkan kepada yb azmin...saya dari utara.terlibat dengan parti keadilan sudah masuk tahun yg ke 4 pada 2008 ini,tak da tempat unutk saya meluahkan kepada yb azmin melainkan ke blog ini yg kebetulan saya jmpa.no talifn yb azmin mmg saya tak da.luahan ini dari akar umbi yang ingin membuat kerja di pdg serai kedah.saya rasa telah lama perkara ini berlaku kepada bahagian padg serai...ia membabitkan penyelewengan duit parti keadilan oleh ketua bahagian.penipuan tentang program 20hb jan 2008 kursus paca di antara kwsan pdg serai dan kulim bandar baru.kehadiran kursus tersebut amat mendukacitakan hnya 30 org shj yg hadir,tetapi ketua bahagian telah manipulasi jumlah kehadiran sebanyak 70 org,maka dapatlah duit peruntukkan daripada pusat saya tak pasti byk mana,tak silap RM2000.ini suatu benda yang tak patut ada di dalam parti iaitu satu sifat penipu amat tidak selari dengan perjuangan,bukan masalah duit tetapi sikap pemimpin yang khinat.saya rasa cukup kecewa yang punya pemimpin yang macm sebegini rupa.ketua bahagian juga ada menyeleweng duit derma program dato seri bersama masyarakat india di lunas br2 ini.sampai sekarg tidak ada majlis keraian untuk petugas india yang di janjikan,sekarg duit pun dah habis kumpulan india berpecah kepada dua.akar umbi tak tahu ke mana duit itu pergi,walaupun adanya pejbat bahagian yg baru tetapi bukti pembayaran masuk pejabat seperti resit tidak ada dan banyak lagi masalah yg berlaku.ini baru sebahagian penyelewengan ketua bahagian ada lagi akan saya luahkan....demi untuk menyelamatkan parti.
Wednesday, February 20, 2008 12:08:27 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Berita buruk yang diterima pengundi berketurunan India di Parlimen Kota Raja sudah mula menampakkan kesan negatif . Harapan mereka untuk melihat seorang wakil India di parlimen menggantikan Vigneswaran musnah gara-gara PENGKHIANATAN PAS disaat akhir. Persoalan kenapakah pengundi diberitahu sejak dari awal bahawa kedua DUN dan Parlimen akan ditandingi oleh calon dari Parti Keadilan masih tidak berjawab ??

Pengkhianatan PAS tidak harus dirahsiakan dari pengundi berketurunan India. Gelombang sms makkal Sakthi sudah bermula. Sokongan pengundi India kepada PAS seluruh Malaysia akan terjejas. Masyarakat India tidak boleh diperlekehkan lagi !!
jaya_klang
Wednesday, February 20, 2008 12:34:55 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
kepada si pulan sila hubungi sdr azmin melalui hp/email

012-2052020 atau email : azmin.ali@gmail.com.
harap sdr azmin membri respon segera masalah di pdg serai kedah ini.
perak boy
Monday, February 25, 2008 12:33:06 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Dengan nama ALLAH yang maha mengetahui.
Ini doa kami buat SELURUH KEPIMPINAN KEADILAN.
Berkat BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM...

Allahumma Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim
Muliakan lah hidup pemimpin kami DSAI & DSWA serta rakan rakan perjuangan di dalam PARTI KEADILAN kami dengan siraman cahaya hidayah - Mu sebagaimana Dikau sinari bumi dengan cahaya matahari-MU Sinarilah diri kami dengan Nur kefahaman yang tajam sehingga memudahkan kamu menguasai dan memahami ilmu pengetahuan yang menjadi perisai kejayaan hidup kami duniawi dan ukhrawi,

Ya Zaljalall Walikram
Hiaslah diri dan jiwa kami dengan kilau pancaran iman dan binalah hidup kami dengan asas taqwa
yang bakal memberi kekuatan dan daya pemikiran serta azam yang tinggi bagi melaksanakan tugas manusiawi kami seluruh penyokong KEADILAN yang berjuang membina kecemerlangan UGAMA & BANGSA, dalam usaha menegakkan Islam agama kami, Agama keredaan-Mu dan negara kami kurniaan -Mu.

Ya Malikud Dayyan
Sematkanlah di dalam rongga hati murni kami,Perasaan penyayang dan semangat perpaduan serta permuafakatan yang bernafaskan toleransi, dan budi bicara yang mendalam antara kami dan para pimpinan KEADILAN serta penyokong.

Dibarakati Asmaikal Husna Washifa tika Uzzma
Jadikanlah hari-hari selama kami di perjuangn dipilihanraya umun ini merupakan hari-hari yang berisikan hal-hal positif sehingga terpelihara disiplin diri dan tegak utuhnya peraturan perharian yang menjadi budaya kepimpinan kami.

Ya Allah Ya Man ha Arada Syalan An Yahilahu Kun Fayakan
Jadikanlah negara kami Malaysia dan seluruh Negara Islam serta kepimpinan PARTI KEADILAN & PAS di rantau dunia ini,sebagai pemerintah negara aman, makmur dan stabil di dalam segala hal, dan urusannya serta mendapat kerestuan & kemenangan seluruh perjuangan PARTI KEADILAN & PAS Ya ALLAH.

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagongan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagongan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh kepimpinan PARTI KEADILAN & PAS yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah disebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan; dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka.

Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "BN", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah.

Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman “BN”,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH.
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, musnahkan lah mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Ya Allah, kucar kacirkan barisan mereka Ya ALLAH,
Penyelewangan golongan “BN” telah berterusan tersasar jauh.

Dan ... Pemimpin “BN” penjenayah Ya Allah, Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang kumpulan munafikin “BN”, Pusat kekufuran dan fasaad. Kirimkan kekuasaan-Mu menentang “BN”, Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu. Mereka menjana kemusnahan, kekejaman, ketidakadilan kepada bumi Malaysia.

INSYALLAH... KALI INI PEMRINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA BAKAL DIMENANGI OLEH BARISAN ALTERNATIF...

AMIN YA RABBAL ALAMIN...
HIDUP DSAI & DSWA serta seluruh kepimpinan PARTI BA & PAS.
Tuesday, February 26, 2008 11:45:35 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Saya merupakan anak jati Gombak, I was born and bred in Gombak (Taman Gombak to be exact) My parents are still in Gombak but now I am living in Ukay Perdana.

The reason I am writing here is to know whether will you be doing any of your campaign rounds within the area that i live in so that I can come and listen to your campaign and the things that you want to say to your prospect constituencies. I wish i can attend it so that i can do a better judgment for the upcoming PRU

Regards,
misya
Wednesday, March 05, 2008 1:31:08 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
teruskanlah perjuangan kita menentang kezaliman kerajaan terhadap rakyat malaysia,SEMAKIN HARI SEMAKIN BERTAMBAH,& KERAJAAN SEMAKIN GOYAH!!!...menjadi tanggungjawab kita bersama sama menjatuhkannya (tidak mengira bangsa & agama)& bila berjaya kita akan kekalkan bersama untuk selama lamanya... sudah tiba masanya menjatuhkan kezaliman didalam pilihanraya ke12 ini...perjuangan masih jauh cekalkan hati masing-masing,biar lemah atau lesu tetapi jgn sekali kali menyerah kalah...saudara Azmin & kepimpinan yg lain didalam BA kami sentiasa bersama anda...perjuagan belum selesai!!! TAKBIR!!!...REFORMASI!!!...
Zorro
Wednesday, March 05, 2008 8:32:19 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
PENYAMARAN YANG CUKUP LENGKAP. SANG BABI ANWAR. PERGI CERAMAH PAS SOKONG NEGARA ISLAM. PERGI CERAMAH DAP SOKONG MALAYSIA MALAYSIAN. PERGI PADA HINDRAF CAKAP NAK SOKONG KEBAJIKAN HINDRAF. HAHAHAHA SANG BABI ANWAR JANGAN NAL TIPU ORANG LAGI. KAU TU LICIK DAN BABI. KEMALRIN PERGI BANK DEKAT IPOH BUAT APA HAH. KELURAKAN DUIT DARI DANA YAHUDI KE?????? HAHAHAHAHAHAHA. BODOH.
KAU DAN ALGORE SAMA SAHAJA.
memang anwar suka punggung. kalau tak percaya tanya penduduk Ijok apabila Anwar nampak Makynah masa kat Ijok. Anwar terus tengok budak tu macam nak terkeluar mata
Sunday, March 09, 2008 7:36:21 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
salam...

tahniah buat Abg azmin kerana menang dikedua-dua kawasan.. saya amat berharap tanggungjawap yg diberikan dijalankan dgn penuh hemat. Jagalah, peliharalah negeri dan negara kita. Apa yang utama rakyat mesti hidup "merdeka" di bumi mereka sendiri.. dgr lah suara rakyat... tahniah.. :)
Reformasi
Sunday, March 09, 2008 11:06:04 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
SALAM,

Syukur kehadrat "ALLAH SUBAHA NAHU WATALLA"
JUTAAN TAHNIAH PADA YB AZMIN ALI...
Allah dengar doa kita, Allah penentu segalanya.

Allah'hu'akhbar
Allah'hu'akhbar
Allah'hu'akhbar
Sunday, March 09, 2008 11:20:59 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Pilihanraya Umum Ke 12 dari Rakyat pengundi golongan "Starbuck" bukan bermaksud agen Israel

Keputusan yang diluar jangkaan samada dari parti pemerintah atau pun parti pembangkang. 5 buah negeri bertukar
kerajaan iaitu Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor dan Kelantan.

Bagi yang menang terutama pembangkang , ini lah masanya untuk mengkotakan janji setelah rakyat memberikan amanat yang
besar kepada mereka. (Bukan senang nak dapat mandat sebanyak ini). Manifesto negara berkebajikan perlu dilaksanakan bagi perkara-perkara dalam bidang kuasa kerajaan
negeri (mungkin Kelantan boleh dijadikan rujukan).

ADUN dan Ahli parlimen perlulah melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin agar kepercayaan ini berpanjangan sehingga
pilihanraya akan datang (Tidak berulangnya keadaan seperti kejayaan Pilihanraya ke 10 dan tewas teruk dalam Pilihanraya
ke 11).
Bagi Calon BN , muhasabah la diri ....rakyat dah bangkit, Jadikanlah diri sebagai wakil yang benar-benar
mewakili rakyat, memerjuangkan suara rakyat, bebas dari skandal, rasuah.

Apa yang perlu dibuat bagi negeri yang menang :
a. Audit akaun negeri
b. Laporkan kewangan negeri semasa (Hutang tak berbayar banyak ni) kecuali Kelantan
c. Minta BPR masuk counter check projek2 negeri dari kerajaan dahulu.
d Jalankan tugas-lawat kawasan-jgn kumpulkan kekayaan bermewah-mewah dengan duit rakyat
e. Sidang Parlimen / negeri buat secara langsung.Rakyat nak nilai utk 5 tahun akan datang
f. Negeri berkebajikan - kotakan
g. Jangan bermuka-muka, cakap sesedap rasa takut-takut jadi macam Si Zam.. Hujah biar berilmu dan berakhlaq
h. Istihar Harta

Hatta kemenangan Parlimen bagi pembangkang pun ada yang disertai bersama kemenangan di DUN dari BN untuk menjadi
pemantau dan "check and balance" BA.

Dalam Piliharaya ke 10 sewaktu refomasi, BA memenangi banyak kerusi akibat
a. Orang UMNO sendiri yang berubah sokongan akibat pemecatan DSAI

walhal DAP waktu itu tewas teruk seolah-olah DAP tak releven. Kelantan dan Terengganu diperintah PAS.

Dalam Pilihanraya ke 11, perubahan pucuk pimpinan BN, Parti Keadilan tewas teruk seolah-olah Parti Keadilan
tak relevan lagi. Adakah orang UMNO kembali kepada UMNO? Mungkin ya...Kelantan hampir-hampir ke BN, Terengganu
kembalikepada BN.

Dalam Pilihanraya ke 12, Sesuatu yang berbeza bila PAS, DAP, dan PKR mendapat undi popular. Kenapa ini terjadi.
Analisisnya:
a. Orang UMNO sendiri yang berubah sokongan akibat ketidakpuashatian pemilihan calon-calon.
b. Orang UMNO sendiri yang berubah sokongan akibat melihat kelemahan peneraju BN.- Campurtangan Khairy
c. Golongan pengundi baru sejumlah lebih 1 juta yang mula mengundi - mereka ini mungkin baru bekerja/ mendapat
anak atau berkahwin dan dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi (Minyak, barang makanan dsbnya)mula melahirkan
dan mengzahirkan protes mereka dan mungkin mengharapkan isyarat ini disedari BN.
d. Orang-orang Umno memboikot calon BN, jentera pilihan raya tidak digerakkan dan mereka enggan
keluar mengundi calon pilihan Khairy.
e. Rakyat dah meluat dengan media perdana dan beralih ke media alternatif.
Sokongan Cina dan India kepada PKR dan DAP meningkat....kenapa?yang uniknya calon dalam tahanan pun boleh menang.

Kesimpulan.
Jika ianya bersikap sementara, kemungkinan pengundi akan kembali kepada BN dalam pilihanraya ke 13. Tambahan
pula jika PAS,DAP dan PKR tidak berjaya menterjemahkan manifesto mereka kepada realiti.
mesej nya jelas bilamana MB dinegeri-negeri terbabit seolah-olah satu skrip filem dimana mereka tidak tewas,
Pengerusi parti komponen kecundang, Ketua Wanita Datuk Seri Rafidah Aziz hampir kecundang.

Fikir-fikirkan dan giatkan usaha...


rusydan
Monday, March 10, 2008 10:34:40 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
tahniah atas kemenangan pru 12 di bukit antarabangsa.........semoga abang azmin dapat menjadi pemimpin yang tidak ade rekod korupsi dan membela nasib rakyat.......
Monday, March 10, 2008 1:10:37 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
orang gila jeee sokong PKR
KK
Tuesday, March 11, 2008 4:06:21 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Assalamualaikum,

Pertama: Saya mengucapkan tahniah kepada YB Azmin kerana berjaya mendapat mandat majoriti penduduk Gombak. Semoga YB dapat membawa perubahan yang positif di Parlimen Malaysia.

Kedua: Saya berdoa agar YB senentiasa peka dan responsif akan suara rakyat (khususnya rakyat Gombak). Untuk ini saya juga berdoa agar saluran komunikasi di antara YB dan rakyat sentiasa terbuka agar keperluan rakyat sentiasa berada dalam minda YB semasa menjalankan tugas.

Ketiga: Saya berdoa agar YB tidak luntur menghadapi segala godaan dan cabaran. Saya percaya bahawa tugas YB adalah amat mencabar dan banyak rintangan akan dihadapi oleh YB dari masa kesemasa kelak.

Keempat: Berlandaskan kata-kata YM Raja Petra iaitu: "We (the electors) can hire you and we can fire you", saya berdoa YB tidak akan mengulangi kesilapan-kesilapan yang pernah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN sebelum ini. Belajar melalui kesilapan mereka dan jangan ulanginya lagi!

Sekian Wassallam,

Azhar Arman Ali
Gombak Setia, Selangor.

p.s. Saya sebagai penduduk Gombak ingin mengetahui samada blog ini adalah saluran resmi bagi kami rakyat Gombak menyalurkan pandangan dan keluhan atau YB mempunyai saluran lain berkenaannya?
azhar arman ali
Wednesday, March 12, 2008 3:40:18 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Mana duit yang dijanjikan saya di antara pengundi hantu yang diarahkan BA untuk menjadi pengundi hantu bagi pihak BA.

Saya menuntut segera.
Pengundi Hantu BA
Thursday, March 13, 2008 2:08:37 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Assalamualaikum dan sekalung tahniah buat Saudara Azmin..

Saya merupakan penduduk asal Hulu Klang dan terlibat secara langsung didalam pelbagai aktiviti seni khususnya industri muzik tanahair.Apa yang ingin saya sarankan ialah beberapa perkara yang berkaitan dengan polisi atau dasar parti pemerintah BA terhadap aktiviti kesenian.

seperti mana yang saudara maklum , komuniti Hulu Klang / Gombak adalah terdiri daripada pelbagai golongan meliputi pekerja awam / swasta, profesional dan juga merupakan diantara kawasan yang popular bagi penggiat-penggiat seni sama ada sebagai lokasi tempat tinggal ataupun aktiviti , sehingga pernah digelar Hollywood Malaysia sewaktu masa dahulu.

..Dan untuk pengetahuan saudara sebahagian daripada penggiat-penggiat seni di sini sama ada dalam bidang muzik, lakonan dan sebagainya rata-ratanya pengundi saudara dan juga komponen BA ;PAS. Kebanyakan daripada kami tidak begitu menonjol dari segi menunjukkan sokongan kepada pihak Saudara / BA (almaklumlah banyak sangat kongkongan kat Malaysia ni, silap-silap kena ban);namun kerajaan BN yang ada sekarang ternyata amat tidak menawan hati para penggiat seni disini yang saya percaya lebih telus dan kudus pemikiranya dan sentiasa dapat membezakan perkara-perkara hak dan batil.

Yang menjadi persoalan saya sekarang ialah berkenaan dengan polisi kerajaan BA terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti hiburan seperti konsert dan pelbagai penganjuran acara . Adakah akan wujudnya pelbagai sekatan sebagaimana yang berlaku di kelantan? Secara peribadinya saya akur dengan polisi yang digubal Tuan Guru di negeri Kelantan kerana pada hemat saya sosio budaya setempat disana yang mungkin agak konservetif dan beradat.

Situasi ini mungkin berbeza di negeri selangor / KL yang masyarakatnya melalui pelbagai asimilasi budaya dan rata-ratanya berfikiran agak terbuka.Diharapkan rang undang-undang berkaitan dengan dasar hiburan dinegeri ini yang bakal digubal tidak seharusnya membunuh terus aktiviti-aktiviti seni dan benar-benar perlu diperhalusi.

Ramai yang prajudis terhadap golongan seperti kami seringkali dituduh melulu dan dikaitkan dengan pelbagai subjek hedonestik.Pada hakikatnya masalah moral yang berlaku sekarang tidak mengenal latarbelakang dan saya percaya menteri-menteri BN yang ada dulu dan sekarang lebih dahsyat buruk perangainya.

Apa yang diharapkan ialah BA (sama ada PAS / PKR)perlu memikirkan jalan terbaik agar hak kami turut terbela. Kami meletakkan harapan yang tinggi kepada kepimpinan baru yang saya sifatkan sebagai kepimpinan rakyat, yang saya percaya amat waras agar turut memikirkan pelbagai perkara sebelum menggubal rang undang-undang berkaitan hiburan dan kesenian agar periuk nasi kami tetap berasap.

Dan sekali lagi saya ucapkan Tahniah diatas kemenagan saudara dan BA. Jagalah amanah rakyat sebaik baiknya...
amanda
Wednesday, March 19, 2008 10:05:55 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
saudara azmin.. tahniah atas kemenangan saudara tempoh hari. harap saudara dpt meluangkan masa utk mengemaskini blog saudara dgn maklumat terkini perancangan dan aktiviti2 saudara. jgn hampakan kami pengundi2 Barisan Rakyat.
mrs reader
Thursday, March 27, 2008 2:44:32 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
A'kum YB Azmin,
Saya terpanggil untuk memberi komen yang tidak ada sangkut paut dengan artikel Saudara di atas.

Berkenaan ada ura-ura nak lantik YB ke jawatan pengurus bolasepak Selangor menggantikan Satim Diman, saya ingat jangan kita terikut-ikut sangat tradisi BN ni. Orang politik nak jaga sukan dan nak jaga semuanya. Kalau sukan Selangor nak maju, kena lantik orang sukan/businessman uruskan. Rakyat dah menyampah tengok politik memporak-perandakan pembangunan sukan di Malaysia ni. Tengok apa dah jadi pada sukan renang, badminton, sepaktakraw yang dulunya kita jaguh, sekarang dah lepuh. Harap YB pertimbangkan.

Salam Perjuangan,
Razi.
razi bakar
Wednesday, April 09, 2008 10:06:26 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
TERKINI (9/4/08)

…MEDIA MASA MEMAINKAN ISU BABI DI SELANGOR…aku ingatkan harga daging babi nak naik…TIBA2 HARINI KERAJAAN BN UMUM HARGA MI NAIK 20 HINGGA 70 SEN.

INILAH STRATEGI KERAJAAN BN…BAGI ORG RAMAI MARAH PASAL BABI…TAPI HARGA MAKANAN HARIAN MCM MI DINAIKKAN…

Mula2 nak naikkan harga beras tapi takut org melayu marah (sebab majoriti melayu yg makan nasik)…kini demi nak balas dendam kepada org Cina yg tak undi BN, kerajaan naikkan harga mi.

Org2 Cina amat marah harini kerana makanan harian mereka di naikkan terlalu tinggi. mmg UMNO anti org cina!!!!!!

pondok tanjong
Thursday, April 10, 2008 4:06:31 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Assalamualaikum..Pak Lah memang suka menipu..Dah banyak dia tipu, kami pejuang reformasi pun dah jemu dengan pemimpin yang suka tidur sorang nih...
Thursday, April 17, 2008 11:51:11 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
please click
IMD
to download see the statistic.
truly
Friday, April 18, 2008 2:29:01 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
alamak beb..wa bukan x sokong BA.ingat nak sokong lah.tpi bila soal babi nie BA pun sokong.benganglah beb.BABI tu kan haram.pengotor lak tu.islam pun dah cakap haram.tak kan tak faham2.orang yang sokong pasal babi tu.wa tak tau per agama dia.tengok pakai kupiah.cakap melayu lak tu.bangga lak cakap dalam tv.ADUSSSS!!!memang nak kiamat.kalo orang islam dan melayu sokong gak pasal babi tu.tak tau lah per hukumnyer.kalo anak2 buah yang sokong.ketua nanti jawap lah kat akhirat.ingat tu.wa pas nie x sokong ner2.duk tengok.BABI TETAP BABI.HARAM TETAP HARAM.ISLAM TETAP ISLAM.JANGAN NANTI KERANA POLITIK ISLAM KENA JUAL.TINGGAL NAMA JER SEBAB NAK TARIK OARANG MATA SEPET YANG MAKAN BABI TU.INGAT KITA BERAGAMA ISLAM.KAFIR TETAP KAFIR.CAUCINCAU.
ffaklon
Saturday, April 19, 2008 6:10:06 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB, mengapa terlalu lama tak update blog? Hampir 3 bulan berlalu selepas posting terakhir...
Rakyat, terutamanya pengundi-pengundi Gombak dan Bukit Antarabangsa memerlukan medium bagi mereka untuk berinteraksi dengan YB & mengetahui perkembangan-perkembangan terbaru YB serta ulasan selari YB mengenai isu semasa.
Diharapkan blog ini dapat dikemaskinikan selalu, lebih2 lagi persidangan Parlimen akan bermula minggu depan
mohamed hadi
Wednesday, April 23, 2008 12:44:55 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Macam mana nak hubungi saudara Azmin ye? Saya tinggalkan e-mail dalam borang di atas, boleh reply? Ada beberapa pertanyaan berkenaan pengalaman bersama MISG USA.
khadam
Thursday, May 01, 2008 10:26:46 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
SAUDARA AZMIN

SAYA INGIN MENYUARAKAN RASA TIDAK PUAS HATI, GERAM DAN MARAH KEPADA MP DARI PASIR MAS YANG MENANG DIATAS TIKET PAS BARU2 INI KERANA SIKAP BELIAU YANG MENGHINA KARPAL SINGH DALAM PARLIMEN SEMALAM.ADAKAH BELIAU INGAT BELIAU MASUK KE PARLIMEN DIATAS KEPERIBADIAN BELIAU DAN WATAK BELIAU.LUPAKAKAH BELIAU, YANG BELIAU MENANG KERANA DIRESTUI TGNA DAN DIATAS TIKET PAS.ADAKAH PAS MEMBENARKAN IBRAHIM ALI MENGHINA ORANG LAIN DLM KES INI SEORANG YANG CACAT SEMATA2 KERANA TERLALU MARAH?KAMI TIDAK RELA MP SEBEGINI ADA DALAM PAKATAN..BIARLAH ADA HANYA 81 AHLI PAKATAN ATAU SEDIKIT PUN ASALKAN WATAK DAN KEPERIBADIAN SEMUA AHLI MP PAKATAN LEBIH BAIK DAN MULIA DARI BN. JIKA IBRAHIM ALI MASIH LAGI INGAT BELIAU SEORANG AHLI UMNO, SILA PINDAH KE SEBERANG SANA.SUDAHLAH TIDAK MENYOKONG CALON PR SEBAGAI TIMBALAN SPEAKER..INI PULA MENGHINA SEORANG AHLI PR YANG CACAT..AMAT MEMALUKAN..HARAP SAUDARA AZMIN BOLEH BERBINCANG DGN PRESIDEN DAN SEMUA KEPIMPINAN TINGGI DALAM PAKATAN.TLG BUAT TINDAKAN YG SEWAJARNYA..KAMI TAK MAU ADA MUSANG DALAM PAKATAN.
WASALAM
ZIK
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview