Disclaimer The opinions expressed herein are my own personal opinions
Pada 8hb Jun, puluhan ribu penduduk sekitar Gombak, berhimpun di padang bola sepak AU 2 Taman Keramat bagi mendengarkan amanat dan penjelasan mengenai isu-isu semasa daripada wakil-wakil rakyat mereka. Turut serta Y.B. Shaari Sungib ahli DUN Hulu Klang, Y.B. Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Kami dapat memperjelaskan serta mengupas isu-isu semasa seperti kenaikan harga bahan api, isu air percuma dan juga isu penjualan pasir.
Pemimpin Pakatan Rakyat juga komited terhadap penurunan harga minyak serta akan cuba membawa usul ini ke Parlimen. Dato' Seri Anwar Ibrahim juga telah meyakinkan lagi rakyat bahawa ramai ahli Barisan Nasional yang ingin menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan pusat dan mungkin mengambil tarikh 16 September sempena pembentukan negara Malaysia.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat semua yang sudi hadir dan segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang rusuhan yang berlaku. Terima kasih juga kepada pihak PDRM yang memberi permit untuk kita berhimpun.
Azmin Ali
Remember Me
a@href@title, strike