Disclaimer The opinions expressed herein are my own personal opinions
Permuafakatan pilihan raya yang dimeterai oleh keADILan dan DAP hari ini jelas membuktikan kesediaan dan kesungguhan parti-parti politik di luar kerajaan untuk menubuhkan negara madani pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke 12. Usaha yang sama akan disempurnakan dengan PAS dalam masa yang terdekat.
Dalam permuafakatan ini, DAP akan bertanding hanya 19 kerusi DUN manakala keADILan dan PAS akan bertanding di 21 kerusi DUN; dengan jumlah majoriti DUN akan ditandingi oleh keADILan. Komposisi kaum di 21 kerusi DUN yang diperuntukkan kepada keADILan dan PAS adalah seperti berikut :
Kerusi majoriti Melayu > 65 % : 10 DUN ; kerusi majoriti Melayu > 50 % - 64 % : 5 DUN.
Kerusi majoriti Cina > 65 % : 2 DUN ; kerusi majoriti Cina > 50 % - 64 % : 2 DUN.
Kerusi campuran Melayu / Cina : 2 DUN.
Berdasarkan komposisi kaum, keADILan dan PAS sudah pasti akan bertanding di 15 DUN kawasan majoriti Melayu. Untuk rekod, UMNO hanya mewakili 14 DUN kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang. Justeru itu, keADILan bertekad dan berikrar akan terus menjamin kepentingan orang Melayu Pulau Pinang. Kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan memberi tumpuan memacu pertumbuhan ekonomi untuk semua kaum tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu. keADILan juga akan mencetuskan gagasan untuk memperkasa kekuatan ekonomi kelas menengah dan rendah di kalangan orang Melayu dan bumiputera di Pulau Pinang.
keADILan juga membuktikan kemajuan yang positif dalam pembahagian kerusi dengan bertanding di dua kerusi DUN yang mempunyai komposisi orang Tionghua melebihi 70 % iaitu di Bukit Tambun dan Kebun Bunga. keADILan akan meletakkan calon-calon Tionghua yang berwibawa dan mempunyai potensi besar untuk menang di kawasan-kawasan majoriti Cina dan juga kerusi-kerusi campuran.
Terdapat 2 kerusi DUN yang akan ditandingi oleh keADILan dan mempunyai jumlah pengundi India yang agak signifikan iaitu di Bukit Tengah dan Bukit Tambun. Komposisi kaum India di Bukit Tengah ialah 18 % manakala di Bukit Tambun sejumlah 16 %.
keADILan mengajak rakyat Pulau Pinang untuk berani membawa perubahan dalam pilihan raya yang akan datang. Muafakat di kalangan parti-parti keADILan, DAP dan PAS di Negeri Pulau Pinang adalah asas yang menjanjikan negara madani demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
Azmin Ali.
Remember Me
a@href@title, strike