Wednesday, October 24, 2007
-Device Memory-home-user-pictures-IMG00097.jpg

Peserta Kursus Pilihanraya Teliti Mendengar Taklimat

Ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya semakin rancak dari gedung Putrajaya sehinggalah ke kedai kopi di Cherok Tokun, keADILan menyusun keutamaan gerak kerja dengan menjadikan latihan pilihan raya sebagai agenda utama.

Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) akan mengadakan Konvensyen Pilihan Raya pada 27 Oktober 2007 ini. Zon Utara melibatkan negeri-negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang; Zon Tengah merangkumi negeri-negeri Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor; manakala Zon Timur melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Zon Utara akan diadakan di Kedah; Zon Tengah di Kuala Lumpur dan Zon Timur di Terengganu. Konvensyen kali ini akan melibatkan hampir 500 orang peserta yang terdiri dari pimpinan Bahagian, Angkatan Muda dan Wanita serta Pengarah-Pengarah Pilihan Raya di kawasan-kawasan tumpuan.

Modul konvensyen ini memberi tumpuan kepada mesej politik dan strategi menawan hati pengundi-pengundi atas pagar. Peserta-peserta juga akan dibekalkan Dokumen SISMEP Fasa 2 berdasarkan Daftar Pemilih yang diwartakan pada tahun 2007. Dokumen SISMEP Fasa 2 akan memperincikan "pergerakan pengundi" dari satu kawasan pilihan raya ke kawasan yang lain oleh SPR tanpa kebenaran pengundi yang berkenaan.

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyertai konvensyen ini di Zon Tengah pada awal pagi manakala di Zon Utara pada sebelah petang. Beberapa orang pemimpin kanan parti akan mengambil peranan fasilitator dalam konvensyen ini termasuk saya sendiri selaku Pengerusi JPRP; Dr. Mansor Othman, Puan Hajjah Fuziah Salleh; Saudara Saifuddin Nasution; Saudara Johari Abdul dan Saudara Abdul Halim Mohd Yusof.

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan diadakan pada 28 Oktober 2007 untuk menganalisa keberkesanan konvensyen ini dan mengatur gerak kerja pilihan raya seterusnya.

Bahan-bahan pilihan raya yang utama seperti bendera keADILan, T Shirt, topi, lencana dan banner telahpun siap ditempah dan akan diedarkan pada masa yang sesuai.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Pilihan Raya yang bermesyuarat pada hari Isnin lalu juga sudah menetapkan slogan parti untuk pilihan raya yang akan datang. Manifeso keADILan dalam peringkat akhir untuk diperakukan oleh MPT.

Ayuh, kita masuk pilihan raya dengan bersedia dan bergaya !

Azmin Ali.

 

Wednesday, October 24, 2007 11:18:34 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Thursday, November 01, 2007 9:30:34 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
*** Kemenangan Azmi Ali hari ini (1 Nov 2007):

Azmin Ali bebas tuduhan berbohong di mahkamah
01-11-2007 07:30:47 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan mahkamah rendah lapan tahun lalu, untuk melepas dan membebaskan naib presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali daripada tuduhan berbohong kepada mahkamah.

Hakim Datuk Abdul Kadir Musa meluluskan rayuan Azmin bagi mengetepikan sabitan kesalahan beliau serta hukuman 18 bulan penjara yang dijatuhi terhadapnya oleh Mahkamah Sesyen kedua pada 2 Mei 2001 atas tuduhan memberi keterangan palsu pada perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Mac 1999.

Abdul Kadir berkata beliau bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen pertama yang membebaskan Azmin, 41, tanpa memerintahkannya membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap Azmin.

Azmin didapati bersalah dan dijatuhi hukuman 18 bulan penjara oleh Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir (kini ketua pendaftar Mahkamah Rayuan) yang mendengar rayuan pihak pendakwaaan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dibicarakan semula oleh Mahkamah Sesyen bagi membolehkan Azmin membela diri.

Pada 13 Julai 1999, Azmin dibebaskan oleh Hakim Hamdan Indah daripada tuduhan memberi keterangan palsu sebagai saksi pendakwa ke-14 pada peringkat pemeriksaan semula dalam kes perbicaraan Anwar di Mahkamah Tinggi di Jalan Raja pada 9 Mac 1999, yang menyebabkan pihak pendakwaaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir membenarkan permohonan Azmin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu keputusan rayuan dan membenarkan Azmin dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

"Saya rasa amat lega. Rayuan ini mengambil masa yang terlalu lama. Saya amat bersyukur. Keputusan ini menguatkan lagi keyakinan saya bahawa badan kehakiman sekarang memerlukan perubahan. Namun begitu, ada sesetengah hakim yang berpendirian bebas serta tidak membiarkan diri mereka dikuasai oleh eksekutif," kata Azmin kepada pemberita selepas keputusan itu diumumkan.

Semasa perbicaraan berkenaan, Azmin berkata begini kepada mahkamah: "Saya menyatakan kepada majistret mengapa saya tidak boleh dilanjutkan tempoh tahanan kerana tindakan dan ugutan pihak polis semasa dalam tahanan adalah terlalu kejam dan memaksa saya membuat pengakuan yang melibatkan saudara Anwar".

Dalam penghakimannya, Abdul Kadir berkata penggunaan perkataan "mengapa" dalam kenyataan Azmin itu merupakan dalam bentuk cakap pindah yang diucapkan oleh Azmin kepada majistret tentang perasaan beliau bahawa penahanannya tidak wajar disambung kerana terdapatnya kekejaman dan ugutan polis.

Hakim berkenaan berkata bukti ini sendiri menolak andaian Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail bahawa tidak wujud keadaan Azmin telah dipaksa, diancam atau menjadi mangsa kekejaman.

Abdul Kadir berkata keputusan Abdul Wahab bertumpu pada tafsiran yang beliau buat terhadap fakta yang relevan dan bukan terhadap undang-undang dan oleh itu, beliau (Abdul Kadir) tidak bersetuju dengan tafsiran yang dibuat oleh Abdul Wahab terhadap fakta berkenaan yang dibuat secara terperinci oleh Hakim Hamdan, yang berpeluang untuk menilai setiap saksi di depan beliau berdasarkan tingkah laku dan bahasa tubuh mereka.

"Justeru, beliau (Hamdan) berpeluang sepenuhnya untuk membuat tafsiran dan penilaian yang lebih tepat terhadap fakta berkenaan secara menyeluruh dan bukan secara berasingan dan oleh itu beliau dengan yakin membuat keputusan bahawa apa yang diucapkan oleh Azmin tidak boleh dianggap sebagai memberi bukti palsu serta melanggar Seksyen 193 Kanun Keseksaan," katanya. BERNAMA
fahmi
Thursday, November 01, 2007 11:39:20 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Sdr Azmin,
tahniah atas kemenangan ini.
penantian mmg satu penyiksaan, tetapi ia berbaloi, insyaAllah.
semoga terus memperkasakan Gombak!
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview