Disclaimer The opinions expressed herein are my own personal opinions
Ketika saya menulis nota ini, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sedang membentangkan Bajet Negeri Selangor 2009 yang bertemakan "Merakyatkan Ekonomi Selangor" atau MES. Di antara program agenda MES ialah Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang. Menurut Khalid, kerajaan telahpun memulakan program-program di atas dengan peruntukkan RM 35 juta selain mengeluarkan pinjaman berjumlah RM 50 juta kepada KDEB bagi tujuan pembiayaan bekalan air percuma.
Pada awal 2009, kerajaan negeri akan memulakan program-program Fasa 2 MES. Antara lainnya ialah peruntukan cuti bersalin selama 90 hari kepada wanita bekerja dan peruntukan tambahan cuti selama 7 hari lagi kepada 14 hari kepada suami yang isterinya bersalin. Kerajaan Negeri juga mencadangkan peruntukan cuti sebulan kepada wanita yang kematian suaminya. Skim Caruman Takaful diperluaskan skimnya kepada golongan orang kurang upaya dan anak yatim. Dalam Fasa 1, kerajaan negeri sudahpun melancarkan Skim Caruman Takaful untuk warga emas.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat juga memberi tumpuan untuk menggalakkan golongan muda dan belia menceburi bidang perniagaan dengan menyediakan bantuan dalam bentuk kewangan, infrastruktur dan latihan. Usaha ini mampu menanggani masalah pengangguran dan membentuk pemikiran rakyat yang mempunyai daya saing.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat amat prihatin terhadap masalah kemiskinan bandar (urban poverty). Justeru itu, YAB Menteri Besar mencadangkan supaya Paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang kini berada di paras RM 731 dinaikkan kepada RM 1500 sebulan. Angka ini mencerminkan senario sebenar kemiskinan di negeri Selangor kerana 90 % penduduk Selangor tinggal di kawasan bandar. Kerajaan Negeri mahu mendapatkan gambaran sebenar dalam hal merangka dasar-dasar yang benar-benar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat di Selangor.
YAB Menteri Besar Selangor memberikan keutamaan kepada pembangunan belia dan sukan di Selangor dengan menyediakan peruntukan bagi mewujudkan Majlis Belia dan Sukan Negeri dan merangka pelbagai program belia di semua peringkat.
Remember Me
a@href@title, strike