Disclaimer The opinions expressed herein are my own personal opinions
Majlis Rumah Terbuka kami sempena Eidul Fitr pada hari Ahad lalu, 4 November mendapat sambutan yang cukup meriah. Saya dan Shida serta anak-anak bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Tetamu-tetamu yang datang bukan sahaja untuk menyambut Eidul Fitr bersama kami tetapi juga untuk menzahirkan rasa syukur dan gembira di atas keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan saya dari sabitan dan hukuman penjara 18 bulan pada 1 November yang lalu.
Nyata dari wajah-wajah yang hadir, mereka turut merasakan nikmat bebas yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran sejurus selepas Solat Zohor yang dipimpin oleh Imam Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Imam Haji Mohd. Khairi Haji Hussein dan dibantu oleh Imam Haji Ahmad Sabri Rajali membuka tirai majlis kami. Turut hadir ialah Ustaz Dr. Abdullah Yasin dan isteri. Menyusul kemudian, saya dan Shida meraikan 40 orang anak-anak yatim yang diundang khas dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Baitul Saidatina Khadijah, Gombak.
Lebih 3,000 orang tetamu hadir mulai jam 1.30 petang sehinggalah lewat malam walaupun majlis sepatutnya berakhir jam 6.00 petang. Jumlah tetamu yang diluar jangkaan kami menyebabkan makanan tidak mencukupi seawal jam 4.00 petang. Antara sajian yang paling laris dan awal habis ialah Penang Char Kuey Teow, Roasted Lamb, Ais Kacang Penang, Roti John, Ketupat Daun Palas Kamunting, Lemang UK dan pastinya Rendang Chef Min !
Saya mengambil masa hampir 5 jam di dapur sehari sebelum itu untuk menyiapkan rendang sebanyak 15 kilogram. Pada hari Sabtu, 3 November saya menghadiri 6 majlis Eidul Fitr termasuk majlis perkahwinan puteri Saudara Othman Karim, Setiausaha Perhubungan keADILan Wilayah Persekutuan di Bandar Tun Razak; sebelum berkesempatan untuk masuk dapur jam 5.30 petang untuk memulakan tugas tahunan saya – masak rendang.
Teman-teman sekolah rendah dari Jalan Gurney dan University of Minnesota turut hadir selain dari keluarga saya dan Shida, jiran-jiran sekitar Taman TAR, teman-teman pimpinan dari keADILan dan PAS khususnya dari Gombak, rakan-rakan NGOs, wakil kedutaan asing dan juga media. Kawan-kawan lama seperti Lokman Noor Adam dan Muhammad Zahid Md. Arip juga turut mengunjungi saya pada hari berkenaan.
Antara pimpinan yang awal tiba ialah Tian Chua bersama pimpinan kesatuan pekerja dari Korea Selatan. Kami juga turut diraikan oleh William Leong, Bendahari Agung; Hajjah Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita; Amirudin Shari, Naib Ketua Angkatan Muda dan isteri Puan Masdiana Haji Muhamad; Abdul Halim Mohamed Yusof, Timbalan Setiausaha Agung; Tengku Maraziyah Tengku Sulaiman, Timbalan Bendahari Agung bersama suami; beberapa orang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi termasuk Ustaz Dr. Badrulamin Bahron dan isteri, Kak Zumrah; Haji Osman Haji Abdul Rahman, Dato’ Kamarul Baharin Abbas, Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad, Khalid Jaafar, Saiful Izham Ramli, Zakaria Abdul Hamid, Nik Mahmood Haji Nik Hassan dan isteri, Puan Nik Aziah Wan Hamzah serta pimpinan parti di semua peringkat.
EXCO Angkatan Muda Pusat yang hadir ialah Tan Seng Toh, Mohamad Zamakh Sari Ibrahim, Safawati Mustaffa, Syamsul Hidayat Mohd. Shariff, Muhammad Gaddafi Kamal, Abdul Rahman Abdul Hackeem, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, Jafrien Muhammad, Nik Nazmi Nik Ahmad, Anuar Zakaria dan Halimey Haji Abu Bakar.
Pimpinan PAS yang hadir ialah Dr. Hatta Ramli, Dr. Lo’ Lo’ Ghazali dan Haji Saari Sungib dan isteri, Puan Aliza Jaffar.
Presiden MTUC, Saudara Syed Shahir Syed Mohamud juga hadir selain dari aktivis Abd. Malek Hussin, bekas tahanan ISA dan Badaruddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Din.
Pelukis Raja Azhar Idris dari Art Case Galleries serta pelakon terkenal Sofia Jane dan suami serta anak-anak juga turut memeriahkan majlis kami.
Kami amat gembira di atas kesudian tetamu-tetamu kami memenuhi undangan kami dan memeriahkan majlis ini termasuk beberapa orang peguam seperti Christopher Fernando dan isteri, Puan Maria Datuk Haji Kamaruddin; Haji Pawancheek Marican, Haji Zulkifli Noordin, Sankara N. Nair dan Amer Hamzah Arshad.
Kami juga ucapkan terima kasih kepada teman-teman dari Gombak yang begitu ramai hadir dan turut membantu khususnya Wanita keADILan yang dipimpin oleh Puan Maznah Abd. Aziz dan Angkatan Muda di bawah pimpinan Saudara Jafrien Muhammad. Timbalan Ketua Bahagian, Saudara A. Rahim Kasdi juga hadir bersama isteri dan anak-anak serta AJK Bahagian yang lain.
Kami juga amat terharu dengan budibaik jiran-jiran kami yang memberikan kerjasama bagi menjayakan majlis kami. Ada jiran yang menawarkan ruang halaman rumah mereka untuk menjadi tempat hidangan dan ada juga yang menawarkan khidmat untuk mencuci pinggan mangkuk di rumah mereka. Inilah semangat kejiranan yang dipupuk sesama kami.
Semoga pertemuan di hari lebaran ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah kita.
Azmin Ali.
More pictures at Photo Gallery...
Remember Me
a@href@title, strike