Monday, May 05, 2008

YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang Dewan Rakyat hari ini merumuskan perbahasan beliau dengan menegaskan kepupusan prinsip "federalism" dalam pentadbiran BN dengan mengamalkan politik ugut terhadap 5 buah kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Saya terus bangun dan mencelah untuk menyatakan bahawa amalan politik ugut oleh pentadbiran BN bukanlah sesuatu yang asing. Ianya adalah amalan pentadbiran regim yang lama terhadap negeri-negeri Sabah, Kelantan dan Terengganu. Malangnya, amalan yang keji ini masih diteruskan oleh pentadbiran Hadhari.

YB Kak Wan menjelaskan pelbagai tindakan BN yang bertujuan menjejaskan pentadbiran negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat termasuk memaksa semua Ketua Kampong dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) meletakkan jawatan, dan menyalurkan dana belanjawan awam melalui parti-parti politik BN atau agensi-agensi tertentu yang dikuasai oleh Kerajaan Pusat.

Saya turut membuktikan kepada Dewan Rakyat bahawa pada 25 Mac 2008, Menteri Pelancongan telah memutuskan supaya menggugurkan senarai acara "signature events" di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang telah ditetapkan dan disenaraikan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN). Menteri Pelancongan mengarahkan supaya tidak menyenaraikan acara-acara berkenaan dalam Calendar of Events, laman web serta sebarang promosi dan publisiti.

YB Ketua Pembangkang mengulas bahawa tindakan-tindakan ini membuktikan pengkhianatan kepada keputusan dan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 12.

Monday, May 05, 2008 3:10:20 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Monday, May 05, 2008 8:36:58 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Sarawak tak termasuk ke?Regime Tok Puteh terlalu lama conquering the rakyat.Jangan terlalu berat sebelah dan mempermainkan rakyat Sarawak dgn kata-kata manis,buktikan all your ceramah here are the greatest and toughtful gesture for us to hope and trust,thank you. Salam hormat dan salam perpaduan dan keadilan.
ben10
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview