Tuesday, May 06, 2008

Saya telah mengemukakan Pertanyaan Jawab Lisan kepada Perdana Menteri pada 30 April 2008 berhubung gesaan Datuk Param Cumaraswamy supaya Kerajaan membuka siasatan berdasarkan kenyataan bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahya mengenai campur tangan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kes penyiasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sekitar tahun 1998. Malangnya, soalan saya tidak dijawab secara lisan oleh Perdana Menteri tetapi dibuat secara bertulis.

Menurut Perdana Menteri, hasil siasatan yang dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada bulan Februari 2000. Peguam Negara memutuskan supaya kes ini ditutup kerana keterangan sokongan tidak mencukupi.

Saya menyokong saranan Ahli Parlimen Batu Pahat supaya reformasi Jabatan Peguam Negara disegerakan supaya Jabatan ini dipimpin oleh individu yang mempunyai integriti untuk menjalankan tugas berlandaskan prinsip prinsip keadilan - "without fear or favor".

Tuesday, May 06, 2008 11:15:28 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Tuesday, May 06, 2008 1:13:29 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Buatlah seribu pertanyaan pun, mereka tidak akan membuka fail kesalahan TUN untuk dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan .... harapan saya agar bila kita perintah kelak ... kita akan hadap TUN ... bongkar kesalahan beliau seluas-luasnya ... TUN pun ada cabar supaya bongkar beliau bila kita perintah .... jadikanlah beliau Arwah Suharto ke 2.

Rakan2 lawatilah Blog saya di
http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen disetiap artikel ....TQ
Saturday, May 10, 2008 12:20:11 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB, saya mohon kepada YB untuk mengemukakan di Parlimen usul mengenai kebiadapan Perdana Menteri dan ahli-ahli UMNO Terengganu terhadap isu perlantikan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said. Langkah ini adalah sebagai respons keterlaluan ahli parlimen BN terhadap MP Karpal Singh yang didakwa derhaka terhadap Sultan Perak dalam isu pemecatan Pengarah JAIP oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaludin. Jika Karpal Singh dianggap biadap, maka Perdana Menteri terlebih dahulu biadap apabila mendakwa perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu tidak mengikut perlembagaan. Malah Perdana Menteri juga melakukan perkara yang sama 2 kali, iaitu selepas isu perlantikan MB Perlis. Jelas sekali dalam kedua-dua kes, Perdana Menteri membelakangkan Sultan dan pihak istana untuk memilih menteri besar. Lebih keji, pengikut-pengikut UMNO Terengganu yang menyokong mantan menteri besar mengeluarkan perkataan 'natang' (binatang) terhadap pihak istana Terengganu. Mengapakan ahli-ahli Parlimen BN dan orang-orang UMNO bersikap hipokrit dan berat sebelah dalam isu ini? Saya sangat berharap usul ini dibawa oleh YB ke Parlimen untuk mematikan polemik UMNO/BN serta media-media mereka. Saya gagal menemui blog Karpal Singh atau lain-lain MP Pakatan Rakyat, sebab itu saya terpaksa menulis di sini. Terima kasih.
M Waja
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview