Wednesday, July 02, 2008
Pada 1 Julai 2008, bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, saya bersama puluhan ribu rakyat berhimpun bagi mendengar dan memberi sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap tomahan dan fitnah keatasnya. Turut hadir saudara Dr. Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Shamsul Iskandar dan beberapa pemimpin tertinggi pakatan rakyat bagi mendengarkan amanat dan ucapan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim berkaitan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Ingin sya tegaskan disini bahawa, segala fitnah dan tomahan yang dilemparkan terhadap saudara Anwar Ibrahim adalah merupakan satu konspirasi politik yang jahat memandangkan pakatan rakyat semakin hampir dengan pentadbiran di Putrajaya. Selain itu, ini bagi mengalihkan pandangan umum terhadap isu berkaitan 'lompat parti' dikalangan 4 ahli parlimen Barisan Nasional termasuk 2 dari UMNO yang sepatutnya diumumkan pada hari ini.

Segala fitnah ini merupakan taktik lama BN yang digunakan pada 10 tahun lepas bagi menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim. Secara peribadi ingin saya katakan bahawa kerana prinsip keadilan dan idealisma dasar kepedulian rakyat, saya bangun menentang kezaliman dan memperjuangkan aenda memperkasakan rakyat dan saya yakin seperti mana saya lihat pada malam ini, rakyat akan bersama bangun menentang sebarang penindasan dan penipuan terhadap rakyat.

Sekai lagi ingin saya tegaskan disini bahawa, para saf kepimpinan pakatan rakyat terdiri daripada Parti Keadilan, PAS dan DAP menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau tidak berkeseorangan kerana jutaan rakyat dibelakang beliau dan sentiasa mendampingi perjuangan beliau dalam memperkasakan rakyat.

Disertakan disini beberapa ulasan yang sempat dipetik daripada ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim dimana beliau mempunyai bukti yang cukup untuk dibawa ke mahkamah terhadap isu liwat ini dan telah menfailkan saman malu ke atas saudara Saiful Bukhari. Selain itu, Anwar juga telah membuat laporan yang telah dihantar ke ibu pejabat polis terhadap kes penyelewengan terhadap Tan Sri Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan pihak polis berjanji akan mengikut prosedur dan membuat siasatan selanjutnya.

Saudara Anwar juga terpaksa menangguhkan dahulu pengunguman untuk bertanding bagi pilihanraya kecil dan akan membuat pengunguman pada masa yang akan ditetapkan. Rakyat diminta bersabar dan insyaAllah kita akan bersama-sama melihat beliau kembali ke parlmen dan berharap rakyat mendoakan kesejahteraan negara Malaysia dan idea untuk menjadikan Malaysia contoh sebuah negara islam kepada dunia berjaya.

Sekian,


Wednesday, July 02, 2008 1:15:10 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Wednesday, July 02, 2008 3:46:45 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
A'kum YB Azmin,
Let me get straight to the point. This struggle is not about DSAI or Pakatan Rakyat. This struggle is about delivering the PROMISES. Bersabar pun ada hadnya.

Rakyat dah tak tahan, kalau asyik nak menunggu dan mengharap STRATEGI PKR yang tah apa-apa. Strategi boleh memakan diri kalau ayik terperap dalam almari. Rakyat bawah macam kami yang kurang arif dalam permainan perang psikologi (nak sebut strategi pun kekadang pelat) macam ni akan membuat kesimpulan 'Satu Lagi Pembohongan dari PKR'. Mana dia yang nak crossover tu? Dah kena 'sergah' dek Saiful tu, baru nak umum kononnya nak bertanding, ada 4 MP nak crossover. Strategi apa macam ni!! Move faster, ahead of your opponent.

YB nak tahu apa strategi UMNO now? ...takde strategi pun, diorang sekarang free style. Objektif utama: mesej yang perlu sampai pada rakyat bawahan adalah "PKR ni menipu je lebih..."

Terima kasih.
razi bakar
Wednesday, July 02, 2008 5:21:22 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Salam..

Rakyat sudah tidak sabar dengan isu croos-over ni..
mungkin ia adalah benar dan dirahsiakan kerana stratergi politik atau sandiwara DSAI dan perang psikologi PKR terhadap BN.

Apa kata kita lupakan tentang Putrajaya dan tumpukan kepada pembangunan fizika dan shasiah di 5 negeri.
InsyaAllah jika berjaya kita boleh mendapat mandat yang lebih banyak pada next general election.

Walauapapun kami akan menyokong perjuangan Y.B. dalam memperkasakan rakyat dan hapuskan kezaliman. Berhati-hati dengan penipuan dan elak kan daripada menipu rakyat.

fk
Thursday, July 03, 2008 11:23:08 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB Azmin dan bloggers,

Saya menjemput saudara-saudara sekali untuk bertandang ke blog saya memperkatakan sesuatu tentang tuduhan ke atas Anwar. Ramai yang mengiyakan dan menidakkan tuduhan tersebut telah memberikan ulasan dan hujah masing-masing.

http://nadzrikamsin.blogspot.com/
Thursday, July 03, 2008 11:46:15 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Dalam kita merasai keributan tuduhan liwat ke atas saudara Anwar, elok kita meluangkan masa untuk menambah ilmu di dada tentang Gold Dinar seperti berikut:

“Inflation ?? Women & Micro Economy, The Dinar & Dirham Solution”

Penceramah: Umar Vadillo (Cendikiawan Islam Sepanyol)

Tempat: Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Tarikh: 6 Julai 2008 (Ahad)

Waktu: 5 petang.

Semua dijemput hadir....
Thursday, July 03, 2008 12:11:10 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Nak tanya..DSAI pernah tak nafikan dengan kaedah ISLAM atau dengan nama ALLAH dia tak pernah terlibat sekalipun dengan 'gejala liwat'? nak tau je...
dubur
Thursday, July 03, 2008 3:33:24 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Azmin: Anwar will be PM by Sept 16 (The Star, July 03, 2008)

Seandainya Dato Seri Anwar Ibrahim gagal menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008 ini atas halangan-halangan tertentu, kami, sebahagian besar rakyat Malaysia, masih menaruh harapan yang tinggi agar Saudara Azmin Ali akan membawa kami keluar daripada zaman kegelapan ini dan menubuhkan kerajaan yang baru.
MarcusChan
Thursday, July 03, 2008 4:46:55 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Ada kebenaran komen di atas, terlampau banyak sangat, pengumuman lompat parti tapi sampai ke hari ini belum ada yang terjadi, YB ckp perhimpunan itu ada DSAI akan umum 4 org MP akan lompat ke PR, tetapi tiada atau YB sengaja nak bagi ramai yang dtg stadium, persoalan demi persoalan bermain dalam otak saya, sebagai ahli PKR saya wajib persoalkan hal ini. Ayuh kalau benar katakanlah, Saya selalu doakan PR akan memerintah negara, ada 2 bulan lagi, jgn ada alasan lagi kerna penyokong PR berharap sangat.

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Friday, July 04, 2008 1:10:26 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Bos,

Betul ker jalan ke putrajaya semakin hampir?
Atau masih nak teraba-raba.

Kalau asyik-asyik posponed berita baik tak payah.
Ntah-ntah sorang pun MP BN belum confirm nak asuk PR.
Heboh jer lebih......

Rakyat Bosan!!!!
Zainol Keramat
Sunday, July 06, 2008 4:19:44 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Hang cerita pasal liwat-liwat ni, adik hang okay ka Azmin?
Azwan
Tuesday, July 08, 2008 9:42:35 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Saudara Azmin

Jgn lah kita semua leka dan asyik melayan kerenah dan tuduhan org2 Bn tu sebab memang tujuan asal mereka untuk melemahkan kita semua supaya tidak membuat kerja dan asyik tertumpu satu isu besar seperti liwat.

Jadi saya harap saudara azmin dapat mengerakkan semua anggota PKR supaya terus bekerja dgn gigih dan melipatan usaha lagi.

Inilah masanya kita mengempur DUN 2 yg dikuasai oleh Umno seperti kawasan2 Khair Toyo dan yg lain2 lagi. Pada pandangan saya kita semua dah dilekakan oleh mereka .

Marilah kita Umno di seluruh negeri selangor dengan mengerakka anggota kita dan jangan biarkan mereka bersenang lenang. Kita lihat sekarang ini tiada aktiviti yg aggresif bagi mengasak pimpinan UMNO disetiap DUN kerana semua asyik tertumpu dg kes liwat nie.

Kumpulakn tenaga dan gerakkan semua ahli2 secepat mungkin bagi menunjukkan kekuatan kita di akar umbi ..Kebelakangan ni saya lihat kebanakkan ahli 2 keadilan asyik berebut jawatan dan kurang berkerja bagi megukuhkan parti.

Buat lah satu rancangan yg lebih besar , gerakka org 2 kita, gempur setiap DUN dan pasti ka semua jentera UMNO terpegun dan terus layu..

Kalau boleh tumpukan kawasan Khir Toyo..


Sepol
Thursday, July 10, 2008 8:45:53 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Salam En.Azmin...Terlebih dahulu saya meminta maaf jika posting saya ini tidak kena pada tempatnya. Saya menerima email ini...jadi saya rase terpanggil membuat apa yg sepatutnya..dan dlm pengetahuan saya En.Azmin/Saudara Saari berada di kawasan Parlimen/Adun yg berkaitan..Harap dapat membantu seberapa segera keluarga ini..Wasalam

Subject: FW: Mohon Bantuan Untuk Keluarga Yang Tinggal Dalam Khemah -

From: Norelinda Othman
Sent: Friday, June 20, 2008 5:06 PM
To: Azhariah Adnan; Azmin Adnan; Azmi Yusoff; Kamarulzaman Musa; Norul
Izawati Zakaria; Nor Mas Ayu Ramli; Farah Waheeda Zainal Abidin; Rohaida
Jaafar; Noraini Esa; <mailto:zaki@ramunia.com> zaki@ramunia.com; Mohamad
Zaid Rajiman
Subject: FW: Mohon Bantuan Untuk Keluarga Yang Tinggal Dalam Khemah -
susulan
Importance: High

Norelinda Othman

Credit Management Department

Tingkat 13, Menara Celcom

No 82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz

50300 Kuala Lumpur.

Hp no : 013-2733900

Off no : 03-26883418

Fax no : 03-26810346

email add : <mailto:norelinda@celcom.com.my> norelinda@celcom.com.my


Dear All



With ref. to the email I sent yesterday, this is their house, "The Khemah"!
Sesiapa yang berhajat untuk membantu bolehlah hantar terus kepada En Zamri
sendiri. Bagi yang tidak berkesempatan kesana, bolehlah wakilkan kepada
saya di Aras 75, Tower 1 dan akan saya serahkan kepada AJK Kebajikan Surau
Al-Muhsinin PETRONAS untuk diserahkan kepada En Zamri. Silalah forwardkan
mail ini kepada para dermawan yang lain.



Terima kasih.







Assalamualaikum wrb,

Tuan/puan yang yang budiman dan prihatin,

Anak perempuan saya murid Tahun 5 (5 Iltizam) SRK Taman Melawati 2 selalu
balik menceritakan tentang kisah sedih kawan sekelas dia yang terpaksa duduk
dalam 'khemah' kerana tiada rumah setelah rumah setinggannya di robohkan.
Mula- mula saya tidak berapa ambil kisah kerana anggapan saya manila ada di
kawasan Ulu Klang/Melawati keluarga Melayu sebegitu susah,
sekurang-kurangnya ada rumah. Tetapi cuti minggu lepas, saya telah dibawa
sendiri oleh anak saya untuk melihat khemah dan keadaan keluarga tersebut di
Ulu Klang bertentangan dengan Zoo Negara.

Memang amat menyedihkan sekali keadaan keluarga ini, En Zamri seorang guard
di Puncak Niaga Klang gate, mempunyai 5 orang anak (15,14,11, 6 & 4tahun)
memang tinggal dalam khemah dhaif (sebesar partition Manager kat PETRONAS)
tanpa elektrik dan cuma bilik air buatan sendiri. Isteri tidak dapat bekerja
kerana ada anak kecil 4 tahun walaupun ingin bekerja. Kepada sesiapa yang
hendak lihat sendiri khemah keluarga ini boleh Nampak dari Highway MRR2 -
Arah Ampang ke Taman Permata , selepas PETRONAS Hulu Kelang 2, berdekatan
bus station ada sign board untuk U TURN ke Zoo Negara.

Menurut En Zamri rumah setinggan mereka di Batu 8 Hulu Klang telah
dirobohkan 3 tahun lalu dan mereka telah membeli rumah kos rumah tetapi
hingga sekarang tidak siap- siap. Keluarga lain mampu untuk buat rumah
ditempat lain tapi beliau belum mampu untuk buat pondok sekalipun walaupun
ada plan untuk buat 'pondok sementara' di tapak khemah itu.saya ada nampak
sedikit kayu recycle terkumpul. Semasa kempen pilihanraya ada ada
politician berjanji untuk bantu tapi diam begitu saja. Beliau dirikan
khemah di situ kerana dekat sekolah dan keempat empat anak bersekolah di
Melewati dapat jalan kaki ke sekolah saja. Menurut anak saya akhir-akhir ni
dengan cuaca yang tak menentu, anaknya selalu demam dsb.

Saya juga telah bertanya macamana kami boleh bantu dia sekeluarga. Kalau
ada rezeki dia cuma mahu dirikan pondok tempat bertuduh dengan harapan rumah
kos murah mereka siap, tapi beliau keberatan untuk memberitahu saya kosnya.
Setelah didesak beliau beritahu rumah Indon depan rumah dia kecil tu pun
lebih kurang RM 3 ribu juga. Indon pun ada rumah, ini keluarga Melayu, En
Zamri orang N9 dan isterinya orang Perak.

Alhamdulilah saya dapat memberitahu kisah keluarga ini pada Hj Zul, AJK
Surau PETRONAS dan beliau berjanji akan cuba meminta bantuan ADUN Hulu
Klang. Pihak Surau PETRONAS juga telah bermurah hati memberi sumbangan
segera RM250. Saya dan suami juga akan cuba ikhtiarkan bantuan lain seperti
carikan kerja part time untuk isterinya dsbnya. Menurut En Zamri, sekolah
juga memberi bantuan.

Sahabat sahabat yang prihatin, saya mohon bantuan iklas semua kalau boleh
kita membantu keluarga ini untuk dirikan 'pondok' untuk berteduh...saya tahu
ramai yang bermurah hati untuk memberi sumbangan peribadi , zakat (saya rasa
keluarga ini layak mendapat zakat)..atau sebagainya..atau mungkin FOC boleh
buat 'keluarga angkat' sebagai projek amal jariah kita. Sesiapa yang ingin
membantu sila beritahu saya.

Semoga ALLAH membalas amal jariah saudara/i sekelian.

Wassalam.

Ku Azah Ku Mohamad.

Nik
Friday, July 11, 2008 8:59:26 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
sila layari http://idrisharon.wordpress.com/
Saturday, July 12, 2008 6:51:34 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB,
Dalam perjuangaan sememangnya banyak dugaan.
That make you a better person.

Malaysia "a sinking boat"....we need new administration.
housemate
Sunday, July 13, 2008 2:30:39 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Semoga Pakatan Rakyat terus tabah berjuang. Kami rakyat bawahan yang telah terseksa dengan keadaan pemerintahan BN-UMNO hari, berdoa agar kerajaan baru terbentuk 16 September ini.

Salam perjuangan untuk YB Azmin!
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview