Tuesday, May 20, 2008
Keputusan Dr. Mahathir Mohamad keluar UMNO mencerminkan krisis dalaman UMNO semakin meruncing dan sokongan terhadap UMNO semakin merosot. Tindakan mantan Presiden UMNO ini mendedahkan kebobrokan dalam UMNO. Perkembangan ini tidak akan menjejaskan orang Melayu kerana UMNO sememangnya sudah berada di tahap yang paling lemah.
 
Tindakan Dr. Mahathir juga dilihat sebagai tanda protes di atas keputusan Jemaah Menteri untuk meneruskan siasatan terhadap Dr. Mahathir berdasarkan cadangan-cadangan yang terkandung di dalam Laporan Suruhanjaya DiRaja berhubung siasatan klip video Lingam yang mengaitkan peranan Dr. Mahathir mempengaruhi badan kehakiman semasa pentadbirannya selama 23 tahun. keADILan mendesak supaya siasatan mesti disegerakan dan Jabatan Peguam Negara mesti bertindak secara adil dan without fear or favor dalam melaksanakan siasatan terhadap Dr. Mahathir Mohamad.
 
Saya juga menyeru ahli-ahli UMNO supaya tidak terperangkap dalam agenda peribadi Dr. Mahathir yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Abdullah Badawi dan menaikkan Najib Tun Razak. Rakyat tidak boleh menerima kospirasi jahat yang terancang ini untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang lemah dan menaikkan seorang pemimpin yang dikaitkan amalan rasuah.
 
Saya mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai keADILan dan Pakatan Rakyat dan menolak UMNO dan BN yang sudah kehilangan arus perjuangan.

Azmin Ali
Tuesday, May 20, 2008 9:58:08 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Tuesday, May 20, 2008 11:14:05 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
assalamualaikum wbt YB.

pertamanya tahniah atas perjuangan YB dan kerap kali sy mendoakan kejayaan dlm perjuangan kita menegakkan Syariah Islam di Malaysia ini.

sy ni bukanlah seorang yg amat mengetahui dunia politik. namun nama YB banyak kali juga sy dgr. tp sy lebih kenali YB dgn lebih dkt semasa di parlimen. baik juga bila ada live parlimen.

sy amat meminati gaya tenang dan lantang YB di Parlimen terutama semasa YB membelasah 'Rembau'. tersenyum saya melihat gaya YB.

berkaitan tindakan Dr.M, sy juga berpendapat sm dgn YB. semua ni tak lari dari perancangan utk menaikkan Najib.
bagi sy, dari najib baik paklah.
mungkin ada perjanjian tersembunyi antara Najib dgn Dr.M.

apapun, teruskan perjuangan YB. sy doakan agar kita semua diberkati ALLAH dan dijauhakan istidraj pada kita..

moga kita sentiasa berada dlm landasanNya.
amin..

maharajatoga,
dengan izin
www.kampusnegara.net
maharajatoga
Wednesday, May 21, 2008 1:38:19 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
1. Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaiman dengan anak TUN? nak ikut sekali ke? Sanusi Junid dan Siti Hasmah sudah ikut ... kalau nak keluar masuklah Pakatan Rakyat, jangan main politik luar gelenggang.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Thursday, May 22, 2008 8:54:13 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
slm yb..
nk tnyer ni? btl ke saudara ezam nk msk umno?
pyh la klu cmni..PR smakin hmpir kemenagan tetiba ezam msk umno.. ape cite..hrp penjelasan
juani munir
Friday, May 23, 2008 1:42:03 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
kenapa ezam masuk umno??? anda ada jawapannya???
cindailedang
Friday, May 23, 2008 11:18:31 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
there's a new party in town called 'Keadilan 2'..come cek it out! klau nak tahu..visit blog sy!
Saturday, May 24, 2008 10:27:17 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Saudara Azmin, ingat apa yang saudara cakap pada ceramah saudara didesa setapak indah sehari selepas parlimen dibubarkan kalau ezam masuk UMNO?
zaidi
Sunday, May 25, 2008 2:09:11 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Salam.

Wahai saudara Azmin, tahniah di atas kesabaran dan ketabahan saudara selama ini.

Tetapi sedarkah saudara, apakah motif dan hala tuju sebenar yang dimahukan oleh pucuk pimpinan PKR.

Pada pendapat saya, perjuangan utama PKR lebih kepada rasa simpati dan kasihan terhadap Anwar Ibrahim. Jadi rakyat tidak akan mendapat faedah daripada perjuangan PKR jika motif dan hala tuju hanyalah kerana rasa simpati dan kasihan terhadap Anwar Ibrahim. Jadi saya syorkan agar saudara menilai semula perjuangan saudara di dalam PKR dan mohon petunjuk Allah agar diberi jalan yang betul.

Saya ingin mencadangkan agar saudara aktif sebagai ahli PAS. Disebabkan motif dan hala tuju PAS adalah lebih jelas untuk menegakkan syiar Islam dan mengukuhkan kuasa politik orang Melayu.

Itu adalah dari sudut pandangan saya, mungkin pada orang lain dan saudara sendiri berbeza pula cara penilaiannya.

Apa pun, wajarlah jika saudara berfikir sejenak tentang perjuangan PKR yang sebenar. Jika PKR betul-betul mahu berikan keadilan kepada rakyat maka pastikan dahulu kedudukan agama Islam terjamin sebagai agama rasmi Malaysia. Seterusnya pastikan dahulu kedudukan orang Melayu sebagai tuan asal Tanah Melayu dipelihara. Selepas itu, pastikan dahulu kedaulatan Sultan-Sultan Melayu terjamin. Selepas itu, pastikan hak-hak keistimewaan dan perkara bersangkut dengan orang Melayu diutamakan dalam setiap hal. Akhirnya, barulah diberikan tumpuan untuk orang yang berbangsa dan beragama lain.

H
Tuesday, May 27, 2008 3:03:33 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
test
abdul salleh
Tuesday, May 27, 2008 3:07:05 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
asalammualaikum semua yg berjuang bersama pr. saya menyokong pr pada pilihan raya ke 12 walaupun saya ahli umno. saya ingin menyertai pr dan pada siapa harus saya rujuk. sesiapa yg berkenaan sila beri penjelasan melalui email saya hellasabdul@yahoo.com s

sekian terima kasih
abdul salleh
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview