Wednesday, November 28, 2007
Pada Disember 1923, Pendeta Za'ba mengingatkan umat Melayu supaya bangun dari tidur dan bekerja kuat untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Antara lain, Za'ba berkata, "I only want the soul that slumbers, To wake and work in these bright days." Profesor DiRaja Ungku A. Aziz merongkai pemikiran Pendeta Za'ba dalam bukunya bertajuk "Jejak-jejak di Pantai Zaman".



Amat malang sekali, Malaysia hari ini dipimpin oleh pemimpin Melayu UMNO yang tidur sepanjang hari. Watak yang "non exuberance" ini menuntut kita bangun dan menyambut cabaran Za'ba. Jawapannya ialah Ubah sebelum Parah. Ubah demi Maruah. Azmin Ali. Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, November 28, 2007 3:21:50 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Thursday, November 29, 2007 12:29:04 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Syabas saudara Azmin,

Abdullah bin Abdul Kadir Munysi,Pendita Za'aba, Professor Syed Hussein Al-Attas, Professor DiRaja Ungku Aziz, dan juga tokoh lain seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Pak Sako (Ishak Haji Mohamed), Fadhil Noor serta rakan-rakan mereka sudah kita lupakan kerana pemimpin UMNO sekarang sibuk dengan retorik dan polemik mereka sambil giat membolot harta karun negara.

Yang saya sedih sekali media tidak memberikan penerangan atau informasi tentang keadaan sebenarnya. Mereka hanya memainkan sandiwara dongeng berserta cerita-cerita romantis dengan tujuan untuk mengkhayalkan kita orang Melayu khususnya daripada keadaan sebenar.

Sedihnya, orang Melayu masih tidak sedar bahawa kita semua ini telah diperbodohkan oleh pemimpin yang kita pilih untuk menjaga maruah kita dan membela nasib bangsa,agama dan negara. Semuanya mereka jadikan alat politik. Umpamanya, Islam di jadikan Islam Hadhari, nama bangsa dikotorkan oleh korupsi dan salahgunaan kuasa, dan status negara sudah diturunkan ka tahap negara kelas ketiga.

Kemiskinan dikalangan orang Melayu semakin ketara, yang kaya semakin kaya dan yang miskin dipinggirkan di tepi jalan. Ada dari mereka susah untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat walaupun telah lumpuh dan amat memerlukan bantuan berikut sedangkan pemimpin Islam Hadhari sanggup membelanjakan RM300 juta tiap-tiap tahun dari wang Petronas untuk hiburan semasa Monsoon Cup. Kontrak untuk melaksanakan projek ini juga diberikan oleh seorang yang beranama Patrick Lim yang juga merupakan sahabat karib dan rakan kongsi keluarga Abdullah Badawi. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Oleh itu, saya menyeru supaya anda semua membaca 'Agenda Ekonomi Baru: Gagasan Pembangunan' oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Sekarang tiba masanya untuk kita berfikir mengenai masa hadapan negara dan nasib masyarakat Melayu, bukannya mementingkan diri kita sendiri lagi. Kalau sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut sila hubungi saya di din.merican@gmail.com

Apa yang membimbangkan, seperti yang disoalkan oleh Dato' Seri Anwar, "Mengapakah pada tahun yang penuh dengan acara sambutan gemilang (Sambutan 50 tahun merdeka), Malaysia sebenarnya telah menjadi sebuah negara kelas ketiga? Beranikah kita berdepan dengan hakikat tersebut?". Inikah yang dikatakan ketuanan Melayu yang dihebohkan oleh pemimpin UMNO sekarang.

Renunglah sepintas lalu dan ambilah tindakan, YA! UBAH SEBELUM PARAH! UBAH DEMI MARUAH!
Din Merican
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview