Saturday, May 24, 2008
    Pada 24hb Mei 2008 saya bersama penduduk AU1 Taman Keramat dan turut serta saudara Y.B. Shaari Sungib ahli DUN Hulu Klang bergotong-royong membersihkan kawasan selain program membasmi nyamuk aedes. Program yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam12.30 tengah hari berjalan dengan lancar. Sambutan daripada penduduk amat menggalakkan dan saya turut mendapat maklum balas yang positif daripada penduduk setempat. Gotong-royong ini turut mendapat kerjasama daripada pihak MPAJ, Alam Flora dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.
   
    Saya berharap di masa akan datang dapat bersama-bersama dengan rakyat di majlis yang sebegini di kawasan Parlimen Gombak khasnya.

Saturday, May 24, 2008 2:18:42 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Saturday, May 24, 2008 6:52:26 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Rajin2 YB nanti org sayang .... hahaha ...teruskan usaha YB dan team, bersamalah rakyat selalu ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada gambar laporan polis terhadap Tun dan rakan2
Saturday, May 24, 2008 9:40:25 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Inilah pemimpin yg kte cari.. bukan mcm pemimpin umno yg hipokrit.. Syabas YB.. teruskan perjuangan murni ini...
pistol
Saturday, May 24, 2008 9:48:40 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
salam perjuangan Y.B.

Lihat dalam gambar seperti Y.B. adalah seperti rakyat biasa dan di parlimen Y.B. adalah suara kami.
Y.B. mintak penjelasan tentang isu Ezam yang berhasrat menyertai UMNO.
Adakah ia menguntungkan UMNO atau Pakatan Rakyat?
Atau adakah ia merupakan satu taktik permainan Ezam sendiri?

Lihat seperti ada konspirasi yang berlaku.
Orang dok sibuk nak join Pakatan Rakyat dia sibuk nak join UMNO.

Mintak penjelasan Y.B. sendiri.

Salam perjuangan.

Iwan Togey
iwan togey
Sunday, May 25, 2008 11:57:54 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Syabas YB itulah yg rakyat mahukan pemimpin selalu turun padang jangan jadi macam setengah pemimpin umno hanya nampak muka 5 tahun sekali dekat pilihanraya
mat_terab
Tuesday, May 27, 2008 1:23:44 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
syabas....yb turun padang 2 yang kami mahu......sila2kan lah jemput ke taman sri gombak bg merapatkan silaturahim antara yb pakatan rakyat dengan penduduk d cni.....
jay jay
Wednesday, June 04, 2008 1:16:23 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
YB Azmin Ali,

Pada pendapat saya dizaman penduduk dipinggir bandaraya membayar CUKAI adalah tidak perlu YB mendera penduduk mengadakan program gotong royong. Nama Gotong Royong memang baik tetapi amat baik dilaksanakan di kampung tempat orang yang tidak membayar cukai pintu. Tempat yang orang membayar cukai adalah lebih baik YB pantau dan ronda sendiri orang MPAJ atau kontraktor yang dilantik buat kerja atau tidak. Ambil tindakan ditempat yang kotor, bukan guna khidmat sukarela penduduk untuk buat kerja untuk kontraktor yang dilantik.

Untuk penduduk lebih baik la YB buat program senamrobik ke pada pagi2 atau buat sukaneka atau buat program kat surau atau masjid2.

YB, buatlah program mengikut peredaran zaman, kalau nak buat gotong royong juga buatlah program gotong royong cantikkan surau ke atau masjid atau rumah orang kampung / taman yang susah.

Sekianlah pandangan patik yang bukan berpelajaran seperti YB yang mempunyai Double Master.

Wassalam
OrangMudaGombak
Thursday, July 03, 2008 12:26:29 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Saya terpanggil utk menjawab tulisan OrangMudaGombak,
Semangat kejiranan OrangMudaGombak amat kurang skali,tidak kira laa samada kawasan yg bayar cukai atau tidak,kita semua hidup berjiran dan sgt penting aktiviti2 seperti gotong-royong ini dilaksanakan.Selain daripada kebajikan kita kepada tempat dan kawasan kita sendiri,boleh juga merapatkan ukhuwwah sesama islam/jiran,yang tidak kenal,jadi kenal,yang tidak rapat akhirnya rapat ,dapat bertukar pendapat,berbincang untuk kebaikan bersama.

Pandangan OrangMudaGombak seperti tak berpadangan jauh...tgklah org bandar sekarang..langsung tidak kenal jiran..yg kenal pun tak ramai..tgkla mcamana rapatnya orang2 kampung sesama mereka..inilaa yg kita nak...perpaduan..bukan pentingkan diri sendiri...pada pandangan saya,hanya OrangMudaGombak yg kata tindakan seprti ini mendera penduduk...sy tak berkata begitu....lihatlah dari sudut yg positif..
SokongYB
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview