Sunday, October 26, 2008

Alhamdulillah, pada malam tadi saya menunaikan tanggungjawab sebagai Ketua Bahagian Gombak bermesyuarat bagi tahun 2008. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pergerakan wanita bahagian Gombak kerana dapat menarik lebih ramai penyertaan wanita pada mesyuarat agung tahunan wanita yang lalu. Tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gombak kerana dapat menunaikan tanggungjawab bermesyuarat bagi tahun 2008.

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakyat Gombak kerana memilih Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang lalu. saya selalu mengingatkan kepada seluruh saf kepimpinan bahagian Gombak bahawa mengejar kemenangan itu lebih mudah dari mempertahankan kemenangan. Kita harus bekerja lebih kuat lagi bagi memenangi hati rakyat kerana pada pilihanraya yang lepas rakyat menuntut perubahan kepimpinan pada bahagian gombak. Alhamdulillah kita menang kesemua kerusi yang dipertandingkan dan sekarang rakyat menuntut perubahan dasar dari Pakatan rakyat dan kita jangan leka dengan kemenangan ini.

Setakat pada malam ini saya sangat berpuashati pada prestasi kerja Adun dari pakatan rakyat. Saya juga sangat berpuashati dengan Adun Batu Caves iaitu Y.B Amiruddin Shaari dari Parti Keadilan Rakyat kerana berjaya memenangi hati rakyat Batu Caves. Secara gurauan Penduduk Dun Batu Caves lebih menyayangi Amiruddin, isterinya pun tak sayang seperti penduduk  Batu Caves, disambut ketawa dari para hadirin. Saya juga memuji kepetahan Y.B Amiruddin ketika perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Saya ingin menyatakan pada hari ini, saya masih belum berpuashati pada kerja sayadan saya meminta berbanyak maaf jika ada kesilapan dari pihak Bahagian Gombak dan juga sebagai Ahli Parlimen Gombak. saya yakin dapat bekerja lebih kuat lagi bagi menyelesaikan segala permasalahan Kawasan Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa. Insyallah saya akan memenuhi segala jemputan atau undangan dari rakyat Gombak agar mereka berpuas hati pada prestasi kerja saya. Cumanya saya kurang berpuashati pada perbahasan ucapan penangguhan mesyuarat dari perwakilan Gombak. Diharap di lain masa saya mahu mutu perbahasan diperbaiki lagi.

Azmin Ali

 

Sunday, October 26, 2008 10:52:31 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Monday, October 27, 2008 8:17:40 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Tiba masanya untuk PKR Gombak merombak semula semua AJK diperingkat Bahagian, AMK dan Wanita. Bukan untuk memperkecilkan AJK sediaada, tetapi senario selepas memegang tampuk kerajaan jauh berbeza. PKR Gombak memerlukan lebih ramai para intelektual dan profesional untuk membawa Parti bergerak dengan lebih lancar.
Ahli PKR Gombak
Monday, October 27, 2008 4:08:29 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Salam,Ahli PKR Gombak.
Baik cadangan itu tapi perlu berhati-hati bak kata pepatah melayu "bagai menarik rambut dalam tepung rambut tak putus tepung tak berselerak" PKR masih muda kalau semua ahli berfikiran seperti Ahli PKR Gombak ia jadi mudah tapi kita bimbang ia kan membawa kepada perpecahan kepada mereka yang bijak pandai kalau tak ada jawatan pun kita masih boleh menyumbang jasa bakti kepada parti,kita kerja bersama "Berat sama di pikul Ringan sama di jinjing"kepada Ahli PKR kita beri peluang orang muda dan bijak pandai memegang jawatan demi kebaikan parti kita perlu bersatu padu.
Tuesday, October 28, 2008 11:29:36 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
teruskan bkhidmat utk Penduduk Gombak...
terutama di Keramat saya tinggal disana...
selamat maju jaya...
Wednesday, November 05, 2008 2:16:01 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
syabas teruskan usaha anda..kami akan terus menyokong ..reformasi
Wednesday, November 05, 2008 2:43:48 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
You are the biggest hypocrate in the whole organisation. You are no better than any of the other UMNO and BN MPs. You act like you are an angel but behind all that you are the biggest DEVIL.
You talk about being Just and Fair but you and your cronies are controlling and taking all the business in Selangor for your political gain.
I remember how you manipulated Bumiputra shaares during your sting as PA to the Finance Minister and now you are doing the same again using the Opposition Head as your shield.
I hope you take some personal time off and re-think all that you have done and correct yourself before its too late.
Lastly i wish you all best.
Very Upset
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview