Tuesday, October 14, 2008

Semalam, saya bangun dalam Parlimen untuk mendapatkan penjelasan dari YB Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pemimpin UMNO bahawa beliau tunduk kepada IMF / World Bank ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997 / 1998.

Dakwaan UMNO disanggah oleh Ketua Pembangkang dengan tegas dan berfakta. Menurut Anwar, ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia, agenda utama ialah mendapatkan kelulusan negara-negara anggota termasuk Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghapuskan hutang negara-negara miskin. Tindakan ini dapat meringankan beban hutang negara-negara miskin yang turut gawat akibat krisis kewangan.

Ekonomi negara yang turut diserang menyebabkan institusi-institusi kewangan lemas dan ringgit semakin lemah. Dalam suasana krisis kewangan pada ketika itu, Article 4 mengkehendaki rundingan diadakan. Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa di sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan khususnya ketika mengurus krisis kewangan negara pada tahun 1997, beliau TIDAK PERNAH meminta "rescue package" daripada IMF / World Bank. Anwar mencabar pemimpin UMNO yang membuat tuduhan supaya menyemak rekod dengan Perbendaharaan dan Bank Negara. Dato' Seri Anwar turut menjelaskan bahawa beliau mengambil initiatif menubuhkan Dana Harta dan Dana Modal untuk menjamin ketelusan dalam membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi krisis kewangan pada ketika itu.

Ketua Pembangkang turut mendedahkan bahawa pada tahun 1993, beliau selaku Menteri Kewangan telah menulis surat kepada Bank Dunia untuk memberhentikan pinjaman dari Bank Dunia. Kedudukan ekonomi ketika itu di bawah pengurusan beliau amat kukuh dan tidak memerlukan pinjaman dari Bank Dunia. Malahan, Anwar turut memulakan pendekatan "pre-payment" untuk pinjaman yang dibuat sebelumnya dari Bank Dunia. Namun, sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Anwar berhujah bahawa Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengarahkan Perbendaharaan Malaysia untuk meneruskan pinjaman oleh negara dengan Bank Dunia. Siapa sebenarnya yang melutut dengan IMF / World Bank ? Penghujahan Dato' Seri Anwar dalam Parlimen semalam dapat menyanggah fitnah dan tuduhan jahat UMNO selama satu dekad yang lalu.

Tuesday, October 14, 2008 11:32:33 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Tuesday, October 14, 2008 2:27:31 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
cepat la buat undi tak percaya kat pak lah..
apa lagi ari tuh bukan main lagi nak suruh cepat buat sidang parlimen tergempar..
waris79
Tuesday, October 14, 2008 2:28:34 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
pegi la selamatkan orang melayu singapore tuh buat apa sibuk kat malaysia nie..
waris79
Wednesday, October 15, 2008 12:00:10 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Helloo, we are not going to rule this country for a year ok, we are going to rule as centuries as ever, hence kita mestilah plan well benda ni. Slow and steady yet eventually jadi juga rule as a govt.
waris 79 sekolah std 6 je kot, malas nak cakap dengan orang melayu macamni
whatever
Wednesday, October 15, 2008 1:31:02 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
ermm..
bukan ker azmin ali hr tu kata dah letak jawatan..
pas tu tarik blik..
oppss...sori ter off topik..
kalo anwar btul2 sygkan negara,rakyat..
np dia perlu tunduk ms dia jadi TPM dulu..
Noname
Wednesday, October 15, 2008 2:58:19 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Azmin Ali tidak meletakkan jawatan tetapi blog ini telah dipecah masuk oleh seseorang yang telah dikenalpasti.

DSAI tidak tunduk kpd IMF ketika menjadi TPM dahulu dan beliau sanggup berdebat tentang isu tersebut.

Fikirkan, siapa yang mengcekik rakyat lebih 50 tahun?

Mana pergi khazanah negara?

Hanya kroni dan mereka yang ada kuasa sahaja.
fk
Wednesday, October 15, 2008 8:57:57 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
hahaha...
azmin ali letak jawatan sbb malu isu lukisan anwar..
ingat aku nak caya ke web nie kena hack..
kalo kena hack..
dah lama si hacker nie kasi hancur web nie..
pirahhh...
Noname
Wednesday, October 15, 2008 11:48:33 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
MTAK TOLONG SAUDARA BAWA DI PARLIMEN TENTANG GAJI PEKRJA GLC YANG BERGAJI 1500 KE BAWAH NI KE GAJI TETAP 1500 SEBULAN,DNGAN GAJI 1000 KAMI KAT BAWAH NI CUKUP2 MAKAN JE.
KI
Thursday, October 16, 2008 6:03:20 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Boleh tolong siarkan video perbahasan bajet 2009 DSAI?
Thursday, October 16, 2008 7:54:53 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
sila refer to www.parliamentnews.blogspot.com
wateva
Friday, October 17, 2008 9:58:14 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Kepada Yang berhormat,

Bersyukurlah kerana YB sekarang seorang pemimpin, bergelar ‘Yang Berhormat’ pula dengan gaji besar dan kehidupan mewah. Rakyat terlalu memerlukan perhatian YB. Mungkin kisah ini juga berlaku di kawasan YB. Bacalah dan berkhidmatlah…..

Dengan kederat seorang tua yang kurang sihat, kerja yang termampu dilakukan oleh Pakcik Zainal yang hidup bersama seorang isteri dan seorang anak perempuan hanya mengambil upah membersih kebun orang dikawasan berhampiran.

Antara perbualan saya dengan Pakcik Zainal,

“Ada orang datang melawat Pakcik di sini?”.

“Ada.” Kata Pakcik Zainal.

“Bila?”. Tanya saya.

“Masa dia orang nak minta saya mengundi, dia orang datanglah.”

“Sudah berapa lama Pakcik tinggal di sini?”

“Lima tahun”

http://kerajaanrakyat.com/?p=1848
Friday, October 17, 2008 2:21:23 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Assalamualaikum YB.

Apa kata kita cadangkan diadakan Debat secara LIVE macam isu minyak hari tu, tapi kali nie antara DSAI dan TUN berkaitan kemelesetan Ekonomi 98/ Isu IMF. Yang mana DSAI disalahkan 100% sbb nak pinjam pada IMF yang kononya boleh menyebabkan Malaysia tergadai.

Bagi Rakyat Malaysia paham kenapa DSAI buat cadangan yang sebegitu rupa dan diadili oleh rakyat secara rasional. Kalau kuat fakta DSAI berbanding TUN yang banyak merapu rasanya PRU13 mudah sket kerja PR nak memerintah Malaysia yang tercinta ini.

Buat cabaran pada TUN secara terbuka di media Alternative, kalau TUN tak berani nak sahut cabaran tahulah rakyat menilainya. Berani kerana benar, Takut kerana salah.

Dan yang paling penting um-NO totok kena tahu siapa sebenarnya pemimpin mereka ini.


Zackry
Friday, October 17, 2008 3:29:43 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
kena tunggu disember pula.

peta : http://www.azrinblog2u.com
Monday, October 20, 2008 5:31:06 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Salam perjuangan..
Bila nak tukar kerajaan YB..jangan la asyik dok buat lawak!
Wednesday, October 22, 2008 3:00:31 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
salam,kepada semua rakyat malaysia jadi atau tidak tukar kerajaan hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya.
Name
E-mail
Home page

Comment (Some html is allowed: a@href@title, strike) where the @ means "attribute." For example, you can use <a href="" title=""> or <blockquote cite="Scott">.  

Enter the code shown (prevents robots):

Live Comment Preview