Thursday, September 27, 2007

Pegawai-pegawai yang bertugas di pejabat keADILan Bahagian Gombak telah melaporkan kepada saya bahawa pejabat telah diceroboh malam semalam. Dalam kejadian tersebut, pintu utama telah dipecahkan dan 2 unit CPU komputer dan 2 unit printer telah dicuri. Manakala fail dan barangan lain tidak diusik. Dalam pemerhatian awal, saya mendapati tidak sukar untuk mempercayai bahawa ianya bukan bermotif rompakan tetapi lebih kepada usaha pihak tertentu yang berminat untuk mendapatkan maklumat dan gerak kerja parti. Siapa lagi, kalau tidak si anu !

Pegawai-pegawai parti telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju.
Thursday, September 27, 2007 1:24:48 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, September 26, 2007

IMG00048.jpgPagi ini saya menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia yang bertemakan ‘Walk For Justice’. Lebih 1000 orang peguam pelbagai kaum menyertai perarakan ini yang diketuai oleh Presiden Majlis Peguam, Ms. Ambiga Sreenevasan.

Perarakan keadilan ini bermula jam 11.30 pagi dari Palace of Justice ( POJ ), Putrajaya dan tamat di Pejabat Perdana Menteri. Pihak polis dan pasukan FRU seperti biasa hadir dengan jumlah yang besar termasuk beberapa unit water canon untuk mewujudkan suasana yang mungkin boleh menimbulkan provokasi. Begitulah budaya mereka yang menjadi perkakas parti pemerintah!

5 buah bas yang membawa peguam-peguam dari Dataran Merdeka ditahan oleh pihak polis dan tidak dibenarkan memasuki kawasan kompleks Putrajaya. Peguam-peguam terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer untuk tiba di POJ. Saya, Shamsul Iskandar, Amir Shari, Jonah dan Tian Chua turut serta berjalan kaki bersama peguam-peguam menuju ke POJ.
 
‘Walk For Justice” bertujuan untuk menyedarkan kerajaan bahawa paksi sistem kehakiman negara semakin goyah dan memerlukan reformasi menyeluruh untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur asing terhadap sistem kehakiman negara.

Klip video yang didedahkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lepas membuktikan bahawa sistem kehakiman semakin tempang dan dibolosi oleh kuasa eksekutif.

Majlis Peguam juga menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menuntut supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kandungan perbualan dan individu-individu yang terbabit dalam konspirasi badan kehakiman seperti yang dibongkarkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pimpinan kanan Parti Keadilan Rakyat turut serta dalam program ‘Walk For Justice’ termasuk Sivarasa Rasiah, William Leong, Zuraida Kamaruddin, Syed Shahir dan Dr. Xavier Jayakumar.

Perarakan keadilan ini tamat pada jam 1.00 tengahari dengan hujan lebat membasahi bumi Putrajaya.

Tahniah kepada Majlis Peguam yang berjaya menghimpunkan keahlian yang besar untuk bersama-sama membawa mesej perubahan. Seperti yang disebut oleh Presiden Majlis Peguam dalam ucapan ringkasnya, “Peguam jarang sekali menyertai perarakan seumpama ini. Tetapi apabila peguam sudah mula menyertai perarakan dan perhimpunan seumpama ini, pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem kenegaraan kita.”

Semoga Malaysia selamat dari kerakusan pemimpin UMNO dan hakim yang rasuah.
Wednesday, September 26, 2007 2:53:36 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, September 24, 2007


Alhamdulillah, lewat petang ini, Anwar Ibrahim dianugerahkan gelaran 'Datuk' apabila puteri sulungnya, Nurul Izzah selamat melahirkan seorang puteri di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Ini adalah cucu pertama untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail.
 
Saya menerima panggilan telefon dari Dato' Seri Anwar sendiri pada jam 7.01 petang dari Pulau Pinang. Beliau melahirkan rasa gembira dan bersyukur di atas kelahiran cucu sulungnya.
 
Saya terus menghantar pesanan ringkas sms kepada Raja Shahrir untuk mengucapkan syukur dan tahniah. Alhamdulillah.
Monday, September 24, 2007 3:56:45 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Sunday, September 23, 2007

Masyarakat India Batu Caves menyambut Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan komitmen untuk mendukung perjuangan Parti Keadilan Rakyat. Seramai 700 masyarakat India menyerahkan borang keahlian baru kepada Dato' Seri Anwar ketika lawatan kerja ke Batu Caves pada 11 Ogos 2007.

Menurut wakil masyarakat India Batu Caves, Saudara Nanto Gopalan mereka yakin bahawa kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan dasar Parti Keadilan Rakyat mampu membela nasib masyarakat India yang terpinggir selama lebih 50 tahun. Justeru itu, masyarakat India Batu Caves akan bekerja kuat untuk membantu kemenangan keADILan dalam pilihanraya umum yang ke-12.

Sunday, September 23, 2007 1:10:41 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Sunday, September 23, 2007 12:56:22 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan dan memperjelaskan kandungan video klip konspirasi VK Lingam dengan Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz. Ceramah perdana ini akan diadakan pada 29 September 2007 (Sabtu) Jam 9.45 malam di Taman Melewar.

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir untuk bersama-sama menyelamatkan sistem kehakiman negara.

Sunday, September 23, 2007 12:44:39 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)

Saya menyambut baik saranan teman-teman yang mendesak saya untuk menghidupkan semula blog saya. Hari ini saya tampil dengan wajah baru yang bertujuan untuk mewujudkan ruang wacana alam siber di kalangan generasi bangsa Malaysia yang bertekad untuk membawa perubahan.       

Sunday, September 23, 2007 12:38:00 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Sunday, September 23, 2007 12:12:25 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Saturday, March 24, 2007
Semenjak kebelakangan ini, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, Pengerusi SPR sering melatah. Wataknya tidak ubah seperti Ketua UMNO Cawangan atau Pengerusi JKKK. Kenyataan media yang dibuat oleh Rashid tidak menjawab persoalan pokok yang menghakis kewibawaan SPR tetapi jawapan-jawapan yang diberikan tidak tuntas dan tidak mengambarkan profesionalisma dan kredibiliti seorang ketua yang menguruskan badan bebas seperti SPR.

Kenyataan Rashid yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar yang dikuasai oleh kroni Barisan Nasional pada 22 Mac 2007 yang mencabar parti-parti politik untuk membawa SPR ke mahkamah adalah gimik dan beremosi. Apakah Rashid sudah lupa ? Apakah Rashid mengaminkan kenyataan Mahathir bahawa "Melayu mudah lupa" ?

Penghakiman yang dibuat oleh Yang Arif Muhammad Kamil pada tahun 2001 berhubung pendaftaran bukan warganegara Malaysia sebagai pemilih dan kehadiran pengundi hantu dalam Daftar Pemilih DUN Likas; sehingga mahkamah pilihan raya membuat penghakiman untuk diadakan semula Pilihan Raya Kecil DUN Likas; serta penghakiman dalam mahkamah pilihan raya berhubung petisyen Pilihan Raya Umum ke 11 Parlimen Gombak sudah cukup untuk membuktikan penyelewengan dan penipuan dalam proses dan perjalanan pilihan raya di Malaysia yang dikendalikan oleh SPR.

Justeru itu, Rashid tidak perlu mencabar lagi. Saya mengajak Rashid untuk tumpu kerja dan segera memulakan reformasi sistem pilihan raya secara menyeluruh. keADILan akan terus menuntut SPR memulakan langkah awal reformasi sistem pilihan raya dengan menghapuskan undi pos di kalangan anggota tentera dan polis, membersihkan daftar pemilih dan membenarkan penggunaan dakwat kekal untuk pemilih membuang undi.

Semoga Rashid dan SPR dapat menyelamatkan Malaysia dan rakyat Malaysia. Usah bersekongkol dengan Mugabe dan Zimbabwe.
Saturday, March 24, 2007 5:10:52 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
Anak muda Tionghua yakin dengan keADILan Ceramah saya di Jalan Enggang, Keramat malam tadi mendapat tentangan dari UMNO sehingga memaksa pihak polis tidak meluluskan permit. Namun, pihak penganjur dan tuan rumah tetap mendesak majlis penerangan diteruskan. Sambutan dari penduduk tempatan sekitar Ampang dan Keramat cukup memberangsangkan. Saudara Saari Sungip, Ketua Penerangan PAS Gombak dan Saudara Hasmi Hashim, Ketua Bahagian keADILan Parit Sulong turut sama menjayakan majlis ini.

Sejurus selesai ceramah pada jam 11.55 malam, saya dihampiri oleh seorang anak muda Tionghua yang menetap di Taman Tun Abdul Razak, Ampang. Beliau berpuashati dengan dasar-dasar yang dibawa oleh keADILan khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan hubungan di antara kaum dan agama. Anak muda Tionghua ini secara spontan menawarkan khidmatnya untuk membantu memperkasa keADILan khususnya di Ampang dan Gombak. Beliau mengambil nombor telefon bimbit saya dan pohon pertemuan dalam masa terdekat untuk membicarakan persoalan penyertaan beliau dan anak-anak muda Tionghua yang lain dalam menjayakan agenda perubahan yang dipimpin oleh keADILan.

Saya cukup yakin perkembangan ini akan terus kita saksikan apabila pimpinan dan ahli-ahli parti dapat menumpukan tenaga dan perhatian mereka untuk memberikan penerangan kepada rakyat mengenai isu-isu rakyat.
Saturday, March 24, 2007 5:07:03 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)