Wednesday, January 09, 2008

Permuafakatan pilihan raya yang dimeterai oleh keADILan dan DAP hari ini jelas membuktikan kesediaan dan kesungguhan parti-parti politik di luar kerajaan untuk menubuhkan negara madani pimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke 12. Usaha yang sama akan disempurnakan dengan PAS dalam masa yang terdekat.

Dalam permuafakatan ini, DAP akan bertanding hanya 19 kerusi DUN manakala keADILan dan PAS akan bertanding di 21 kerusi DUN; dengan jumlah majoriti DUN akan ditandingi oleh keADILan. Komposisi kaum di 21 kerusi DUN yang diperuntukkan kepada keADILan dan PAS adalah seperti berikut :

Kerusi majoriti Melayu > 65 % : 10 DUN ; kerusi majoriti Melayu > 50 % - 64 % : 5 DUN.

Kerusi majoriti Cina > 65 % : 2 DUN ; kerusi majoriti Cina > 50 % - 64 % : 2 DUN.

Kerusi campuran Melayu / Cina : 2 DUN.

Berdasarkan komposisi kaum, keADILan dan PAS sudah pasti akan bertanding di 15 DUN kawasan majoriti Melayu. Untuk rekod, UMNO hanya mewakili 14 DUN kawasan majoriti Melayu di Pulau Pinang. Justeru itu, keADILan bertekad dan berikrar akan terus menjamin kepentingan orang Melayu Pulau Pinang. Kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim akan memberi tumpuan memacu pertumbuhan ekonomi untuk semua kaum tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu. keADILan juga akan mencetuskan gagasan untuk memperkasa kekuatan ekonomi kelas menengah dan rendah di kalangan orang Melayu dan bumiputera di Pulau Pinang.

keADILan juga membuktikan kemajuan yang positif dalam pembahagian kerusi dengan bertanding di dua kerusi DUN yang mempunyai komposisi orang Tionghua melebihi 70 % iaitu di Bukit Tambun dan Kebun Bunga. keADILan akan meletakkan calon-calon Tionghua yang berwibawa dan mempunyai potensi besar untuk menang di kawasan-kawasan majoriti Cina dan juga kerusi-kerusi campuran.

Terdapat 2 kerusi DUN yang akan ditandingi oleh keADILan dan mempunyai jumlah pengundi India yang agak signifikan iaitu di Bukit Tengah dan Bukit Tambun. Komposisi kaum India di Bukit Tengah ialah 18 % manakala di Bukit Tambun sejumlah 16 %.

keADILan mengajak rakyat Pulau Pinang untuk berani membawa perubahan dalam pilihan raya yang akan datang. Muafakat di kalangan parti-parti keADILan, DAP dan PAS di Negeri Pulau Pinang adalah asas yang menjanjikan negara madani demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Azmin Ali.

 

Wednesday, January 09, 2008 11:50:10 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)

keADILan dan DAP hari ini mencipta sejarah politik tanah air dengan memeterai perjanjian muafakat pilihan raya untuk menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Kedua-dua parti bersetuju secara rasmi dasar "satu lawan satu" di semua kawasan pilihan raya bermula di Negeri Pulau Pinang. Majlis memeterai perjanjian ini disempurnakan di Pulau Pinang dengan disaksikan oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti. keADILan dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim manakala DAP diwakili oleh YB Lim Kit Siang. Perjanjian ini menyusul perbincangan di antara pimpinan tertinggi kedua-dua parti pada hari Isnin, 7 Januari 2008 yang lalu di pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya.

Permuafakatan ini yang bertujuan untuk mengelak pertembungan tiga penjuru seperti yang sering berlaku dalam pilihan raya yang lalu pastinya akan memecah hegemoni BN di Pulau Pinang yang juga negeri asal Perdana Menteri Abdullah Badawi. Permuafakatan ini juga membuktikan bahawa parti-parti utama di luar kerajaan semakin kukuh dan bersatu hati untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya dan negeri-negeri termasuk Pulau Pinang demi mewujudkan negara madani untuk bangsa Malaysia.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung hari ini, keADILan percaya persetujuan ini akan memberikan kesan yang sangat bermakna dalam usaha untuk memecahkan hegemoni BN di Pulau Pinang sebagai salah satu negeri tumpuan keADILan akan menjadi permulaan kepada usaha ini.

Perjanjian ini memperincikan senarai pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi DAP dan selebihnya akan dirundingkan di antara keADILan dan PAS. Berdasarkan perjanjian ini, DAP akan bertanding di 7 daripada 13 kawasan Parlimen dan diberikan peruntukkan untuk bertanding di 19 daripada 40 kawasan DUN. Parlimen yang dipersetujui untuk DAP ialah Bagan, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong, Jelutong dan Bukit Gelugor. Daripada 7 Parlimen ini, 4 sudahpun dimenangi oleh DAP dalam tahun 2004 iaitu Bagan, Bukit Mertajam, Tanjong dan Bukit Gelugor. Manakala 3 Parlimen yang lain diwakili oleh Gerakan. Berikut adalah senarai DUN yang dipetik dari laporan Malaysiakini :

Perjanjian yang dimeterai hari ini memperlihatkan DAP kekurangan 1 kerusi DUN. Pada tahun 2004, DAP bertanding di 20 DUN. Perjanjian ini juga memperakukan kerusi DUN Bukit Tambun dan DUN Kebun Bunga untuk keADILan. Dalam Pilihan Raya Umum 2004 yang lalu, Bukit Tambun menyaksikan pertembungan 3 penjuru dengan DAP dan BN manakala Kebun Bunga ditandingi oleh DAP. Dalam semangat permuafakatan dan kerjasama, keADILan tidak akan bertanding di Parlimen Batu Kawan.

keADILan akan memastikan dasar "satu lawan satu" menentang BN ini akan dipegang bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi menjadi dasar nasional. Justeru itu, keADILan akan menyegerakan perbincangan dengan PAS untuk mencapai kata sepakat demi kepentingan strategik memenangi pilihan raya. keADILan tegas untuk menjalin kerjasama tulin dengan semua parti politik dan NGOs yang progresif dan komited kepada usaha mengubah lanskap politik Malaysia, melalui saluran demokrasi, kepada sebuah pentadbiran negara madani.

Azmin Ali.

Wednesday, January 09, 2008 7:48:42 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, January 07, 2008

Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) memperkemaskan persiapan Pilihan Raya Umum ke 12. JPRP telah mengedarkan bendera-bendera parti ke semua Bahagian-Bahagian Tumpuan yang akan ditandingi oleh keADILan. Proses percetakan poster Dato' Seri Anwar Ibrahim sebanyak 10 juta salinan berjalan lancar dan akan diedarkan penghujung bulan ini bersama - sama banners, T shirt, buttons, pelekat kereta dan air mineral. JPRP juga akan mengedarkan perisian komputer yang mengandungi daftar pemilih suku tahun ke 4 yang sudah diproses mengikut program SISMEP12.

Dalam masa terdekat, Dato' Seri Anwar akan membuat pengumuman rasmi berhubung kejayaan keADILan, DAP dan PAS mencapai persetujuan berhubung pembahagian kerusi melalui proses rundingan dan permuafakatan.

Untuk membina Malaysia yang kuat dan gagah, undilah keADILan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Rakyat Malaysia akan menyaksikan terbitnya semula sinaran matahari yang sudah sekian lama terbenam akibat kepimpinan yang lemah.

Azmin Ali.

Monday, January 07, 2008 7:36:52 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Saturday, January 05, 2008

Saya baru kembali dari Pulau Langkawi petang ini. Semalam, 4 Januari 2008, keADILan Bahagian Langkawi yang dipimpin oleh Haji Wan Salleh Wan Isa mengatur program rakyat sehari suntuk saya. Sejurus tiba, saya mendapat dan mendengar keluhan rakyat secara terus dari rakyat Pulau Langkawi ketika saya berhenti minum pagi di warong Padang Mat Sirat. Tambang feri yang tinggi, masalah nelayan yang dibekukan lesen dan tidak mendapat subsidi diesel dan petrol, dana khas Tsunami yang diselewengkan, pengurusan hotel 5 bintang yang dikuasai oleh orang asing, tiada bekalan minyak masak, program LIMA yang tidak memberi manfaat untuk penduduk tempatan Langkawi, yuran sekolah dan pelbagai keluhan yang menzahirkan kesempitan hidup rakyat di desa.

Saya dan pimpinan Bahagian menaiki bot ke Pulau Tuba. Perjalanan dengan bot selama 20 minit. Saya lihat bendera keADILan berkibar megah di Pulau Tuba. Kami menyempurnakan Solat Jumaat di Masjid al Hijrah, Kampong Selat Lubok Chempedak, Pulau Tuba. Kami disambut mesra oleh pimpinan masjid. Kemudian menyusul program makan tengahari bersama rakyat Pulau Tuba di sebuah rumah ahli keADILan. Saya diminta berucap dalam majlis ini yang turut dihadiri oleh pimpinan UMNO Cawangan dan Pengerusi JKKK selain pendukung keADILan dan PAS termasuk YDP Pas Kawasan Langkawi, Ustaz Zubir Ahmad. Menurut Ir. Zamri Yusof, Pengerusi keADILan Negeri Kedah yang menyertai rombongan saya, Pulau Tuba sukar ditembusi malahan pernah dihalau oleh Pemuda UMNO ketika keADILan datang untuk berkempen pada tahun 1999. Alhamdulillah, rakyat Pulau Tuba sudah berani untuk membawa perubahan.

Maklum balas dari teman-teman UMNO dan Imam Masjid yang hadir amat meyakinkan. Mereka berpuashati dengan penerangan dan membisikkan kesediaan untuk bersama membawa perubahan.

Pada sebelah malam, saya berceramah bersama Ustaz Hamid Derani di Bilik Gerakan Utama keADILan Padang Mat Sirat. Ustaz Hamid adalah mantan Penceramah Agama UMNO Pusat dan pernah menjadi Penceramah Agama Jeli, Kelantan. Hampir 3,000 rakyat Pulau Langkawi menghadiri majlis ini. Saya difahamkan ramai juga ahli-ahli UMNO yang mendengarnya dalam gelap. Mudah-mudahan mereka berubah !

Pagi ini, saya batalkan jadual penerbangan ke Kuala Lumpur di awal pagi kerana berhasrat untuk turun ke jeti nelayan dan mengadakan dialog dengan nelayan-nelayan di Kampong Kuala Cenang, Pulau Langkawi. Lebih 30 orang nelayan tulin dan sampingan menyertai dialog ini. Lebih 400 nelayan Pulau Langkawi menghadapi kesempitan hidup akibat dasar BN yang tidak peduli masalah rakyat miskin. Menurut Pengerusi Persatuan, sudah lebih setahun, Kementerian Asas Tani membekukan "lesen vessel" untuk nelayan nelayan tulin. Lantaran itu, nelayan-nelayan yang tiada lesen tidak mendapat kemudahan e-petrol iaitu subsidi untuk bekalan diesel dan petrol. Pendapatan bersih setiap nelayan semakin merosot dan kini kurang daripada RM 700.00 sebulan. Di samping itu, kebanyakan keluarga nelayan juga menanggung hutang dengan kerajaan ekoran pinjaman dana khas Tsunami yang berjumlah RM 25,000.00 maksima. Persatuan nelayan mendesak supaya pinjaman ini dihapuskan kerana dana khas Tsunami ini adalah sumbangan rakyat dan sektor korporat dan bukannya sumbangan kerajaan. Nelayan-nelayan juga kesal dan mendakwa berlaku penyelewengan kerana pembekal yang ditetapkan oleh kerajaan untuk membekalkan peralatan yang musnah dalam tragedi Tsunami menaikkan harga secara melampau. Sebagai contoh, lampu gasoline yang bernilai RM 80.00 di pasaran biasa tetapi pembekal yang ditunjukkan oleh kerajaan menetapkan harga RM 400.00 untuk nelayan. Saya amat bersimpati dan berjanji akan membawa perkara ini untuk perhatian Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat.

Saya yakin rakyat Pulau Langkawi sudah bosan dan muak dengan BN. Saya dapat merasakan rakyat Pulau Langkawi sudah bersedia untuk ubah sebelum parah, ubah demi maruah ! Kita akan menyaksikan kehebatan dan keberanian rakyat Pulau Langkawi mencipta sejarah dalam Pilihan Raya Umum ke 12 dengan menegakkan keadilan dan kebenaran.

Azmin Ali./

 

Saturday, January 05, 2008 7:30:29 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Friday, December 28, 2007
Saya dan William Leong memenuhi undangan Puan Fuziah Salleh di Kuantan, semalam Dis 15, 2007. William bergegas seawal jam 11.00 pagi dari Kuala Lumpur untuk mengelak kesesakan dan kemungkinan lebuhraya ditutup ekoran banjir. Saya berlepas jam 2.00 petang kerana ada acara di KL di sebelah pagi. Saya bernasib baik kerana sejurus tiba di Karak, pengurusan Lebuhraya Pantai Timur membuka laluan sepenuhnya. William dan Fuziah terpaksa mengambil masa 7 jam untuk tiba di Kuantan kerana pada lewat pagi, air naik di Lancang dan semua kenderaan terpaksa melalui jalan lama Bentong, Raub, Benta, Jerantut dan Temerloh untuk ke Kuantan. Saya tiba jam 4 petang. William tiba jam 6.00 petang !

Jentera BA Kuantan selamat dilancarkan. Saya turut sempurnakan flag down untuk konvoi kereta yang membawa bendera keADILan di Jalan Beserah. Saya dan William  menghadiri majlis Jamuan Tea di Kampong Jawa. Hujan lebat namun rakyat terus tampil dengan berani. Dalam Warong Pok Teh, tetamu di kalangan anak anak muda dari pelbagai kaum termasuk India dan Tionghua hadir dengan komitmen baru mendukung keADILan. Saudara Siew bekas pemimpin MCA Kuantan turut hadir dan berucap. Saya mengajak rakyat menolak politik perkauman dan maju ke hadapan dengan agenda reformasi demi kesejahteraan  bangsa Malaysia. Masyarakat Melayu di Kuantan juga sedia maklum bahawa pengkhianat orang Melayu BUKAN Dato' Seri Anwar Ibrahim tapi pemimpin pemimpin elit UMNO.

Kemudian saya mengunjungi Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Dewan Penjara Penor. Seramai 389 orang dari Kampong Semangat, Pekan dipindahkan ke pusat ini semenjak beberapa hari yang lalu.  Saya dan Fuziah membawa sumbangan dan bantuan untuk keluarga mangsa banjir di pusat ini. Menurut mereka, banjir kali ini cukup dahsyat dalam tempoh 7 tahun. Kerajaan BN melengah lengahkan bantuan kepada mangsa mangsa. Komander Penjara mengelabah dengan kehadiran saya dan terus memaklumkan pihak atasan.

Saya dan Saudara Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi Perhubungan Negeri kemudiannya menuju ke Indera Mahkota untuk mendengar taklimat persiapan pilihan raya di Bilik Gerakan Parlimen Indera Mahkota. Saudara Azan Ismail dan Ketua Bahagian memberikan penerangan yang amat meyakinkan. Puan Nancy turut sama memberikan maklum balas.

Saya terpaksa meredah hujan lebat untuk menghadiri ceramah umum di Kampong Tanjong Lumpur. Cuaca yang basah tidak melunturkan semangat rakyat untuk hadir mendengar penjelasan isu isu semasa. Saya pulang dan tiba di Kuala Lumpur jam 3.00 pagi.
Sekarang (Ahad, Dis 16 jam 6.00 petang)aya dalam kenderaan untuk menghadiri 2 ceramah di Sungai Bakap, Nibong Tebal dan Juru, Pulau Pinang.
Mesej untuk rakyat : Ubah Sebelum Parah. Ubah demi Maruah.

Azmin Ali.

Friday, December 28, 2007 12:31:07 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, December 12, 2007



PRESS RELEASE
From the Office of Anwar Ibrahim

-- UNTUK EDARAN SEGERA  --

12 Disember 2007

Kenyataan Bersama Meminta Temujanji Segera dengan Perdana Menteri

Kami amat prihatin dengan krisis-krisis terbaru yang membelenggu negara kita.

Kami memandang serius ketegangan kaum dan agama yang melanda masyarakat kita. Komitmen utama kami ialah perpaduan nasional, muafakat masyarakat majmuk dan juga keselamatan dan kebajikan semua rakyat Malaysia. Kami percaya satu-satunya cara me
melihara nilai-nilai tersebut ialah untuk menolak pendekatan yang memecahbelahkan masyarakat dan mempertahankan jaminan Perlembagaan. Justeru kami sekali lagi ingin mengulangi komitmen kami untuk mengambil pendekatan yang benar-benar bersatu dan pelbagai kaum dan agama di dalam perjuangan kami memperjuangkan keadilan untuk semua.

Kami juga kesal dengan tindakan kasar pihak berkuasa di dalam siri penahanan yang berlangsung pada 25 November 2007 dan 9 hingga 11 Disember 2007. Penangkapan pimpinan badan bukan kerajaan dan parti-parti politik merupakan satu pelanggaran jelas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Peristiwa tangkapan dan tekanan ini jelas bertentangan dengan jaminan kerajaan bahawa Malaysia merupakan sebuah demokrasi yang kukuh, dan akan mencemar nama negara di mata dunia.

Kami juga terus komited di dalam memperjuangkan agenda pilihan raya yang bebas dan adil di samping reformasi Pilihan Raya yang benar-benar bermakna. Pemindaan Perlembagaan yang membenarkan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk terus berkhidmat setahun lagi ialah petanda jelas bahawa kerajaan benar-benar ingin meneruskan sistem pilihan raya yang penuh dengan kelemahan dan penipuan. Sekali lagi kami mendesak kerajaan untuk memberi akses yang saksama terhadap media
untuk semua parti politik dan menerima bukti-bukti yang kami kumpul secara serius untuk membanteras penyelewangan pilihan raya yang menular selama ini.

Jika tiada langkah yang segera diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, kita tidak akan memperoleh keadilan, keamanan dan kebebasan. Justeru, kami bersedia untuk membawanya ke peringkat kerajaan yang paling tinggi memandangkan adalah penting masalah-masalah ini dapat diselesaikan segera.

Dengan itu, kami ingin mendapatkan temujanji segera dengan Perdana Menteri untuk membincangkan masalah-masalah negara yang mustahak ini dan mendesak beliau berpegang pada janjinya untuk mendengar masalah semua rakyat Malaysia. Di dalam pertemuan ini kami berhasrat meneruskan agenda perpaduan dan muafakat nasional di kalangan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama dan meneruskan gesaan kami untuk pilihan raya yang bersih dan adil, di samping berusaha menyelesaikan masalah negara yang kita hadapi.



Joint Statement to Seek Immediate Appoin
tment with Prime Minister

We view with great seriousness the recent crises that trouble our nation.

We are especially troubled by the racial and religious antagonism that now pervades Malaysian society. Our foremost commitment is to national unity, multiracial solidarity as well as to the safety and welfare of all Malaysians. We believe that the only way to safeguard these values is to reject socially divisive approaches and uphold Constitutional guarantees. We thus affirm our pledge to remain united in our multiracial and multi-religious approach to uphold justice for all.

We deplore the heavy handed actions of the authorities in the series of arrests that took place between the 9th and 11th of December. This brutal crackdown against leaders of civil society organisations and political parties is a clear contravention of the fundamental liberties and human rights guaranteed in our Constitution. The inconsistency of these arrests and intimidations with the government's assurances that Malaysia continues to be a strong democracy will
undoubtedly tarnish our country's reputation in the international community.

We also remain firmly committed to pursuing the ag
enda of free and fair elections as well as meaningful electoral reform. The amendment of the Constitution to allow the chairman of the Electoral Commission to serve for another year is a clear reminder that the government is fully intent on perpetuating an electoral system that is rife with irregularities and corruption. We reiterate our calls to the government to provide full access to the media for all political parties and to take seriously the mass of incriminating evidence that we have adduced time and time again and take all necessary measures to abolish well documented electoral malpractices.

Justice, harmony and freedom in Malaysia will be forever absent unless immediate steps are taken to remedy these vital issues. The importance of addressing them vigorously is such that we will seek to bring the matter to the highest level of government.

We are thus seeking an immediate appointment with the Prime Minister to discuss these pressing matters of state and urge him to honour his promise of being willing to listen to the concerns of
all Malaysians. At this meeting we intend to pursue the agenda of national unity and reconciliation among all Malaysians regardless of race and religion, press on with our demands for free and fair elections, and work towards resolving the serious national problems we face.

Endorcees for Solidarity Press Conference 12-12-2007   
(In Alphabetical Order)   

Political Parties:   
1    Democratic Action Party (DAP)
2    Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
3    Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)
4    Parti Sosialis Malaysia (PSM)

NGOs :   


1    Center for Indepence Journalism (CIJ)
2    Centre for Policy Initiatives
3    Citizen Think Tank
4    Civil Rights Committee, KLSCAH
5    Concern Citizen Group
6    Gabungan Mansuhkan ISA (GMI)
7    Group of Concerned Citizens
8    Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9    Komas
10    Labour Resource Centre (LRC)
11    MADPET
12    National Alliance of Bloggers (All-Blogs)
13    National Human Rights Society (HAKAM)
14    National Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
15    Police Watch and Human Rights Committee
16    REFSA
17    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
18    Writers Alliance for Media Independ
ence
19    Youth For Change (Y4C)




Office of Anwar Ibrahim
info@anwaribrahim.com


Wednesday, December 12, 2007 7:02:21 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Friday, December 07, 2007

Saya menerima banyak pesanan ringkas SMS dan email yang mendakwa orang Melayu kecewa dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan keADILan kerana dikatakan terlibat dan mendukung tuntutan HINDRAF. Fitnah semakin ribut. Asakan editor dan pak menteri yang memiliki sifat-sifat kebinatangan dalam menjalankan tugas memenuhi nafsu serakah Sang Pemerintah semakin buas dan ganas. Maka timbullah kegelisahan di kalangan pimpinan dan aktivis.

Saya ingin bertanya, mengapa gelisah ? Mengapa semangat kita begitu rapuh dan mudah dipatahkan dengan propaganda dan kepalsuan berita-berita dalam media milik UMNO dan BN ??? Atau apakah kita hari ini sudah mula yakin dan percaya dengan Utusan Malaysia dan TV 3 ? Janganlah kita jual maruah kita semurah itu !

Siapa pengkhianat orang Melayu sebenarnya ? Siapakah yang membunuh Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dengan mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris; kalau bukan UMNO ? Siapakah yang merompak khazanah negara dengan memunggah saham bumiputera dan APs serta kontrak untuk kaum kerabat dan kroni mereka; kalau bukan pemimpin-pemimpin elit UMNO ? Siapakah yang mendapat permit-permit teksi; kalau bukan pemimpin-pemimpin atasan UMNO ? Siapakah yang merobohkan setinggan-setinggan dan perkampungan Melayu seperti di Kampong Berembang; kalau bukan Ketua-Ketua UMNO di Negeri Selangor ? Siapakah yang mengaibkan pegawai-pegawai kerajaan Melayu di khalayak ramai dengan memberikan penyapu; kalau bukan Menteri Besar Selangor yang juga pemimpin UMNO ? Siapakah yang mendapat komisen ratusan juta ringgit hasil pembelian senjata khususnya kapal selam dan Sukhoi; kalau bukan pemimpin bangsawan UMNO ? Siapakah yang terlibat dengan pembunuhan wanita Mongolia; kalau bukan UMNO ?

Justeru itu, saya mengajak teman-teman untuk membaca dan menghayati ketegasan DSAI mengenai HINDRAF yang dimuatkan dalam blognya, Suara Keadilan dan Malaysiakini. Anwar dan keADILan sokong hak orang-orang India untuk berhimpun dan menyuarakan bantahan mereka secara aman. Kita mendokong 'their legitimate rights'. Tetapi, pada masa yang sama, Anwar dengan tegas dan jelas mengatakan bahawa sanggahan HINDRAF terhadap Agama Islam dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan mesti ditolak.

Dato' Seri Anwar dalam kenyataan rasminya bertarikh 22 November 2007 iaitu beberapa hari sebelum Perhimpunan HINDRAF pada 25 November, menegaskan, "... saya menyeru kepada HINDRAF agar mereka mengambil pendekatan yang lebih sederhana dan bertanggungjawab di dalam menyuarakan ketidakpuashatian mereka, khususnya di dalam soal Perlembagaan, khususnya Perkara 153. HINDRAF sepatutnya menumpukan perhatian mereka kepada kerajaan BN yang bertanggungjawab di atas salahguna kuasa yang telah menindas kaum India yang miskin, dan juga pada masa yang sama gagal menyelesaikan masalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, warna kulit ataupun agama."

Masalah peminggiran kaum India di Malaysia tidak ada kaitan dengan Agama Islam dan orang Melayu. Tetapi, masalah peminggiran golongan tertindas ini yang juga merangkumi orang Melayu, India, Cina, Iban dan Kadazan adalah hasil daripada "dasar ketidakpedulian rakyat" yang menjadi amalan pemimpin-pemimpin elit UMNO dan BN. Masalah kemiskinan dan tercicir dalam pembangunan sosio ekonomi dan pendidikan di kalangan golongan tertindas harus ditanggani segera. Penyelesaiannya bukan dengan ugutan Zam atau Nazri Aziz. Penyelesaiannya bukan dengan menghunus keris tumpul Hishammuddin.

Penyelesaiannya ialah "Ubah Sebelum Parah. Ubah Demi Maruah."

Azmin Ali.

 

Friday, December 07, 2007 12:40:15 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Sunday, December 02, 2007



Gaddafi selamat diijab kabulkan tepat jam 9.20 pagi ini dengan pasangannya Ainul Adilah dengan sekali lafaz. Majlis ini berlangsung di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Majlis akad nikah ini disempurnakan oleh Ustaz Hamzah. Saya dan Dr. Mansor Othman turut meraikan Gaddafi pagi ini. Semoga pasangan ini kekal bahagia dan menjadi pasangan "baiti jannati".

Rombongan pengantin lelaki diiringi dengan 7 dulang hantaran termasuk wang tunai RM10,000 dan Mas Kahwin sebanyak RM500. Pengantin perempuan pula membalasnya dengan sirih junjung dan 9 dulang hantaran termasuk persalinan, wangi wangian dan manisan.
Sunday, December 02, 2007 4:23:30 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, November 28, 2007
Pada Disember 1923, Pendeta Za'ba mengingatkan umat Melayu supaya bangun dari tidur dan bekerja kuat untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Antara lain, Za'ba berkata, "I only want the soul that slumbers, To wake and work in these bright days." Profesor DiRaja Ungku A. Aziz merongkai pemikiran Pendeta Za'ba dalam bukunya bertajuk "Jejak-jejak di Pantai Zaman".



Amat malang sekali, Malaysia hari ini dipimpin oleh pemimpin Melayu UMNO yang tidur sepanjang hari. Watak yang "non exuberance" ini menuntut kita bangun dan menyambut cabaran Za'ba. Jawapannya ialah Ubah sebelum Parah. Ubah demi Maruah. Azmin Ali. Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, November 28, 2007 3:21:50 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)