Tuesday, July 15, 2008

Sila clik link video di sebelah untuk mengikuti ucapan mengenai isu politik semasa di Parlimen Batu atas jemputan Y.B Tian Chua.

Tuesday, July 15, 2008 10:43:13 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, July 02, 2008
Pada 1 Julai 2008, bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, saya bersama puluhan ribu rakyat berhimpun bagi mendengar dan memberi sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap tomahan dan fitnah keatasnya. Turut hadir saudara Dr. Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Shamsul Iskandar dan beberapa pemimpin tertinggi pakatan rakyat bagi mendengarkan amanat dan ucapan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim berkaitan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Ingin sya tegaskan disini bahawa, segala fitnah dan tomahan yang dilemparkan terhadap saudara Anwar Ibrahim adalah merupakan satu konspirasi politik yang jahat memandangkan pakatan rakyat semakin hampir dengan pentadbiran di Putrajaya. Selain itu, ini bagi mengalihkan pandangan umum terhadap isu berkaitan 'lompat parti' dikalangan 4 ahli parlimen Barisan Nasional termasuk 2 dari UMNO yang sepatutnya diumumkan pada hari ini.

Segala fitnah ini merupakan taktik lama BN yang digunakan pada 10 tahun lepas bagi menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim. Secara peribadi ingin saya katakan bahawa kerana prinsip keadilan dan idealisma dasar kepedulian rakyat, saya bangun menentang kezaliman dan memperjuangkan aenda memperkasakan rakyat dan saya yakin seperti mana saya lihat pada malam ini, rakyat akan bersama bangun menentang sebarang penindasan dan penipuan terhadap rakyat.

Sekai lagi ingin saya tegaskan disini bahawa, para saf kepimpinan pakatan rakyat terdiri daripada Parti Keadilan, PAS dan DAP menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau tidak berkeseorangan kerana jutaan rakyat dibelakang beliau dan sentiasa mendampingi perjuangan beliau dalam memperkasakan rakyat.

Disertakan disini beberapa ulasan yang sempat dipetik daripada ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim dimana beliau mempunyai bukti yang cukup untuk dibawa ke mahkamah terhadap isu liwat ini dan telah menfailkan saman malu ke atas saudara Saiful Bukhari. Selain itu, Anwar juga telah membuat laporan yang telah dihantar ke ibu pejabat polis terhadap kes penyelewengan terhadap Tan Sri Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan pihak polis berjanji akan mengikut prosedur dan membuat siasatan selanjutnya.

Saudara Anwar juga terpaksa menangguhkan dahulu pengunguman untuk bertanding bagi pilihanraya kecil dan akan membuat pengunguman pada masa yang akan ditetapkan. Rakyat diminta bersabar dan insyaAllah kita akan bersama-sama melihat beliau kembali ke parlmen dan berharap rakyat mendoakan kesejahteraan negara Malaysia dan idea untuk menjadikan Malaysia contoh sebuah negara islam kepada dunia berjaya.

Sekian,


Wednesday, July 02, 2008 1:15:10 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Tuesday, July 01, 2008
Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menerima semua pekerja sukarela termasuk orang yang menuduh beliau melakukan liwat keatasnya dengan hati yang terbuka.

 Ketika kesibukan kempen pilihanraya ke-12, Saful Bukhari muncul di pejabat Anwar dan menawarkan khidmat dalam apa juga kapasiti ketika kesibukan pilihanraya yang lepas dan Anwar sendiri menerimanya dengan hati terbuka. Berdasarkan gambar Saiful bersama beberapa menteri
dan seorang orang kanan kepada Timbalan Perdana Menteri menjadi bukti bahawa konspirasi ini dirancang oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan karier politik Anwar dan juga imej Pakatan Rakyat khasnya Parti Keadilan Rakyat.

Parti ini akan mula berhati-hati dalam membenarkan para sukarelawan berkerja untuk Parti Keadilan Rakyat.

Dalam kes fitnah ini adalah merupakan mainan politik sesetengah pihak yang bertujuan bukan sahaja menjatuhkan imej pemimpin tertinggi parti ini malah menjatuhkan parti ini secara tidak langsung. Pertuduhan ini tidak langsung melemahkan semangat kami dan kami akan terus komited dalam memperjuangkan prinsip keadilan.

Kami juga telah membincangkan isu ini bersama PAS dan DAP dan mereka teguh bersama kami, Parti Keadilan Rakyat.


Tuesday, July 01, 2008 12:19:42 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, June 30, 2008

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini berada di Kedutaan Turki disini bagi langkah menjaga keselamatan beliau yang menerima ancaman sehingga boleh menggugat nyawa beliau. Dato’ Sei Anwar  berada di kedutaan itu sejak pagi semalam sehingga satu tempoh yang belum di ketahui.

 

Mesyuarat tergempar Parti Keadilan semalam telah memutuskan beliau ditempatkan di sebuah tempat yang selamat demi menjaga keselamatan beliau. Keputusan menempatkan Dato’ Seri Anwar di Kedutaan Turki adalah dibuat selepas kedutaan tersebut menawarkan tempat berlindung untuk Anwar.

 

Isu liwat ini diihat sebagai satu ‘konspirasi’ jahat untuk menjatuhkan seseorang pemimpin poitik seperti Anwar dan dakwaan terbaru itu hanyala rekaan semata-mata yang menyekat kebangkitan karier politik Anwar selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihanraya pada 8 Mac yang lalu.

 

 

Monday, June 30, 2008 3:51:17 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, June 18, 2008

Pada 21hb Jun ini saya bersama-sama Y.B.Khasim, Y.B.Iskandar Samad dan Y.B. Janice Lee akan mengadakan ceramah mengenai isu pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Muhibah, Taman Nirwana. Semua rakyat di jemput hadir untuk mendengar ulasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa.

 

Azmin Ali

Wednesday, June 18, 2008 11:39:18 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, June 09, 2008

Pada 8hb Jun, puluhan ribu penduduk sekitar Gombak, berhimpun di padang bola sepak AU 2 Taman Keramat bagi mendengarkan amanat dan penjelasan mengenai isu-isu semasa daripada wakil-wakil rakyat mereka. Turut serta Y.B. Shaari Sungib ahli DUN Hulu Klang, Y.B. Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Kami dapat memperjelaskan serta mengupas isu-isu semasa seperti kenaikan harga bahan api, isu air percuma dan juga isu penjualan pasir.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga komited terhadap penurunan harga minyak serta akan cuba membawa usul ini ke Parlimen. Dato' Seri Anwar Ibrahim juga telah meyakinkan lagi rakyat bahawa ramai ahli Barisan Nasional yang ingin menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan pusat dan mungkin mengambil tarikh 16 September sempena pembentukan negara Malaysia.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat semua yang sudi hadir dan segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang rusuhan yang berlaku. Terima kasih juga kepada pihak PDRM yang memberi permit untuk kita berhimpun.

Azmin Ali

Monday, June 09, 2008 9:09:21 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Saturday, June 07, 2008

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menganjurkan himpunan aman 'Menuju Harapan Baru' pada 8 Jun ini di Taman Keramat. Perhimpunan yang dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam itu antara lain bertujuan memberi penerangan tentang isu kenaikan harga petrol dan diesel serta perkembangan baru kerajaan Pakatan Rakyat.

Perhimpunan yang akan diadakan di padang bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat dan diserikan dengan kehadiran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Turut serta adalah naib presiden Parti Keadilan Rakyat iatu, Y.B. Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Y.B. Tan Sri Khalid Ibrahim, dan ahli DUN Hulu Klang Y.B. Shaari Sungib.

Permit untuk perhimpunan ini telah disahkan oleh pihak polis.

Datang beramai-ramai.

 

Saturday, June 07, 2008 4:06:12 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Thursday, May 29, 2008

Kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno telah pun dihidu oleh Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali selepas Ezam meninggalkan KeADILan tahun lalu.

Azmin ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini tidak terperanjat dengan laporan mengenai kemasukan Ezam ke dalam Umno, sebaliknya berkata ia terserah kepada bekas Ketua AMK itu untuk berbuat demikian kerana Ezam bukan ahli KeADILan lagi.

Bagaimanapun secara sinis beliau menyatakan bahawa "bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri sebagai orang yang pernah menjadi Presiden Umno telah bertindak keluar dari Umno, kerana telah melihat bahawa Umno sudah rosak, peliknya ada orang pula yang masuk ke dalam Umno".

"KIta jangan melihat perjuangan itu mesti diukur dengan seseorang itu perlu masuk penjara dahulu untuk menyatakan beliau seorang pejuang, sebaliknya perjuangan itu dilihat bagaimana kita konsisten dengan apa yang kita katakan tidak kira sewaktu parti berada di atas mahupun di bawah," ujarnya sinis.

Beliau juga mengingatkan kepada ahli KeADILan bahawa sesiapa sahaja yang bertindak keluar parti dan menertai semula Umno, mereka adalah seorang pengkhianat kepada perjuangan.

Namun dalam kes Ezam beliau tidak mahu mengulas lanjut dan beliau hanya menyatakan bahawa terpulang kepada Ezam kerana bekas Ketua AMK itu bukan ahli KeADILan.

"Saya sebenarnya orang yang meraikan perbezaan pendapat kerana ia dibenarkan dalam ISlam asalkan ia dalam kerangka besar perjuangan kita, saya tidak bermusuh dengannya," katanya sinis.

"Dalam perkembangan terbaru ini saya orang yang paling gembira kerana isu ini bukannya baru iaitu bila laporan dilaporkan (Ezam mahu kembali kepada Umno) saya tak terkejut kerana bukan sahaja saya dah hidu gerak gerinya tetapi ada bukti yang cukup bahawa matlamat akhirnya beliau kembali kepada Umno," tegas Azmin.

Beliau sedikit pun tidak kesal kerana baginya beliau tidak mahu mengkhianati amanah yang diletak rakyat bukan sahaja Melayu tetapi semua kaum kepada KeADILan.

"Tun Mahathir membayar satu harga yang mahal untuk keluar Umno, beliau sebagai seorang bekas Presiden Umno selama 22 tahun dan beliau juga sebagai bekas Perdana Menteri, ini fakta.

"Tetapi keputusan Ezam masuk Umno ialah keputusan peribadinya, saya tidak mahu campur lansung, saya fikirkan hanya perkara yang lebih besar, perjuangan rakyat adalah lebih penting," ujar Azmin.

Ditanya mengenai kelantangan suara Ezam sewaktu menjawat Ketua AMK dengan mengkritik Umno dan hingga terpenjara kerana kelantangan itu Azmin hanya berkata "Jangan ukur semangat perjuangan seseorang itu berapa lama dalam penjara, tetapi ukuran pejuang itu ialah dia kena konsisten semasa parti berada dalam keadaan hebat hinggalah ke bawah dan kini KeADILan kembali hebat," ujarnya.

"Jangan sokong ketika parti berada di atas, tinggalkan ketika di bawah, ini saya ingatkan kepada saya dan ahli parti.Hari ini kita sungguh-siungguh kutuk Umno, tetapi esok kita sokong semula macam mana rakyat nak hormati kita," ujarnya sinis

Ehsan-Harakah Daily

Thursday, May 29, 2008 9:29:56 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Tuesday, May 27, 2008

Pada 25hb.Mei 2008, saya bersama-sama Ahli Jawatankuasa Keadilan Bahagian Ampang telah membuka kaunter aduan dan keahlian di pusat membeli-belah Spectrum, Ampang. Walaupun tempoh pembukaan agak singkat, saya cukup teruja melihat sambutan dari penduduk setempat dan masyarakat Tionghua begitu menggalakkan. Namun demikian apa yang penting aduan dari mereka dapat saya dengar secara langsung dan mengambil tindakan terhadap aduan tersebut.

Jam 4.00 petang saya bergerak ke Pangsapuri Taman Sri Dagang bagi merasmikan jawatankuasa daerah mengundi (JDM Sri Dagang). Sambutan amat memberangsangkan daripada penduduk setempat dan saya juga mengambil kesempatan dalam memberi penerangan tentang isu-isu terbaru seperti isu pemberian air percuma dan isu pemberian wang ehsan kepada anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke IPT. Selain itu saya juga menyarankan rakyat semua dapat memberi kerjasama dan memberi bantuan tanpa mengira idoelogi politik, agama dan bangsa.

Saya berharap rakyat semua dapat faham perjuangan yang diperjuangkan Keadilan dan juga Pakatan Rakyat dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat untuk semua.

Tuesday, May 27, 2008 3:32:28 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)