Thursday, August 07, 2008

Sebagaimana yang kita ketahui hari ini SPR  telah mengumumkan tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada 16hb Ogos dan 26hb Ogos adalah hari mengundi. Saya ingin meneyeru kepada semua penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat supaya turun ke Permatang Pauh bagi mengembeling tenaga bagi memastikan kemenangan DSAI. Saya mengangap tuduhanterhadap DSAI sebagai gimik politik UMNO dan BN untuk menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri. Kita harus menguatkan semangat dan merapatkan saf melawan UMNO dan BN. Sekian

 

Azmin Ali.

Thursday, August 07, 2008 12:37:42 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, July 28, 2008

Pada 27 Julai 2008 Saya telah menghadiri Majlis Bantuan Makanan di Kg.Batu8 Ulu Klang. Ini adalah salah satu program saya bersama penduduk Kg. Batu8 Ulu Klang. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 4 sehingga 5.30 ptg. Majlis ini telah memberi peluang kepada penduduk untuk mengetahui status mereka yang mana mereka sepatutnya telah mendapat rumah secara percuma daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dahulu, namun di atas sebab penyelewengan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dahulu, yang telah memberi rumah percuma kepada orang yang tidak sepatutnya mendapat bantuan tersebut.

Kami dari Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji akan memberi sumbangan dan membela penduduk yang sepatutnya mendapat bantuan tersebut, yang mana Kami akan memberi sumbangan rumah yang bernilai RM35 000.00 secara percuma dan sedikit wang saguhati kepada penduduk yang sepatutnya mendapat bantuan tersebut.

Sekian.

Monday, July 28, 2008 5:49:57 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Saturday, July 26, 2008

Pada 20hb Julai 2008 saya telah menghadiri Program Bantuan Makanan Bahan Mentah seperti beras, gandum, gula dan sebagainya.

Saya mengambil pendekatan yang lebih efisen untuk membantu meringankan beban rakyat terhadap kenaikan harga minyak dan bahan-bahan mentah yang lain. Program ini sekaligus telah mendapat reaksi positif dan sambutan yang begitu baik daripada penduduk setempat samada Kaum Melayu, India mahupun Cina. Terpampang sepanduk-sepanduk yang menggambarkan mereka begitu berterima kasih dan sangat menghargai bantuan daripada Pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Saya mengucapkan Syukur kerana program ini berjalan begitu lancar dan mendapat maklum balas secara terus dari penduduk setempat.

Antara tempat-tempat yang terlibat ialah FLAT DATO AHMAD RAZALI, KG AMPANG MELAYU, PEKAN AMPANG, dan KG BEREMBANG.

 

Saturday, July 26, 2008 1:58:23 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, July 16, 2008
Saya ingin mengulas sedikit mengenai perdebatan semalam, betapa malang rakyat Malaysia mempunyai pemimpin dangkal seperti Menteri Penerangan yang jelas gagal mengemukakan hujah dan jawapan yang berasaskan fakta. Walaupun kita sedia maklum bahawa beliau bukan lawan DSAI, namun sepatutnya wadah debat ini di pergunakan oleh beliau sebagai medan mengemukakan hujah berasaskan fakta dan bukan retorik sejarah, hentam isu peribadi DSAI yang tidak kena mengena dengan tajuk debat. Sabery Cheek tidak langsung nama rakyat dan rasa prihatin kepada rakyat terbanyak. Sedih betul melihat pemimpim muda melayu yang begitu lemah menjadi Menteri Penerangan malaysia. Memang sewajarnya beliau wajib meletak jawatan dengan seberapa segera.

Ulasan-ulasan mengenai debat tersebut:

a) Soalan DSAI yang ditujukan kepada menteri Penerangan langsung tidak dijawab olehnya, sebaliknya beliau lebih menumpukan pada serangan peribadi terhadap DSAI.

b) Soalan yang dikemukakan oleh Dr Nordin Kardin bukan berbentuk soalan, soalan beliau lebih kepada hendak menjadi moderator dan menghentam DSAI dan tidak langsung bertanya soalan.

c) Soalan saudara Zulkifli Sulong kepada Menteri Penerangan langsung tidak dijawab (SOALAN  ZULKIFLI BERIKUT ; mana menghilangnya wang kerajaan yang kononya hasil dari penjimatan adalah untuk pengangkutan awam) persoalan wang dijimatkan kononya untuk memperbaiki sistem pengangkutan ynag sampai kini tidak habis dibelanjakan. Sabery chik tidak menjawab soalan itu  sebaliknya beliau merapu entah kemana.

d) DSAI telah menyatakan dengan jelas formula untuk mengurangkan harga minyak malah amat terbuka sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas menerima cadangan beliau dan pakatan rakyat. Kurangkan level IPP simpanan 3bilion dan ambil 2 bilion dari dividen khas Petronas. DSAI langsung tidak mengatakan bahawa beliau mahu menggunakan wang petronas yang lain.

Kesimpulan mudah dari debat tersebut, rakyat harus mengenakan tekanan kepada YB-YB Barisan Nasional samada mereka mengambil idea atau formula yang dibentangkan oleh DSAI untuk mengurang harga minyak atau berdiam diri dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di tempat beliau menang semasa pilihanraya yang lepas.

Tahniah kepada DSAI atas hujah dan etika debat yang cukup sopan dan menjiwai penderitaan terbanyak. Dengan jumlah penonton yang mencecah 10 juta yang mengikuti debat malam tadi diharap rakyat dan YB-YB dari BN patut mencontohi kepimpinan dan teladan beliau terutama sekali UMNO. Adalah Diharap dengan ini YB-YB dalam umno, ayuhlah masuk Ke Pakatan Rakyat agar perjuangan pembelaan rakyat dapat di bela dan masa depan negara lebih terjamin. sekian.

Wednesday, July 16, 2008 1:14:14 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Tuesday, July 15, 2008

Sila clik link video di sebelah untuk mengikuti ucapan mengenai isu politik semasa di Parlimen Batu atas jemputan Y.B Tian Chua.

Tuesday, July 15, 2008 10:43:13 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, July 02, 2008
Pada 1 Julai 2008, bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, saya bersama puluhan ribu rakyat berhimpun bagi mendengar dan memberi sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap tomahan dan fitnah keatasnya. Turut hadir saudara Dr. Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Shamsul Iskandar dan beberapa pemimpin tertinggi pakatan rakyat bagi mendengarkan amanat dan ucapan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim berkaitan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Ingin sya tegaskan disini bahawa, segala fitnah dan tomahan yang dilemparkan terhadap saudara Anwar Ibrahim adalah merupakan satu konspirasi politik yang jahat memandangkan pakatan rakyat semakin hampir dengan pentadbiran di Putrajaya. Selain itu, ini bagi mengalihkan pandangan umum terhadap isu berkaitan 'lompat parti' dikalangan 4 ahli parlimen Barisan Nasional termasuk 2 dari UMNO yang sepatutnya diumumkan pada hari ini.

Segala fitnah ini merupakan taktik lama BN yang digunakan pada 10 tahun lepas bagi menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim. Secara peribadi ingin saya katakan bahawa kerana prinsip keadilan dan idealisma dasar kepedulian rakyat, saya bangun menentang kezaliman dan memperjuangkan aenda memperkasakan rakyat dan saya yakin seperti mana saya lihat pada malam ini, rakyat akan bersama bangun menentang sebarang penindasan dan penipuan terhadap rakyat.

Sekai lagi ingin saya tegaskan disini bahawa, para saf kepimpinan pakatan rakyat terdiri daripada Parti Keadilan, PAS dan DAP menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau tidak berkeseorangan kerana jutaan rakyat dibelakang beliau dan sentiasa mendampingi perjuangan beliau dalam memperkasakan rakyat.

Disertakan disini beberapa ulasan yang sempat dipetik daripada ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim dimana beliau mempunyai bukti yang cukup untuk dibawa ke mahkamah terhadap isu liwat ini dan telah menfailkan saman malu ke atas saudara Saiful Bukhari. Selain itu, Anwar juga telah membuat laporan yang telah dihantar ke ibu pejabat polis terhadap kes penyelewengan terhadap Tan Sri Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan pihak polis berjanji akan mengikut prosedur dan membuat siasatan selanjutnya.

Saudara Anwar juga terpaksa menangguhkan dahulu pengunguman untuk bertanding bagi pilihanraya kecil dan akan membuat pengunguman pada masa yang akan ditetapkan. Rakyat diminta bersabar dan insyaAllah kita akan bersama-sama melihat beliau kembali ke parlmen dan berharap rakyat mendoakan kesejahteraan negara Malaysia dan idea untuk menjadikan Malaysia contoh sebuah negara islam kepada dunia berjaya.

Sekian,


Wednesday, July 02, 2008 1:15:10 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Tuesday, July 01, 2008
Dato' Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menerima semua pekerja sukarela termasuk orang yang menuduh beliau melakukan liwat keatasnya dengan hati yang terbuka.

 Ketika kesibukan kempen pilihanraya ke-12, Saful Bukhari muncul di pejabat Anwar dan menawarkan khidmat dalam apa juga kapasiti ketika kesibukan pilihanraya yang lepas dan Anwar sendiri menerimanya dengan hati terbuka. Berdasarkan gambar Saiful bersama beberapa menteri
dan seorang orang kanan kepada Timbalan Perdana Menteri menjadi bukti bahawa konspirasi ini dirancang oleh sesetengah pihak bagi menjatuhkan karier politik Anwar dan juga imej Pakatan Rakyat khasnya Parti Keadilan Rakyat.

Parti ini akan mula berhati-hati dalam membenarkan para sukarelawan berkerja untuk Parti Keadilan Rakyat.

Dalam kes fitnah ini adalah merupakan mainan politik sesetengah pihak yang bertujuan bukan sahaja menjatuhkan imej pemimpin tertinggi parti ini malah menjatuhkan parti ini secara tidak langsung. Pertuduhan ini tidak langsung melemahkan semangat kami dan kami akan terus komited dalam memperjuangkan prinsip keadilan.

Kami juga telah membincangkan isu ini bersama PAS dan DAP dan mereka teguh bersama kami, Parti Keadilan Rakyat.


Tuesday, July 01, 2008 12:19:42 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, June 30, 2008

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini berada di Kedutaan Turki disini bagi langkah menjaga keselamatan beliau yang menerima ancaman sehingga boleh menggugat nyawa beliau. Dato’ Sei Anwar  berada di kedutaan itu sejak pagi semalam sehingga satu tempoh yang belum di ketahui.

 

Mesyuarat tergempar Parti Keadilan semalam telah memutuskan beliau ditempatkan di sebuah tempat yang selamat demi menjaga keselamatan beliau. Keputusan menempatkan Dato’ Seri Anwar di Kedutaan Turki adalah dibuat selepas kedutaan tersebut menawarkan tempat berlindung untuk Anwar.

 

Isu liwat ini diihat sebagai satu ‘konspirasi’ jahat untuk menjatuhkan seseorang pemimpin poitik seperti Anwar dan dakwaan terbaru itu hanyala rekaan semata-mata yang menyekat kebangkitan karier politik Anwar selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihanraya pada 8 Mac yang lalu.

 

 

Monday, June 30, 2008 3:51:17 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, June 18, 2008

Pada 21hb Jun ini saya bersama-sama Y.B.Khasim, Y.B.Iskandar Samad dan Y.B. Janice Lee akan mengadakan ceramah mengenai isu pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Muhibah, Taman Nirwana. Semua rakyat di jemput hadir untuk mendengar ulasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa.

 

Azmin Ali

Wednesday, June 18, 2008 11:39:18 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)