Monday, August 18, 2008

Pada 16hb Ogos 2008 bertempat di padang Institut Tengku Bainun, Permatang Pauh berlangsungnya majlis penamaan calon bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh yang diwakili oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat. Upacara yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dihadiri para penyokong daripada Pakatan Rakyat dari seluruh negeri termasuk dari Sabah dan Sarawak telah berhimpun sejak 6.00 pagi lagi.

Anggaran awal lebih dari 50,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari tersebut. Namun, apabila perarakan bermula, anggaran awal saya meleset malahan lebih ratusan ribu rakyat telah berarak menuju ke pusat penamaan calon. Ini dapat kita lihat bahawa perbezaan dari

sokongan Barisan Nasional terhadap calon mereka begitu kecil berbanding dengan Pakatan Rakyat. Ini dapat kita lihat dari gambar-gambar yang saya sertakan dengan kebanjiran penyokong – penyokong dari Pakatan Rakyat yang menbanjiri padang pusat penamaan calon dari tengah padang, jalan raya hingga ke tepi longkang tidak kira panas mahu pun hujan lebat.

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemenangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan seterusnya membawa agenda Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berugas secara professional dan memberi kerjasama yang baik terhadap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Saya ingin menyeru seluruh penyokong Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia termasuk Sbaha dan Sarawak supaya dapat menghadirkan diri membantu jentera parti Pakatan Rakyat di Permatang Pauh dari apa segi termasuk logistic, tenaga dan apa saja bagi memastikan kemengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-6.

Azmin Ali.

 

 

               

 

 

 

Monday, August 18, 2008 2:16:57 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Sunday, August 10, 2008

Saya ingin mengajak seluruh penduduk kawasan Gombak dan kawasan sekitarnya hadir pada 30hb Ogos 2008 bertempat di Pejabat Parlimen Gombak, Taman Melawati. Majlis akan bermula pada jam 7.00 malam dimulakan dengan  solat maghrib berjemaah dan seterusnya ucapan dan penerangan tentang isu-isu semasa. Program ini juga bersempena dengan sambutan ambang merdeka.

Semua Dijemput Hadir.

Sunday, August 10, 2008 10:17:30 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Thursday, August 07, 2008

Sebagaimana yang kita ketahui hari ini SPR  telah mengumumkan tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada 16hb Ogos dan 26hb Ogos adalah hari mengundi. Saya ingin meneyeru kepada semua penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat supaya turun ke Permatang Pauh bagi mengembeling tenaga bagi memastikan kemenangan DSAI. Saya mengangap tuduhanterhadap DSAI sebagai gimik politik UMNO dan BN untuk menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri. Kita harus menguatkan semangat dan merapatkan saf melawan UMNO dan BN. Sekian

 

Azmin Ali.

Thursday, August 07, 2008 12:37:42 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, July 28, 2008

Pada 27 Julai 2008 Saya telah menghadiri Majlis Bantuan Makanan di Kg.Batu8 Ulu Klang. Ini adalah salah satu program saya bersama penduduk Kg. Batu8 Ulu Klang. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 4 sehingga 5.30 ptg. Majlis ini telah memberi peluang kepada penduduk untuk mengetahui status mereka yang mana mereka sepatutnya telah mendapat rumah secara percuma daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dahulu, namun di atas sebab penyelewengan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dahulu, yang telah memberi rumah percuma kepada orang yang tidak sepatutnya mendapat bantuan tersebut.

Kami dari Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji akan memberi sumbangan dan membela penduduk yang sepatutnya mendapat bantuan tersebut, yang mana Kami akan memberi sumbangan rumah yang bernilai RM35 000.00 secara percuma dan sedikit wang saguhati kepada penduduk yang sepatutnya mendapat bantuan tersebut.

Sekian.

Monday, July 28, 2008 5:49:57 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Saturday, July 26, 2008

Pada 20hb Julai 2008 saya telah menghadiri Program Bantuan Makanan Bahan Mentah seperti beras, gandum, gula dan sebagainya.

Saya mengambil pendekatan yang lebih efisen untuk membantu meringankan beban rakyat terhadap kenaikan harga minyak dan bahan-bahan mentah yang lain. Program ini sekaligus telah mendapat reaksi positif dan sambutan yang begitu baik daripada penduduk setempat samada Kaum Melayu, India mahupun Cina. Terpampang sepanduk-sepanduk yang menggambarkan mereka begitu berterima kasih dan sangat menghargai bantuan daripada Pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Saya mengucapkan Syukur kerana program ini berjalan begitu lancar dan mendapat maklum balas secara terus dari penduduk setempat.

Antara tempat-tempat yang terlibat ialah FLAT DATO AHMAD RAZALI, KG AMPANG MELAYU, PEKAN AMPANG, dan KG BEREMBANG.

 

Saturday, July 26, 2008 1:58:23 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, July 16, 2008
Saya ingin mengulas sedikit mengenai perdebatan semalam, betapa malang rakyat Malaysia mempunyai pemimpin dangkal seperti Menteri Penerangan yang jelas gagal mengemukakan hujah dan jawapan yang berasaskan fakta. Walaupun kita sedia maklum bahawa beliau bukan lawan DSAI, namun sepatutnya wadah debat ini di pergunakan oleh beliau sebagai medan mengemukakan hujah berasaskan fakta dan bukan retorik sejarah, hentam isu peribadi DSAI yang tidak kena mengena dengan tajuk debat. Sabery Cheek tidak langsung nama rakyat dan rasa prihatin kepada rakyat terbanyak. Sedih betul melihat pemimpim muda melayu yang begitu lemah menjadi Menteri Penerangan malaysia. Memang sewajarnya beliau wajib meletak jawatan dengan seberapa segera.

Ulasan-ulasan mengenai debat tersebut:

a) Soalan DSAI yang ditujukan kepada menteri Penerangan langsung tidak dijawab olehnya, sebaliknya beliau lebih menumpukan pada serangan peribadi terhadap DSAI.

b) Soalan yang dikemukakan oleh Dr Nordin Kardin bukan berbentuk soalan, soalan beliau lebih kepada hendak menjadi moderator dan menghentam DSAI dan tidak langsung bertanya soalan.

c) Soalan saudara Zulkifli Sulong kepada Menteri Penerangan langsung tidak dijawab (SOALAN  ZULKIFLI BERIKUT ; mana menghilangnya wang kerajaan yang kononya hasil dari penjimatan adalah untuk pengangkutan awam) persoalan wang dijimatkan kononya untuk memperbaiki sistem pengangkutan ynag sampai kini tidak habis dibelanjakan. Sabery chik tidak menjawab soalan itu  sebaliknya beliau merapu entah kemana.

d) DSAI telah menyatakan dengan jelas formula untuk mengurangkan harga minyak malah amat terbuka sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas menerima cadangan beliau dan pakatan rakyat. Kurangkan level IPP simpanan 3bilion dan ambil 2 bilion dari dividen khas Petronas. DSAI langsung tidak mengatakan bahawa beliau mahu menggunakan wang petronas yang lain.

Kesimpulan mudah dari debat tersebut, rakyat harus mengenakan tekanan kepada YB-YB Barisan Nasional samada mereka mengambil idea atau formula yang dibentangkan oleh DSAI untuk mengurang harga minyak atau berdiam diri dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di tempat beliau menang semasa pilihanraya yang lepas.

Tahniah kepada DSAI atas hujah dan etika debat yang cukup sopan dan menjiwai penderitaan terbanyak. Dengan jumlah penonton yang mencecah 10 juta yang mengikuti debat malam tadi diharap rakyat dan YB-YB dari BN patut mencontohi kepimpinan dan teladan beliau terutama sekali UMNO. Adalah Diharap dengan ini YB-YB dalam umno, ayuhlah masuk Ke Pakatan Rakyat agar perjuangan pembelaan rakyat dapat di bela dan masa depan negara lebih terjamin. sekian.

Wednesday, July 16, 2008 1:14:14 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Tuesday, July 15, 2008

Sila clik link video di sebelah untuk mengikuti ucapan mengenai isu politik semasa di Parlimen Batu atas jemputan Y.B Tian Chua.

Tuesday, July 15, 2008 10:43:13 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, July 02, 2008
Pada 1 Julai 2008, bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, saya bersama puluhan ribu rakyat berhimpun bagi mendengar dan memberi sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap tomahan dan fitnah keatasnya. Turut hadir saudara Dr. Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Shamsul Iskandar dan beberapa pemimpin tertinggi pakatan rakyat bagi mendengarkan amanat dan ucapan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim berkaitan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Ingin sya tegaskan disini bahawa, segala fitnah dan tomahan yang dilemparkan terhadap saudara Anwar Ibrahim adalah merupakan satu konspirasi politik yang jahat memandangkan pakatan rakyat semakin hampir dengan pentadbiran di Putrajaya. Selain itu, ini bagi mengalihkan pandangan umum terhadap isu berkaitan 'lompat parti' dikalangan 4 ahli parlimen Barisan Nasional termasuk 2 dari UMNO yang sepatutnya diumumkan pada hari ini.

Segala fitnah ini merupakan taktik lama BN yang digunakan pada 10 tahun lepas bagi menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim. Secara peribadi ingin saya katakan bahawa kerana prinsip keadilan dan idealisma dasar kepedulian rakyat, saya bangun menentang kezaliman dan memperjuangkan aenda memperkasakan rakyat dan saya yakin seperti mana saya lihat pada malam ini, rakyat akan bersama bangun menentang sebarang penindasan dan penipuan terhadap rakyat.

Sekai lagi ingin saya tegaskan disini bahawa, para saf kepimpinan pakatan rakyat terdiri daripada Parti Keadilan, PAS dan DAP menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau tidak berkeseorangan kerana jutaan rakyat dibelakang beliau dan sentiasa mendampingi perjuangan beliau dalam memperkasakan rakyat.

Disertakan disini beberapa ulasan yang sempat dipetik daripada ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim dimana beliau mempunyai bukti yang cukup untuk dibawa ke mahkamah terhadap isu liwat ini dan telah menfailkan saman malu ke atas saudara Saiful Bukhari. Selain itu, Anwar juga telah membuat laporan yang telah dihantar ke ibu pejabat polis terhadap kes penyelewengan terhadap Tan Sri Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan pihak polis berjanji akan mengikut prosedur dan membuat siasatan selanjutnya.

Saudara Anwar juga terpaksa menangguhkan dahulu pengunguman untuk bertanding bagi pilihanraya kecil dan akan membuat pengunguman pada masa yang akan ditetapkan. Rakyat diminta bersabar dan insyaAllah kita akan bersama-sama melihat beliau kembali ke parlmen dan berharap rakyat mendoakan kesejahteraan negara Malaysia dan idea untuk menjadikan Malaysia contoh sebuah negara islam kepada dunia berjaya.

Sekian,


Wednesday, July 02, 2008 1:15:10 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)