Saya ingin mengulas sedikit mengenai perdebatan semalam, betapa malang
rakyat Malaysia mempunyai pemimpin dangkal seperti Menteri Penerangan
yang jelas gagal mengemukakan hujah dan jawapan yang berasaskan fakta.
Walaupun kita sedia maklum bahawa beliau bukan lawan DSAI, namun
sepatutnya wadah debat ini di pergunakan oleh beliau sebagai medan
mengemukakan hujah berasaskan fakta dan bukan retorik sejarah, hentam
isu peribadi DSAI yang tidak kena mengena dengan tajuk debat. Sabery
Cheek tidak langsung nama rakyat dan rasa prihatin kepada rakyat
terbanyak. Sedih betul melihat pemimpim muda melayu yang begitu lemah
menjadi Menteri Penerangan malaysia. Memang sewajarnya beliau wajib
meletak jawatan dengan seberapa segera.
Ulasan-ulasan mengenai debat tersebut:
a) Soalan DSAI yang ditujukan kepada menteri Penerangan langsung tidak
dijawab olehnya, sebaliknya beliau lebih menumpukan pada serangan
peribadi terhadap DSAI.
b) Soalan yang dikemukakan oleh Dr Nordin Kardin bukan berbentuk
soalan, soalan beliau lebih kepada hendak menjadi moderator dan
menghentam DSAI dan tidak langsung bertanya soalan.
c) Soalan saudara Zulkifli Sulong kepada Menteri Penerangan langsung
tidak dijawab (SOALAN ZULKIFLI BERIKUT ; mana menghilangnya wang
kerajaan yang kononya hasil dari penjimatan adalah untuk pengangkutan
awam) persoalan wang dijimatkan kononya untuk memperbaiki sistem
pengangkutan ynag sampai kini tidak habis dibelanjakan. Sabery chik
tidak menjawab soalan itu sebaliknya beliau merapu entah kemana.
d) DSAI telah menyatakan dengan jelas formula untuk mengurangkan harga
minyak malah amat terbuka sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas
menerima cadangan beliau dan pakatan rakyat. Kurangkan level IPP
simpanan 3bilion dan ambil 2 bilion dari dividen khas Petronas. DSAI
langsung tidak mengatakan bahawa beliau mahu menggunakan wang petronas
yang lain.
Kesimpulan mudah dari debat tersebut, rakyat harus mengenakan tekanan
kepada YB-YB Barisan Nasional samada mereka mengambil idea atau formula
yang dibentangkan oleh DSAI untuk mengurang harga minyak atau berdiam
diri dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di tempat
beliau menang semasa pilihanraya yang lepas.
Tahniah kepada DSAI atas hujah dan etika debat yang cukup sopan dan
menjiwai penderitaan terbanyak. Dengan jumlah penonton yang mencecah 10
juta yang mengikuti debat malam tadi diharap rakyat dan YB-YB dari BN
patut mencontohi kepimpinan dan teladan beliau terutama sekali UMNO.
Adalah Diharap dengan ini YB-YB dalam umno, ayuhlah masuk Ke Pakatan
Rakyat agar perjuangan pembelaan rakyat dapat di bela dan masa depan
negara lebih terjamin. sekian.