Friday, August 22, 2008

Alhamsulillah, suasana yang menarik di Permatang Pauh dan moral yang ditunjukan petugas-petugas Parti Keadilan Rakyat amat memberangsangkan dan jentera parti amat bersedia menghadapi cabaran UMNO-BN pada 26 Ogos 2008 yang tidak beberapa hari lagi. Kerjasama kuat 5,000 petugas parti dan gerakan terancang jentera parti menjadi pendorong utama kemenangan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menang kita di Permatang Pauh akan memberi ruang yang lebih meyakinkan untuk kita sampai ke Putrajaya dalam masa terdekat. Saya berharap, jentera parti Keadilan di Permatang Pauh akan bekerja keras bagi memberi keyakinan kepada penduduk di kawasan itu dengan dasar, program dan agenda Keadilan untuk memartabatkan rakyat, seterusnya mengundi DSAI pada piliharaya kecil tersebut.

saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas pilihanraya Permatang Pauh yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha memastikan kemenangan diperolehi calon Keadilan sebanyak tiga kali sebelum ini. Satu yang unik di Permatang Pauh ialah mereka mempunyai satu jentera yang cukup kuat dari awal penubuhan parti. Kepimpinan bahagian, angkatan muda dan wanita juga cukup tersusun dan terlatih, sebab itu mereka telah berjaya memberikan kemenangan yang cukup besar kepada Dato' Seri Wan Azizah. Saya juga turut memuji langkah Pakatan Rakyat bergabung tenaga dan sokongan padu dalam memastikan kemenangan Keadilan. Sambutan daripada Pas dan DAP cukup baik dankomitmen pakatan rakyat cukup meyakinkan. Kedua-duanya memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Anwar Ibrahim termasuk membantu jentera Keadilan Permatang Pauh.

Azmin Ali

Friday, August 22, 2008 3:29:11 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, August 20, 2008

Saya meminta agar undi pos dimansuhkan sepenuhnya dalam pilihanraya akan datang. Kita bukan berada di medan perang atau di hutan, mengapa pula anggota polis dan pegawai kerajaan perlu menggunakan kaedah undi pos sedangkan mereka boleh membuang ubdi ditempat masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri mohamad Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan akan teruskan kaedah undi pos pada persidangan dewan rakyat. Ini suatu yang meragukan. Kerajaan memberi alasan yang sama dengan penggunaan dakwat kekal dahulu iaitu akan memudaratkan ketenteraman awam. Diman logiknya. Alasan Barisan nasional nampaknya tidak boleh diguna pakai.

Sebelum pilihanraya umum yang lalu, penggunaan dakwat kekal telah dibatalkan pada saat-saat akhir atas alasan ancaman keselamatan. saya juga berharap agar kerajaan akan mengkaji kembali isu ini kerana mendapat bantahan dari pihak pembangkang. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengaku terdapat desakan kuat daripada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu pembatalan penggunaan dakwat kekal.

Dalam satu pertemuan tertutup bersama dengan saya, Pengerusi SPR sendiri membuat pengakuan kepada saya bahawa ada penglibatan pemimpin tertinggi UMNO yang mendesak supaya membatalkan penggunaan dakwat kekal selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Azmin Ali

Wednesday, August 20, 2008 2:32:55 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Tuesday, August 19, 2008

Saya ingin menjelaskan Parti Keadilan Rakyat tidak akan berkompromi dengan insiden dua jurugambar akhbar yang dipukul di Permatang Pauh baru-baru ini jika perkara ini benar-benar berlaku.

Kenapa salahkan penyokong Pakatan Rakyat atas perkara ini, kerana saya ingin menyarankan agar perkara ini di siasat terlibih dahulu sebelum tuduhan dilemparkan keatas penyokong Parti Keadilan Rakyat. Jika bukti menunjukan penyokong PKR terlibat maka pihak kami akan mengambil tindakan terhapad mereka.

Kita sedang mengumpulkan bukti secara terperinci termasuk gambar gambar yang diambil oleh petugas kita. Kita juga akan menjalankan siasatan yang menyeluruh berkaitan isu ini dan memberi jaminan kepada penyelesaian kepada kes tersebut.

Azmin Ali

Tuesday, August 19, 2008 10:56:39 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)

Saya berkeyakinan bahawa keputusan pemilihan Ketua Pembangkang yang baru akan diumumkan dengan segera iaitu sejurus selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh. saya harap pada malam 26 ogos atau selewat-lewatnya pada pagi 27 ogos, Pakatan Rakyat (PR) akan mengumumkan Ketua Pembangkang baru dimana ia akan terus menggalas tugas mewakili rakyat dan seterusnya bertindak sebagai Ahli Parlimen mewakili Pakatan Rakyat.

Setiap ketua WHIP daripada tiga parti komponen PR akan bermesyuarat dan menyambung semula perbincangan bagi membincangkan isu perlantikan Ketua Pembangkang baru didalam mesyuarat PR akan datang. Saya ingin menjawap beberpa pertanyaan adakah DSAI akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang, saya pasti kita akan mencapai persetujuan dalam mesyuarat tersebut bagi menentukan siapa yang bakal menggalas tugas sebagai Ketua pembangkang dan saya rasa perkara ini merupakan isu besar bagi PR. Perkara berkenaan ketiadaan Ketua Pembangkang di Parlimen bukan isu penting kerana paling utama tiga parti ini boleh duduk berbincang dan berdebat mengenai apa-apa isu di Parlimen.

Perkara ini hanya jangka pendek sahaja iaitu kurang dari 10 hari dan kurang dari dua minggu. Pada 27 ogos nanti kita akan memilih Ketua Pembangkang yang Baru insyaallah.

Azmin Ali 

Tuesday, August 19, 2008 10:42:37 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, August 18, 2008

Pada 16hb Ogos 2008 bertempat di padang Institut Tengku Bainun, Permatang Pauh berlangsungnya majlis penamaan calon bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh yang diwakili oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim mewakili Parti Keadilan Rakyat. Upacara yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dihadiri para penyokong daripada Pakatan Rakyat dari seluruh negeri termasuk dari Sabah dan Sarawak telah berhimpun sejak 6.00 pagi lagi.

Anggaran awal lebih dari 50,000 penyokong Pakatan Rakyat pada hari tersebut. Namun, apabila perarakan bermula, anggaran awal saya meleset malahan lebih ratusan ribu rakyat telah berarak menuju ke pusat penamaan calon. Ini dapat kita lihat bahawa perbezaan dari

sokongan Barisan Nasional terhadap calon mereka begitu kecil berbanding dengan Pakatan Rakyat. Ini dapat kita lihat dari gambar-gambar yang saya sertakan dengan kebanjiran penyokong – penyokong dari Pakatan Rakyat yang menbanjiri padang pusat penamaan calon dari tengah padang, jalan raya hingga ke tepi longkang tidak kira panas mahu pun hujan lebat.

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kemenangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan seterusnya membawa agenda Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berugas secara professional dan memberi kerjasama yang baik terhadap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Saya ingin menyeru seluruh penyokong Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia termasuk Sbaha dan Sarawak supaya dapat menghadirkan diri membantu jentera parti Pakatan Rakyat di Permatang Pauh dari apa segi termasuk logistic, tenaga dan apa saja bagi memastikan kemengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-6.

Azmin Ali.

 

 

               

 

 

 

Monday, August 18, 2008 2:16:57 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Sunday, August 10, 2008

Saya ingin mengajak seluruh penduduk kawasan Gombak dan kawasan sekitarnya hadir pada 30hb Ogos 2008 bertempat di Pejabat Parlimen Gombak, Taman Melawati. Majlis akan bermula pada jam 7.00 malam dimulakan dengan  solat maghrib berjemaah dan seterusnya ucapan dan penerangan tentang isu-isu semasa. Program ini juga bersempena dengan sambutan ambang merdeka.

Semua Dijemput Hadir.

Sunday, August 10, 2008 10:17:30 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Thursday, August 07, 2008

Sebagaimana yang kita ketahui hari ini SPR  telah mengumumkan tarikh penamaan calon yang ditetapkan pada 16hb Ogos dan 26hb Ogos adalah hari mengundi. Saya ingin meneyeru kepada semua penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat supaya turun ke Permatang Pauh bagi mengembeling tenaga bagi memastikan kemenangan DSAI. Saya mengangap tuduhanterhadap DSAI sebagai gimik politik UMNO dan BN untuk menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri. Kita harus menguatkan semangat dan merapatkan saf melawan UMNO dan BN. Sekian

 

Azmin Ali.

Thursday, August 07, 2008 12:37:42 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, July 28, 2008

Pada 27 Julai 2008 Saya telah menghadiri Majlis Bantuan Makanan di Kg.Batu8 Ulu Klang. Ini adalah salah satu program saya bersama penduduk Kg. Batu8 Ulu Klang. Majlis ini telah berlangsung pada pukul 4 sehingga 5.30 ptg. Majlis ini telah memberi peluang kepada penduduk untuk mengetahui status mereka yang mana mereka sepatutnya telah mendapat rumah secara percuma daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dahulu, namun di atas sebab penyelewengan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dahulu, yang telah memberi rumah percuma kepada orang yang tidak sepatutnya mendapat bantuan tersebut.

Kami dari Kerajaan Pakatan Rakyat berjanji akan memberi sumbangan dan membela penduduk yang sepatutnya mendapat bantuan tersebut, yang mana Kami akan memberi sumbangan rumah yang bernilai RM35 000.00 secara percuma dan sedikit wang saguhati kepada penduduk yang sepatutnya mendapat bantuan tersebut.

Sekian.

Monday, July 28, 2008 5:49:57 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Saturday, July 26, 2008

Pada 20hb Julai 2008 saya telah menghadiri Program Bantuan Makanan Bahan Mentah seperti beras, gandum, gula dan sebagainya.

Saya mengambil pendekatan yang lebih efisen untuk membantu meringankan beban rakyat terhadap kenaikan harga minyak dan bahan-bahan mentah yang lain. Program ini sekaligus telah mendapat reaksi positif dan sambutan yang begitu baik daripada penduduk setempat samada Kaum Melayu, India mahupun Cina. Terpampang sepanduk-sepanduk yang menggambarkan mereka begitu berterima kasih dan sangat menghargai bantuan daripada Pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Saya mengucapkan Syukur kerana program ini berjalan begitu lancar dan mendapat maklum balas secara terus dari penduduk setempat.

Antara tempat-tempat yang terlibat ialah FLAT DATO AHMAD RAZALI, KG AMPANG MELAYU, PEKAN AMPANG, dan KG BEREMBANG.

 

Saturday, July 26, 2008 1:58:23 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)