Monday, June 30, 2008

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kini berada di Kedutaan Turki disini bagi langkah menjaga keselamatan beliau yang menerima ancaman sehingga boleh menggugat nyawa beliau. Dato’ Sei Anwar  berada di kedutaan itu sejak pagi semalam sehingga satu tempoh yang belum di ketahui.

 

Mesyuarat tergempar Parti Keadilan semalam telah memutuskan beliau ditempatkan di sebuah tempat yang selamat demi menjaga keselamatan beliau. Keputusan menempatkan Dato’ Seri Anwar di Kedutaan Turki adalah dibuat selepas kedutaan tersebut menawarkan tempat berlindung untuk Anwar.

 

Isu liwat ini diihat sebagai satu ‘konspirasi’ jahat untuk menjatuhkan seseorang pemimpin poitik seperti Anwar dan dakwaan terbaru itu hanyala rekaan semata-mata yang menyekat kebangkitan karier politik Anwar selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihanraya pada 8 Mac yang lalu.

 

 

Monday, June 30, 2008 3:51:17 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Wednesday, June 18, 2008

Pada 21hb Jun ini saya bersama-sama Y.B.Khasim, Y.B.Iskandar Samad dan Y.B. Janice Lee akan mengadakan ceramah mengenai isu pada jam 8.30 malam bertempat di Dewan Muhibah, Taman Nirwana. Semua rakyat di jemput hadir untuk mendengar ulasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat mengenai isu-isu semasa.

 

Azmin Ali

Wednesday, June 18, 2008 11:39:18 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Monday, June 09, 2008

Pada 8hb Jun, puluhan ribu penduduk sekitar Gombak, berhimpun di padang bola sepak AU 2 Taman Keramat bagi mendengarkan amanat dan penjelasan mengenai isu-isu semasa daripada wakil-wakil rakyat mereka. Turut serta Y.B. Shaari Sungib ahli DUN Hulu Klang, Y.B. Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Kami dapat memperjelaskan serta mengupas isu-isu semasa seperti kenaikan harga bahan api, isu air percuma dan juga isu penjualan pasir.

Pemimpin Pakatan Rakyat juga komited terhadap penurunan harga minyak serta akan cuba membawa usul ini ke Parlimen. Dato' Seri Anwar Ibrahim juga telah meyakinkan lagi rakyat bahawa ramai ahli Barisan Nasional yang ingin menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan pusat dan mungkin mengambil tarikh 16 September sempena pembentukan negara Malaysia.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat semua yang sudi hadir dan segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang rusuhan yang berlaku. Terima kasih juga kepada pihak PDRM yang memberi permit untuk kita berhimpun.

Azmin Ali

Monday, June 09, 2008 9:09:21 AM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)
 Saturday, June 07, 2008

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menganjurkan himpunan aman 'Menuju Harapan Baru' pada 8 Jun ini di Taman Keramat. Perhimpunan yang dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam itu antara lain bertujuan memberi penerangan tentang isu kenaikan harga petrol dan diesel serta perkembangan baru kerajaan Pakatan Rakyat.

Perhimpunan yang akan diadakan di padang bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat dan diserikan dengan kehadiran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Turut serta adalah naib presiden Parti Keadilan Rakyat iatu, Y.B. Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Y.B. Tan Sri Khalid Ibrahim, dan ahli DUN Hulu Klang Y.B. Shaari Sungib.

Permit untuk perhimpunan ini telah disahkan oleh pihak polis.

Datang beramai-ramai.

 

Saturday, June 07, 2008 4:06:12 PM (Malay Peninsula Standard Time, UTC+08:00)