Pada 1 Julai 2008, bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, saya bersama puluhan ribu rakyat berhimpun bagi mendengar dan memberi sokongan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap tomahan dan fitnah keatasnya. Turut hadir saudara Dr. Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Shamsul Iskandar dan beberapa pemimpin tertinggi pakatan rakyat bagi mendengarkan amanat dan ucapan daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim berkaitan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Ingin sya tegaskan disini bahawa, segala fitnah dan tomahan yang dilemparkan terhadap saudara Anwar Ibrahim adalah merupakan satu konspirasi politik yang jahat memandangkan pakatan rakyat semakin hampir dengan pentadbiran di Putrajaya. Selain itu, ini bagi mengalihkan pandangan umum terhadap isu berkaitan 'lompat parti' dikalangan 4 ahli parlimen Barisan Nasional termasuk 2 dari UMNO yang sepatutnya diumumkan pada hari ini.
Segala fitnah ini merupakan taktik lama BN yang digunakan pada 10 tahun lepas bagi menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim. Secara peribadi ingin saya katakan bahawa kerana prinsip keadilan dan idealisma dasar kepedulian rakyat, saya bangun menentang kezaliman dan memperjuangkan aenda memperkasakan rakyat dan saya yakin seperti mana saya lihat pada malam ini, rakyat akan bersama bangun menentang sebarang penindasan dan penipuan terhadap rakyat.
Sekai lagi ingin saya tegaskan disini bahawa, para saf kepimpinan pakatan rakyat terdiri daripada Parti Keadilan, PAS dan DAP menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan beliau tidak berkeseorangan kerana jutaan rakyat dibelakang beliau dan sentiasa mendampingi perjuangan beliau dalam memperkasakan rakyat.
Disertakan disini beberapa ulasan yang sempat dipetik daripada ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim dimana beliau mempunyai bukti yang cukup untuk dibawa ke mahkamah terhadap isu liwat ini dan telah menfailkan saman malu ke atas saudara Saiful Bukhari. Selain itu, Anwar juga telah membuat laporan yang telah dihantar ke ibu pejabat polis terhadap kes penyelewengan terhadap Tan Sri Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan pihak polis berjanji akan mengikut prosedur dan membuat siasatan selanjutnya.
Saudara Anwar juga terpaksa menangguhkan dahulu pengunguman untuk bertanding bagi pilihanraya kecil dan akan membuat pengunguman pada masa yang akan ditetapkan. Rakyat diminta bersabar dan insyaAllah kita akan bersama-sama melihat beliau kembali ke parlmen dan berharap rakyat mendoakan kesejahteraan negara Malaysia dan idea untuk menjadikan Malaysia contoh sebuah negara islam kepada dunia berjaya.
Sekian,