Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat(KeADILan) akan diadakan
di Stadium Malawati, Shah Alam pada 29-30 November 2008.
Kongres KeADILan yang pertama selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu ini
akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil rakyat yang paling ramai sejak
penubuhan parti 10 tahun yang lalu.
Kongres Nasional tahun ini telah diberikan tema "Harapan Baru" atas
kesedaran ada perlunya untuk mentransformasikan kuasa rakyat yang
disaksikan dalam pilihanraya umum lepas kepada kuasa perubahan yang
jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.
Kongres yang juga pertama kali diadakan sejak Ketua Umum Datuk Seri
Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkang ini bertujuan untuk membuka
ruang kepada para perwakilan untuk membahaskan dasar perjuangan parti
secara umum, dan polisi pentadbiran negeri Pakatan Rakyat secara
khususnya.
Kedua-dua sayap penting parti yakni Angkatan Muda dan Wanita pula akan
mengadakan kongres masing-masing secara berasingan pada 28 November.
Kongres Nasional kedua-dua sayap ini akan dirasmikan bersama oleh
Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin Ali di Stadium Malawati.
Selepas perasmian, Angkatan Muda akan terus bersidang di Stadium
Malawati, manakala Wanita akan bersidang di Perbadanan Kemajuan
Pertanian Selangor.
Dijangka 10,000 perwakilan, pemerhati, pimpinan komponen parti Pakatan
Rakyat, wakil kedutaan dan NGO dari seluruh negara akan hadir ke
Kongres